Nasi Goreng Ayam belakang Coro SMSJ

Terima kasih kepada pembaca yang singgah ke sini untuk kata kunci “Nasi goreng ayam belakang Coro” NGABC (panggung wayang lama Coronation) merupakan “makanan keramat” bagi kami sewaktu bersekolah asrama di SMSJ Kluang, era tahun 90an. Coretan ini khas buat rakan-rakan mahupun senior serta junior Sains Johor.

Nasi goreng ayam belakang coro smsj kluang

Mengapa kami tergila-gilakan nasi goreng ayam ini? Adakah sebab memang sangat sedap? Atau ada unsur-unsur mistic?  

Selama 5 tahun kami bersekolah, hampir setiap kali “outing”, nasi goreng ayam belakang coro ini pasti menjadi destinasi menjamu selera. Kalau dapat makan, perghh, terubat rindu.  

Untung bagi mereka yang ada abang atau kakak angkat kerana adik angkat akan mendapat “hasil” setiap kali outing mereka pada hari Jumaat / Sabtu. …..Oh, rugi sungguh tak ada yang sudi angkat admin dulu 😂

Tidak dapat dipastikan sejak bila trend NGABC ini dan bilakah ia berakhir. Namun, yang pasti majoriti Alumni SMSJ era 80an – 90an pasti akan berkunjung ke sini bila berkunjung ke Kluang. 

Kalau bercerita tentang nasi goreng NGABC ni, tak pasal-pasal terembes air liur. Nak kata sedap gila, tak juga. Sedap boleh tahan, tapi air tangan tu yang power… dan yang pasti, ia mengembalikan nostalgia.

Alhamdulillah, minggu lepas kami sempat berkunjung ke Medan selera MPK jalan Panggung Wayang dan merasai kembali NGABC di gerai Pakcik belakang coro (gerai makan Ezman) setelah 25 tahun meninggalkan alam persekolahan.

Kedai pakcik belakang coro sains johor kluang
Banner senarai harga di atas sumbangan SAJOHA 88-92 (sekarang dah upgrade lagi besar)

Rasanya masih kekal sama seperti dulu tetapi yang paling menarik adalah harganya, iaitu hanya serendah rm3.50 untuk nasi goreng ayam di bandar Kluang. Memang murah dan puashati. Cuma pembungkusan sudah berubah, tidak lagi menggunakan kertas suratkhabar (yang ini part nostalgia).

Sebagai rujukan, untuk bekas pelajar SMSJ era kami (80an dan 90an), berikut adalah alamat Nasi Goreng Ayam Belakang Coro (kedai pakcik belakang coro) :

Gerai Makan Ezman,
No 3, Medan Selera MPK,
Jalan Panggung Wayang,
86000 Kluang,
Johor.

Berikut pula adalah peta lokasi pada Google map. Klik je, lepas tu ikut je Navigator samada google atau pun Waze. Kami dah tandakan dalam Google map, khas untuk SAJOHA.

Nota kaki:

Al-Fatihah buat makcik Yan pemilik bersama Nasi Goreng Ayam Belakang Coro yang telah kembali menemui penciptaNya. Setiap hidangan yang disajikan buat kami sepanjang 5 tahun kami bersekolah asrama hingga dewasa ini tak dapat kami lupakan. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aamiin.

10 nasihat buat orang muda

Usia muda adalah sesuatu tempoh masa yang perlu dimanipulasi secara berhemah dengan jalan yang betul serta panduan sifu yang benar serta ikhlas. Sekiranya orang muda salah memilih jalan, kelak pasti menyesal dan rugi bila menjengah usia tua.

image credit videohive.net

Kali ini kami kongsikan pula 10 titipan nasihat buat orang muda, daripada Ikram al-Banjari, seorang ushawan yang selalu memberikan nasihat dan tips bisnes melalui medium facebook. Follow beliau rapat-rapat untuk tips motivasi dan menaikkan aura positif anda.

=========================

10 Titipan nasihat saya buat orang muda pagi ini supaya terus berjaya.

Masa muda belia adalah zaman emas yang cukup berharga. Usia antara 18 tahun hingga 30 tahun adalah tempoh sedap untuk kita lebih kenal diri dan menentukan haluan hidup. Dan ini adalah pesanan saya.

1. Ambil ruang untuk kenal diri dengan lebih dalam. Tanya orang apakah potensi kita yang mereka nampak ? Di manakah passion kita dalam bisnes ?

2. Belajar urus wang masa bujang, banyakkan simpanan, cepat-cepat berkahwin. Jangan terpedaya dengan cakap orang dan pesona dunia.

3. Tangguhkan kehendak, utamakan keperluan. Buat tabung impian yang mahu kita capai. Tabung umrah haji, tabung percutian, tabung kereta, tabung rumah pertama dan sebagainya.

4. Disiplin dan kerja keras di usia muda. Jangan banyak buang masa dan cepat merasa selesa. Semakin hari kita semakin tua. Masa tak pernah tunggu kita, sesal tak lagi berguna.

5. Bergaul dengan orang hebat, bersahabat dengan orang gagal. Belajar untuk kurang cakap dan banyak dengar. Jangan cerita semua benda dalam 1 malam. Bersilaturahim itu memudahkan Rezeki.

6. Mulakan bisnes dan fokus dengan modal paling minima. Lakar master plan untuk permulaan 6 bulan dan tahun berikutnya. Stick to the plan. Fight !

7. Jangan terlalu seronok bila kenal dan bergaul dengan orang baru. Jangan taksub dan jangan suka orang membuta tuli. Pepatah Banjar menyebut, ” we are only their friends, not one of them “. Jaga hati kita.

8. Banyakkan membaca. Tidak kisah baca apa, asalkan membaca. Pupuk minat baca dengan membeli majalah kereta, baca Motor Trader dahulu. Minat boleh dipupuk, skill boleh dibentuk.

9. Jangan kedekut untuk pelaburan ilmu. Belajar menghargai ilmu daripada sesiapapun, walaupun hanya dapat ilmu di kedai mamak. Ambil inisiatif belanja minum. Ini common sense. Berebutlah buat pahala di usia muda.

10. Saya kurang kawan-kawan sebaya usia, ramai sahabat saya lebih berusia. Mereka layan kita macam adik, mereka nasihat kita macam anak sendiri. ” Orang muda tahu caranya, Orang tua tahu pengecualiannya “.

11. Bina bisnes yang sudah sesuai dengan kita. Kembangkan bisnes di usia muda. Tambahkan jaringan dalam ekosistem perniagaan. Biar terbakar tangan di usia muda.

12. Jaga cashflow dengan baik. Usah tambah hutang yang memudaratkan diri. Biar ikat perut dan nampak biasa-biasa, asalkan malam dapat tidur lena. Usah terperangkap dengan simbol kemewahan yang melampau.

13. Berkahwin awal di usia muda. Doa dan usahakan dipertemukan jodoh yang baik. Usaha sebaiknya untuk kebahagiaan rumahtangga.

14. Ramai orang bisnes yang gagal di usia muda bukan kerana mereka tdak pandai berniaga. Tetapi mereka tiada simpanan dan gagal urus wang.

15. Jaga bakti dan khidmat kita kepada orang tua. Sewaktu muda ini kudrat kita masih kuat. Layan orang tua kita sebaik-baiknya. Wang ringgit hanya alat untuk buat mereka suka. Setiap perjumpaan lebih bermakna.

16. Pergilah berhijrah. Keluar dari rumah dan mula meneroka kemampuan diri di tempat baru. Hijrah itu pengorbanan yang bakal berikan kita banyak pengalaman hidup. Asah kemampuan survival dalam dunia sebenar.

17. Pandangan serong orang yang lebih tua kepada kita orang muda hanyalah persepsi egois mereka. Terbukti hari ini ramai orang muda yang berjaya mengatasi kemampuan masa muda mereka.

Anak muda tak usah takut-takut lagi. Kerana hanya si berani yang akan berjaya berhasil menukarkan mimpi jadi realiti.

Gambatte !

Ikram Al-Banjari
Saudagar Jalanan
Osaka Japan

Tips kira-kira bajet kereta dan car loan yang sesuai

Dewasa ini kerap kita melihat anak muda tampil dengan kereta baru walhal baru beberapa bulan mula bekerja dengan gaji yang kecil. Gejala tidak sihat ini sebenarnya mendorong kepada pengurusan wang yang tidak berhemah, kerap keputusan wang sebelum tiba waktu gaji. Dan paling membahayakan bila mereka tidak mampu membayar ansuran bulanan, seterusnya terheret kepada status muflis dan bankrap.
Panduan tips beli kereta

Kami teruja dan kagum dengan tips dan panduan daripada Dr. Azizul Azli Ahmad, seorang ikon fb berkaitan pelaburan hartanah dan pengurusan wang yang semakin kerap muncul di kaca tv.

Oleh itu, jemput baca tulisan beliau di bawah ini dan jangan lupa untuk follow beliau di Facebook bagi perkongsian hebat secara percuma.

==========================

#TabungRaya

KERETA BARU RAYA INI?

Fattah telah menukar kereta baru raya ini. Sedangkan dia belum ada kemampuan untuk itu.

Tetapi demi sebuah ‘gaya’ apa salahnya mencuba. Waktu muda inilah kita nak merasa, katanya.

Bila sampai di kampungnya pujian yang datang bertimba timba, dari ibubapa, sanak saudara, alumni reunion sekolah dan paling penting dari Pak Man Lebai sebab anaknya Zurra paling manis di kampungnya.

Fattah rasa sangat puas dan bangga sebab berjaya menonjolkan ‘kejayaannya’ buat semua orang kagum dan bangga.

Sesekali dia senyum sendiri

Dia rasa seluruh kampung sedang bercakap dan bercerita tentang kereta City yang baru digantikannya dengan Saga.

Dia bangga bila ramai yang teringin nak tumpang naik kereta barunya, habis 3 kampung dia bawak ronda.

Dia rasa rumah semua orang dia nak pi raya.

Sebut saja rumah kawan sekolah mana dia tak sampai, parking mesti depan rumah punya. Kalau dapat bukak pintu kereta masuk terus kedalam rumah .

Lima hari beraya, pujian yang dia dapat sangat luar biasa. Risaunya kereta baru hingga kucing datang dekat dia mudah buruk sangka kata nak kencing di tayar.

Sedangkan kucing itu pun kagum dengan keretanya, nak cuba cuba merasa kereta baru.

Katanya bayaran tak jauh beza, bayaran City cuma RM897 sahaja. Gajinya RM2200 dah tentu ada lebih ‘banyak’ punya. “O.T kan ada!”. Katanya dengan penuh rasa teruja

Jika setahun insurannya RM1200 makan setiap bulan biaya perlu ada RM100 untuk insurannya nanti.

Minyak kereta sebulan RM200 itu paling minimum jika seminggu RM50 setangki.

Jika balik kampung belanja jadi lagi besar nanti. Itu belum parking setiap bulan kena bayar RM60 dan tol atas jalan RM100 sebulan.

Kereta baru selenggaranya tak selalu, tetapi sekali hantar ke pusat services RM450 itu sudah tentu. 6 bulan bahagi RM450, setiap bulan kena ada RM75 sahaja.

Itu belum beli pewangi kereta, hantar cuci tiap minggu dan beli assesori kereta, tayar kereta dua tahun sekali tukar dan sebagainya.

Jumlah yang Fattah kena ada setiap bulan adalah RM1,432.00 sahaja. Baki gaji yang tinggal hanya RM768 sahaja.

(Gaji tu belum. Tolak sokso dan epf lagi, kalau tolak lagi pedih jadinya)

Jika tolak sewa bilik (RM150), beli makan dipejabat dan rumah (RM10 x 30hari), bill hp dan internet (RM150) dah habis RM600!

Baki ditangan cuma ada RM168 sahaja!. Bahagian ibubapa tercinta dan Takaful dimana? Simpanan ASB atau TH jangan lah tanya.

“ASB nie haram tak baik kita sokong benda benda haram nie” katanya sambil hembus asab rokok dunhill yang dia mintak dari kawan berkepul kepul keudara.

Belilah kereta bila kita dah hitung segala perkara. Kereta adalah setahun gaji kita.

Bayaran bulan jika dapat Tidak lebih 15% dari gaji kita.

Setakat nak bangga Raya ini, baik beli BMW atau Ferrari, barulah Raya sakan kita nanti 😜

Jangan beli kereta baru bertawakal, itu kerja gila.

Azizul Azli Ahmad

#BergayalahSampaiMati
#IniSimbolKekayaanPalsu
#ShareJerKawan

=========================

Di bawah ini pula kami kongsikan tips cara-cara kira kereta yang mampu kita beli berdasarkan gaji yang juga ditulis oleh Dr. Azizul Azli Ahmad pada November 18, 2017 ·

=======================

#TabungKereta

PANDUAN BELI KERETA BARU BERGAYA

1. Kebelakangan ini makin banyak kereta baru akan dan telah keluar dipasaran.

2. Ramai yang dah terliur dan mula pasang angan angan. nak beli MYVI, Iriz, Axia, atau Bezza

3. Mari kita ulang kaji pelajaran, kereta yang layak kita beli adalah setahun gaji kita.

4. Jika gaji baru RM2,000 kereta yang kita mampu beli beharga RM24,000 sahaja.

Jika tiada kereta baru, belajar naik moto dulu atau beli yang terpakai saja

5. Bayaran kereta kita sebaiknya bawah 15% dari gaji. jika gaji RM3,000. Ansuran bulanan kereta mesti kurang dari RM450 sahaja.

Jika lebih, jurujual kereta akan kata “padan muka jerat sudah kena”

6. Boleh juga guna formula ini;

20 : 5 : 15

  • 20% Deposit kereta
  • 5 Tempoh Pembiayaan
  • 15% Dari gaji bayar kereta

7. Jika masih lagi sukar dapat jawapan nak beli kereta atau tidak, guna pulak fomular ini.

Harga Kereta / 12 bulan = Gaji Layak Beli.

Jika harga Axia paling murah RM24,900 / 12 = RM 2075 gaji layak beli.

Jika harga MyVi baru paling murah RM44,300 / 12 = RM3691 gaji kita baru layak beli MyVi baru yang seksi itu.

8. Memang seronok naik kereta baru, kawan opis puji tinggi sebab nak naik kereta ‘free’.

9. Belajar simpan duit dulu baru belajar nak beli kereta. lebih hebat jika beli rumah dulu baru kereta. Gegadis sangat suka sebab ada dapur IKEA.

10. Kereta terpakai bukan dosa, tak guna kereta baru jika sampai opis lewat juga :-p

Azizul Azli Ahmad
Viva Kelabu Asap

#NaikMotoSajaJikaBelumAdaRumahTangga.
#ShareJerBagiKawanPandai

========================

Anda tidak perlu setuju apa yang dikatakan beliau. Setiap orang orang ada pandangan tersendiri. Pilihan di tangan anda. Abaikan jika tidak sehaluan.