Nasi Goreng Ayam belakang Coro SMSJ

Terima kasih kepada pembaca yang singgah ke sini untuk kata kunci “Nasi goreng ayam belakang Coro” NGABC (panggung wayang lama Coronation) merupakan “makanan keramat” bagi kami sewaktu bersekolah asrama di SMSJ Kluang, era tahun 90an. Coretan ini khas buat rakan-rakan mahupun senior serta junior Sains Johor.

Nasi goreng ayam belakang coro smsj kluang

Mengapa kami tergila-gilakan nasi goreng ayam ini? Adakah sebab memang sangat sedap? Atau ada unsur-unsur mistic?  

Selama 5 tahun kami bersekolah, hampir setiap kali “outing”, nasi goreng ayam belakang coro ini pasti menjadi destinasi menjamu selera. Kalau dapat makan, perghh, terubat rindu.  

Untung bagi mereka yang ada abang atau kakak angkat kerana adik angkat akan mendapat “hasil” setiap kali outing mereka pada hari Jumaat / Sabtu. …..Oh, rugi sungguh tak ada yang sudi angkat admin dulu 😂

Tidak dapat dipastikan sejak bila trend NGABC ini dan bilakah ia berakhir. Namun, yang pasti majoriti Alumni SMSJ era 80an – 90an pasti akan berkunjung ke sini bila berkunjung ke Kluang. 

Kalau bercerita tentang nasi goreng NGABC ni, tak pasal-pasal terembes air liur. Nak kata sedap gila, tak juga. Sedap boleh tahan, tapi air tangan tu yang power… dan yang pasti, ia mengembalikan nostalgia.

Alhamdulillah, minggu lepas kami sempat berkunjung ke Medan selera MPK jalan Panggung Wayang dan merasai kembali NGABC di gerai Pakcik belakang coro (gerai makan Ezman) setelah 25 tahun meninggalkan alam persekolahan.

Kedai pakcik belakang coro sains johor kluang
Banner senarai harga di atas sumbangan SAJOHA 88-92 (sekarang dah upgrade lagi besar)

Rasanya masih kekal sama seperti dulu tetapi yang paling menarik adalah harganya, iaitu hanya serendah rm3.50 untuk nasi goreng ayam di bandar Kluang. Memang murah dan puashati. Cuma pembungkusan sudah berubah, tidak lagi menggunakan kertas suratkhabar (yang ini part nostalgia).

Sebagai rujukan, untuk bekas pelajar SMSJ era kami (80an dan 90an), berikut adalah alamat Nasi Goreng Ayam Belakang Coro (kedai pakcik belakang coro) :

Gerai Makan Ezman,
No 3, Medan Selera MPK,
Jalan Panggung Wayang,
86000 Kluang,
Johor.

Berikut pula adalah peta lokasi pada Google map. Klik je, lepas tu ikut je Navigator samada google atau pun Waze. Kami dah tandakan dalam Google map, khas untuk SAJOHA.

Nota kaki:

Al-Fatihah buat makcik Yan pemilik bersama Nasi Goreng Ayam Belakang Coro yang telah kembali menemui penciptaNya. Setiap hidangan yang disajikan buat kami sepanjang 5 tahun kami bersekolah asrama hingga dewasa ini tak dapat kami lupakan. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aamiin.

Facebook Comments

One thought on “Nasi Goreng Ayam belakang Coro SMSJ”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

21