Cerita tentang rezeki durian

Cerita tentang rezeki durian

Pada hari Sabtu lepas, kami sedang menantikan kunjungan daripada senior sekolah, yang membawa bersama rombongan sahabat-sahabat beliau seramai lebih kurang 30-40 orang untuk makan durian di warung #DurianSyoknyaUmmi.

Durian murah Muar 2020 cendol sedapdi Muar Durian murah Muar 2020 Tempat makan Musang King di malaysia

Nak dijadikan cerita, sebelum rombongan sahabat sampai, tiba-tiba berhenti sebuah bas persiaran dari KL yang terus berpusu-pusu membeli buah #MusangKing dan juga #DurianTembaga untuk makan di warung durian Muar. Nasib baik dah diasingkan sebahagian buah durian untuk rombongan senior. Memang tak jangka langsung buah musang king yang menimbun, habis sekelip mata.

Ketika post ini ditulis, harga durian musang king di Tangkak adalah RM28/kg buah sedang dan buah besar RM45/kg.

Semuanya atas kuasa dan kehendak Allah swt, Kun Faya Kun. Alhamdulillah, stok buah durian kami pada hari tersebut habis lebih awal. Walaupun mengikut perkiraan, telah masuk “bulan tua”, si mana orang ramai poketnya dah kempis, ditambah dengan cuti panjang Chinese New Year 2020 pada akhir bulan Januari, menambah bajet perbelanjaan. Masing-masing semestinya sudah habis bajet berbelanja pada musim cuti perayaan yang panjang. Mungkin juga mereka yang datang itu sedang mencari cendol sedap di Muar.

Namun, semua kurniaan rezeki itu, Allah yang bagi, kita hanya berusaha. Selebihnya, bertawakal, serahkan pada yang Maha Esa. Usaha hanyalah asbab untuk diturunkan rezeki pada kita.

Kita tak perlu sombong jika kita punya harta yang banyak, isteri-isteri yang cantik, anak yang bijak pandai, pangkat kedudukan dan kuasa. Semua itu Allah boleh beri sekelip mata dan Allah boleh ditarik pada bila-bila masa sahaja yang dikehendakiNya.

Bersyukur dan tawaduq merendah diri adalah cara yang terbaik. Bukan mendabik dada dan menyombong diri atas segala kemewahan yang hanya dipinjamkan kepada kita buat sementara waktu.

Ingat, dunia sementara, akhirat kekal selamanya. Jauhilah penyakit Wahan, penyakit cinta dunia dan takut mati.

Maaf jika ada terkcil hati dan tersinggung perasaan. Peringatan ini untuk tuan-tuan semua, dan diri saya sendiri untuk bermuhasabah agar kita tidak jauh menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.

Semoga Allah pelihara kita dijauhkan daripada sifat sombong, takjub, takbur, ujub dan riak.

Aamiin.

Rezeki durian

Durian murah Muar 2020

Assalamualaikum wbt. Hari ini baru berkesempatan untuk update entry berkaitan kata kunci carian “durian murah Muar 2020”. Sebelum ini, kami telahpun menulis berkaitan musim durian Muar 2019.

Seblum itu, Alhamdulillah, kami psnjatkan ucapan syukur kehadrat Ilahi, di atas keizinanNya, kini kami mula menjadi Pembekal isi durian frozen Muslim Johor. Ini dapat menyelesaikan masalah kepada pembuat pastri kek durian, durian crepe, aiskrim durian, kuih talam durian, abc cendol durian dan lain-lain lagi.

Tempat makan Musang King di Muar, Durian murah Muar 2020

Ok, berbalik kepada bekalan buah durian segar, durian fresh. Antara durian popular di tempat kami ialah durian ioi @ 101 Mas Muar @ Hajjah Hasmah dan juga buah durian D13 atau lebih dikenali dengan panggilan durian tembaga disebabkan warnanya seperti warna oren pekat (mungkin hampir menyamai warna copper). Selain itu, ramai juga yang datang mencari buah durian Ang Hae @ durian udang merah dan juga durian musang king murah.

Buat masa ini, kami sedang dalam proses memantapkan menu produk berasakan durian kami seperti:

  • Popia durian goreng
  • Durian goreng
  • Serawa pulut durian
  • Cendol durian
  • ABCD
  • Boxed Durian
  • Isi durian frozen
  • Durian Shake
  • Aiskrim durian musang king

Pelbagai menu berasakan produk durian khusus untuk pecinta durian.

Jangan lupa untuk singgah makan ke tempat kami di #DurianSyoknyaUmmi, Parit Bunga, Muar Tangkak, Johor. 100% milik muslim bumiputera. Apa lagi, jom ke Muar.

Sila klik sini untuk peta lokasi

 

Related searches:

Musim durian di Muar 2020, durian in muar, musim durian di johor 2019, durian murah tangkak, durian pontian, musim durian di malaysia, durian tangkak 2018, pagoh durian plantation, musim durian perak 2019,
durian tangkak 2020, tangkak durian stall, harga durian ioi 2019, harga durian ioi 2020, pemborong durian johor, durian sedap dan murah,
durian murah melaka, Durian murah Muar 2020

Musim durian Muar 2019 hujung tahun

Assalamualaikum wbt. Semoga semua pembaca blog ini dikurniakan rahmat dan dilimpahi berkah Allah swt. Kali ini kami nak update tentang Musim durian Muar 2019 penghujung tahun sebelum menjelangnya tahun 2020.

Pembekal durian muar 2019

Kami baru bermula semalam, 13.12.2019, berjualan buah durian untuk musim ini, khas buat pelanggan kami yang sentiasa dahagakan buah-buah durian pelbagai variasi tak kira samada durian kampung, durian kahwin klon terbaik atau raja kunyit durian musang king.

Stok kali ini adalah stok durian Bukit Pasir dan Pagoh. Kadangkala kami juga ada mendapatkan stok durian borong dari durian Tangkak dan Jementah Segamat.

Kami seperti biasa akan berjualan di hadapan warung kami,  cendol durian Syoknya Ummi sepanjang musim ini, In shaa Allah.

Jangan lupa untuk singgah ke tempat kami untuk durian murah Muar 2019. Seperti biasa kami akan beroperasi menjual buah durian dengan kerusi meja berbumbung beserta kipas dan tandas, yang selesa untuk seisi keluarga menikmati buah durian, raja segala buah ini.

Kami memberi jaminan untuk setiap ringgit yang dibayar ke atas buah durian kami. Setiap buah rosak atau mengkal / mangkau, kami akan gantikan dengan yang baru. Begitu juga buah yang busuk.

Kami berniaga buah durian untuk jangkamasa panjang, tiada istilah menipu dalam diari kami. Kami tidak akan bertekak dengan anda sekiranya anda ingin menukar buah sekiranya buah yang dikopek busuk atau kurang baik. Berniaga durian biar gentleman.

Pastikan anda mendapatkan #DurianSyoknyaUmmi di Parit Bunga, Muar Tangkak Johor. Sebarang pertanyaan, sila hubungi www.wasap.my/601158961229/b.durian.2020.

Waktu operasi 12 tengahari – 11 malam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...