kemalangan bas bertembung lori di Temiang Muar

Kejadian kemalangan Bas Muafakat Johor bertembung dengan sebuah lori berhampiran Sekolah Kebangsaan Temiang, di Jalan Saleh, Muar, Johor. KejadianĀ  berlaku anggaran pukul 10 pagi hari Selasa 14 Ogos 2018.

Kami kebetulan cuba melaluiĀ  laluan tersebut ketika kejadian, kerana ingin ke Bukit Pasir, tetapi jalan ditutup. Teepaksalah melalui laluan alternatif yang tidak berapa jauh dari situ.

Apa yang berlaku adalah bas tersebut telah memasuki arah bertentangan yang mengakibatkannya bertembung dengan lori.

Takziah buat keluarga mangsa yang cedera dan terkorban. Al-Fatihah buat mereka.

Sumber gambar daripada perkongsian whatsapp

Kemalangan di Muar bas miuafakat johor dengan lori

Kemalangan di Muar bas miuafakat johor dengan lori

 

 

Cara menyimpan daging korban yang betul

Menjelang hari raya korban, bermulalah aktiviti sembelihan qurban selama 4 hari, iaitu hari ke 10-13 (Aidiladha dan 3 hari taysrik). Tinggal lebih kurang 2 minggu sahaja lagi untuk kita menyambut hari raya korban 2018

Cara simpan daging korban yang betul

Menarik di Malaysia, saban tahun semakin ramai umat Islam berlumba-lumba untuk melakukan ibadah ini, dengan niat kerana Allah.

Oleh itu, ramai fakir miskin dapat menikmati daging sembelihan sumbangan mereka yang berkorban. Ramai juga di antara kita yang merasa tempiasnya dengan mendapat banyak sumbangan daging qurban.

KLIK SINI UNTUK KORBAN ONLINE KEMBOJA 2018

Di bawah ini kami paparkan cara menyimpan daging kurban dengan betul untuk tahan lama, sumber daripada perkongsian whatsapp. Semoga kita beroleh manfaat dan terima kasih tak terhingga kepada penulis asal.

=========================

*KAEDAH MENYIMPAN DAGING KORBAN YG BETUL*
_*Agar tetap terjaga kualitinya_*

1. *JANGAN CUCI DAGING KORBAN SEBELUM DISIMPAN*
Sebelum disimpan, daging korban *jangan dicuci*. Jika dicuci guna air paip, kuman2 boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat apb daging berkenaan hendak dimasak pd keesokan harinya.

2. *JANGAN SIMPAN DAGING DALAM KUANTITI YG BANYAK KE DALAM FREZER*
Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan 2-4 kg di dalam freezer. Cara yg betul ialah dgn memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam *plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg*. Jika hendak masak, ambil satu plastik yg kecil sahaja, biarkan yg lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 thn.

3. *JANGAN TERUS SIMPAN DAGING KE DALAM RUANG SEJUK BEKU/FREEZER.*
Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama *4-5 jam*. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam kompartmen sejuk beku/freezer.

4. *JANGAN CAIRKAN DAGING BEKU DGN MENGUNAKAN AIR PANAS*
Jika hendak memasak daging beku, *jangan* mencairkan ais dlm daging atau daging yg beku menggunakan air panas. Cara yg betul adalah meletakkan daging beku tsb di bawah *air paip suhu normal* (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik). Setelah daging kembali empuk, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia utk dimasak.

5. *Tips tambahan*
Jangan memakai plastik warna hitam krn plastik warna hitam itu adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat memicu sel kanker. Gunalah sarunh plastik putih atau plastik lutsinar ber-seal….!!!

Baarakallah
Semoga memberi manfaat

Related serches

Daging korban boleh makan, daging korban non muslim, daging korban buat kenduri, daging korban berapa bahagian,

 

Perencah mee bandung Muar online sebagai penyelamat

Sebagai anak jati Muar yang menetap di Muar, dikelilingi warung serta restoran mee bandung dan bersahabat dengan tokey mee bandung Muar, kami berbesar hati membawakan kepada anda, Perencah mee bandung Muar yang sedap.

Perencah mee bandung Muar online

Jika anda mencari perencah mee bandung, terdapat pelbagai jenama berada di pasaran, antaranya daripada jenama Mak Pon, Demuara, Maharani, Sernan, Adami dan banyak lagi jenama-jenama lain yang belum dikomersilkan secara giat.

Pada masa ini, kami membekalkan perencah mee bandung Mak Pon online dan perencah mee bandung Demuara. In Shaa Allah pada masa akan datang kami akan menambah stok perencah mee bandung Muar jenama yang lain.

Perencah mee bandung Mak Pon online Perencah mee bandung Muar

Mengapa anda memerlukan perencah mee bandung Mak Pon online ini?

  • Mudah untuk disediakan, tanpa perlu menumis
  • Sangat membantu untuk para isteri menyediakan juadah ketika ketandusan idea memasak.
  • Penyelamat sekiranya tetamu bertandang secara tiba-tiba (sila standby mee lidi -hanya perlu celur)
  • Tanpa pengawet
  • Sedap dan lazat, menyamai kelazatan hidangan restoran (sila baca point di bawah) .
  • Menjadi pilihan ramai, termasuk pengusaha kedai makan
  • Jimat minyak, masa dan tenaga anda. Hanya buat tempahan dan bayaran secara online, selebihnya kami akan uruskan penghantaran menggunakan pos laju, hingga sampai ke muka pintu anda.

Jika anda berminat, kami menjualnya secara online. Harga (tidak termasuk pos)  adalah sepertinya  berikut. Minimum order untuk pos adalah 3 pek:

Perencah mee bandung Mak Pon…… RM10.00

perencah mee bandung Demuara……… RM9.00

sila wsap kami di www.wasap.my/60187791008/mee+bandung

RELATED SEARCHES

mee bandung muar paling sedap, Perencah mee bandung, resepi mee bandung Muar original, mee bandung Mak Pon, perencah Mee Bandung Sernan,perencah mee bandung Mak Pon, perencah mee bandung Maharani, perencah mee bandung Adami, perencah mee bandung Adabi
harga perencah mee bandung mak pon, mee bandung mak pon online, resepi mee bandung mak pon, kilang mee bandung mak pon, mak pon jalan junid, harga perencah mak pon, resepi pes mee bandung muar, perencah mee bandung mak pon masai johor