Duit Khairat kematian boleh dituntut

duit khairat kematian

Artikel Duit Khairat Kematian yang boleh dituntut oleh waris simati mengikut kelayakannya ini ditulis hasil mesej yang kami terima dan dipanjang-panjang untuk panduan dan faedah kita bersama. Semoga Allah merahmati dan memberikan ganjaran pahala berpanjangan kepada pemilik asal artikel ini.

  • KHAIRIAH MASJID
    ■Sekitar RM 500 – RM 5,000
    ■Syarat: si mati menjadi ahli/mencarum di khariah
  • Tabung Haji
    ■RM 1,500
    ■Syarat: si mati menjadi ahli/mencarum di Tabung Haji
  • PERKESO
    ■RM 2,000
    ■Syarat: si mati menjadi ahli/pernah ada sejarah mencarum PERKESO
  • KWSP
    ■RM 2,500
    ■Syarat: si mati ahli/pencarum KWSP
  • Pembayar ZAKAT
    ■RM 3,000 [MAIWP] bergantung kepada negeri masing-masing
    ■Syarat: Pembayar zakat
  • Bantuan Mengurus Jenazah JPA
    ■RM 3,000
    ■Syarat: si mati Pesara/Kakitangan Awam
  • BANK RAKYAT
    ■RM 3,000
    ■Syarat: si mati ada akaun Bank Rakyat
  • MAYBANK
    ■RM 1,000
    ■Syarat: Akaun Individu sahaja
  • ASNB
    ■RM 200 – RM 2,000
    ■Syarat: bayaran ikut baki pelaburan terakhir si mati
  • Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
    ■RM 1,000
    ■Syarat: Skim Khairat Kematian (SKK) layak bagi Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan sahaja
    ■dituntut di kaunter BSN yang terdekat
  • SKIM TAKAFUL
    ■RM 2,000 – RM 5,000
    ■Syarat: si mati pencarum takaful
  • PERSATUAN BERDAFTAR /NGO /KOPERASI
    ■RM 500 – RM 5,000
    ■Syarat: si mati adalah ahli berbayar Persatuan/NGO/Koperasi
  • PENCEN (Kakitangan Awam)
    ■RM 3,000
  • Pemegang Kad Kredit Islamic
    ■RM 500 – RM 2,000 bergantung kepada kad
    ■Pelan perlidungan takaful percuma + khairat kematian
  • Khairat Kematian pemegang Kenyalang Gold Card (KGC) asal Sarawak
    ■Sebanyak RM3,000
    ■Berumur 60 ke atas pada 1 Januari 2020,
    ■Warganegara Malaysia dengan status ‘K’ pada kad pengenalan
    ■Penduduk tetap (permanent resident) Sarawak
  • LAIN-LAIN

  • Mungkin ada lagi khairat kematian lain yang boleh dituntut bukan hanya di tempat-tempat yang dinyatakan diatas.
    Mereka yang segerakan proses tuntutan pusaka biasanya akan diberitahu jika ada khairat kematian. Waktu nak urus, perlu jumpa pegawai, jadi waktu itu biasa pegawai akan beritahu jika mereka ada sediakan khairat kematian.
    Macam mana nak tuntut?

Bawa sijil mati, sijil nikah, pengenalan diri, polisi takaful di tempat yang berkenaan. Seeloknya mohon sebaik sahaja berlaku kematian.

PERINGATAN supaya jangan ditangguh kerana permohonan bagi duit khairat kematian ini ada tempoh waktu
Yang bekerja sendiri, yang tidak mencarum dalam KWSP dan Perkeso, sila carum secara sukarela.
Yang tidak ada insuran/ takaful diri, silalah beli takaful dengan kadar yang mampu. Tak perlu nak beli caruman yang mahal tapi sekadar mampu bayar. Cukup yang murah tetapi membantu waris jika terjadi apa-apa nanti. Biarkan waris kita menangis kerana kehilangan kita, jangan waris kita menangis kerana terbeban kerana kehilangan kita.

Auntie Cina bagi Tips cara ajar anak

Kali ini admin nak berkongsi satu kisah (auntie Cina bagi tips cara ajar anak) yang kami dapat melalui perkongsian whatsapp. Sumber di bawah tertulis nama Nurul Atika Moktar. Semoga ilmu yang dikongsi dapat memberi manfaat kepada kita semua dan semoga pahalanya terus mengalir kepada pn. Nurul Atika.

Tips cara ajar anak

Tadi pergi pasar dengan Adra, ada sorang aunty cina tu bagi tips cara ajar anak. Anak dia 2 org master. Sorang kerja kat China, sorang kat Hong Kong.

“Anak kecil lagi macam ni jangan paksa dia tengok buku. Telefon jangan bagi lama. You kena selalu tanya dia. Macam harini you pergi pasar. Bagitahu dia ini sayur apa, ini ikan apa. Sayur ini warna apa. Nanti balik bapak dia balik, suruh dia cerita sama bapak dia. Mak bawak pergi mana. Beli apa. Beli berapa. Warna apa. Bagi anak you recall, bagi dia boleh cerita semua details.”

“Dekat rumah, jangan ajar anak masa you berdiri. You tinggi, dia rendah, nanti dia rasa ada jarak. You duduk sama dia, baru dia rasa senang dengan you.

Jangan selalu ajar ajar ajar dia. Nanti dia rasa tekanan. Ajar 10 minit, kasi dia main. Nanti dia sudah main happy2, you panggil dia “lai” sini mama mau tanya. “Bila bagi anak barang / makanan, ajar dia untuk kongsi. Contoh bila you kasi dia apple, “nak sikit”. Ajar dari kecil. Bila ada barang ke apa ke, tu bukan dia sorang punya. Lagi2 share dengan parents. Nanti dah besar dia akan ingat parents.

Lagi aunty tu pesan. Kalau mak bapak ada buat salah, jangan ego taknak mintak maaf. “Oh ya, mama salah tadi..sorry”.

Ada lagi. “Nanti anak sekolah, jangan marah dia tak dapat nombor 1. You marah le tak marah ke sama. Benda sudah jadi. Kalau semua orang dapat nombor 1 siapa nak dapat nombor last? Jangan banding2 anak you dengan orang lain. Sama macam kita orang susah makan ikan kecik. Itu taukey besar makan ikan mahal besar. Dia kenyang kita pun kenyang” okay. Kat sini mungkin aunty tu nak sampaikan yang rezeki masing2. Jadi, bersyukurlah.

Dia just cakap kalau suka bandingkan nanti anak akan rasa hasad dengki pada orang. (Selalu kan kita bandingkan anak tanpa sedar? Eh anak dia dah pandai baca, anak aku belum.haa contohhh. Tak ke kecik hati anak tu)Banyak lagi dia ajar tadi sampai kebas tangan pegang ayam & ikan tadi.

Pergi mana2 pun kita boleh dapat ilmu baru tau. Ni ilmu parenting

🙂Tq aunty.

Kredit to : Nurul Atika Moktar

Tips cara ajar anak,

Tak perlu berpantang lepas bersalin

Mesti ramai orang kita yang terkejut dengan pernyataan tak perlu berpantang lepas bersalin. Hakikatnya ya, memang ibu yang bersalin tidak perlu untuk mengikut adat berpantang yang lazimnya merangkumi elak makan ayam, daging dengna lasan akan bernanah luka, dan pelbagai lagi. Bertungku, berurut dan seumpamanya juga antara perkara penting dalam pantang orang Melayu lepas bersalin.

Sebelum itu, boleh baca juga info berkenaan isu Pantang bersalin berapa hari? yang juga diketengahkan oleh doktor Imelda.

Sila hadamkan perkongsian doktor Imelda Balchin [Specialist Obstetrician & Gynaecologist (UK and Malaysia)], tentang perkara yang perlu dibuat dan yang tidak perlu diamal selepas bersalin.

==========================

Amalina hantar WhatsApp kat Kak Mel tunjuk gambar baby Bella yang baru bersalin. Alhamdulillah tahniah Amalina dah selamat bersalin di London.

Amalina kata ramai makcik bawang di Malaysia dok kecam Amalina sebab tak berpantang selepas bersalin? Kami pun tergelak je tengok kecaman makcik bawang ni.

Jangan laa kutuk, kecam dan ugut ibu yang baru bersalin. Jangan laa jadi macam makcik bawang.

Kita mesti sebarkan ilmu pengetahuan, wanita selepas bersalin memang tak perlu ikut amalan berpantang cara lama untuk kesihatan. Tak perlu ikut pun sihat je.

Kita mesti hormat dengan keputusan wanita berdaya yang ada ilmu tinggi tentang kesihatan yang mahu ikut nasihat doktor pakar O&G bahawa tak payah ikut pun amalan lama berpantang untuk sihat.

Wanita Malaysia mesti jadi empowered women iaitu wanita berdaya, supaya yakin membuat keputusan untuk diri sendiri dan tak takut di kecam oleh makcik bawang.

Hanya makcik bawang saja ingat semua ibu di seluruh dunia ni berpantang mengikut amalan yang sama seperti makcik bawang, sebab makcik bawang tak buka minda dan tak pernah lihat cara orang-orang lain menjaga kesihatan selepas bersalin. Makcik bawang tu ingat Queen Elizabeth yang sihat sampai usia 96 tahun sebelum meninggal dunia tu berpantang selepas bersalin ke?

Mai nak habaq, lebih dari 700 ribu ibu bersalin di negara UK setiap tahun, lebih ramai lagi dari ibu-ibu yang bersalin di Malaysia. Mereka tak pun ikut budaya berpantang selepas bersalin. Mana ada perkhidmatan bertunku berpilis bertangas di UK? Mana ada confinement ladies di UK? Memang pun semua ibu-ibu berpantang sendiri saja di UK sebab senang sangat selepas bersalin kalau tak payah ikut amalan-amalan yang menyusahkan orang. Makan je apa nak makan. Jangan sesekali buat tuduhan fitnah kalau anak menangis atau sakit, sebabnya ialah ibu tak pantang makan. Fitnah ini tak berdasarkan bukti dan hanya menyakitkan hati ibu yang baru bersalin. Doktor-doktor pakar tak pernah pun suruh ibu yang menyusukan bayi pantang makan.

Cuba lihat page-page rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, mana ada nasihat selepas bersalin wajib berpantang? Tak ada pun. Jika wajib sudah pasti semua hospital-hospital di Malaysia tukar menu untuk ibu selepas bersalin dan bagi perkhidmatan urutan rahim bertunku berpilis bertangas dan tutup aircond di hospital sebelum ibu-ibu ini pulang ke rumah. Tetapi tak ada, sebab tidak perlu untuk kesihatan ibu bersalin.

Sebagai pakar Obstetrics & Gynaecology yang memberi perhidmatan kesihatan wanita di negara UK, saya tahu rahim ibu-ibu UK kecut seperti biasa dalam masa 6 minggu selepas bersalin, tanpa mengurut rahim, tanpa bertunku, tanpa bengkung, tanpa pantang makanan yang makcik bawang dok buat fitnah mengembangkan rahim.

Sebagai pakar Obstetrics & Gynaecology yang memberi perkhidmatan kesihatan wanita di Malaysia, saya belum nampak apa-apa bukti yang kesihatan rahim dan dalaman wanita yang berpantang tegar selepas bersalin itu lebih baik dari wanita yang tak ikut tradisi berpantang selepas bersalin. Ramai je wanita yang berpantang tegar pun sakit bila tua dan kita rawat mereka tanpa perlu bertanya anda pernah berpantang selepas bersalin atau tidak, sebab itu tidak penting untuk kesihatan dalaman wanita.

Saya bersalin dua kali di London pun tak pernah ikut adat berpantang. Orang Islam hanya perlu mengikut larangan membuat hubungan kelamin dan bersolat semasa ada darah nifas sehingga darah nifas kering. Tak perlu ikut amalan berpantang yang lain. Ugama Islam tak menyusahkan umatnya. Makan makanan yang sihat dan seimbang untuk seumur hidup. Memang pun kita patut elak junk food, tak kiralah budak-budak kecil, orang remaja, orang muda atau orang tua, lelaki atau perempuan, tak payah nak tunggu 44 hari selepas bersalin.

Saya ajar semua ibu hamil yang baru bersalin dengan saya macam mana nak exercise dengan selamat selepas bersalin. Saya ajar semua ibu hamil yang baru bersalin secara pembedahan Caesar dengan saya macam mana nak exercise dengan selamat selepas bersalin. Saya ajar mereka semua tak payah pun ikut amalan berpantang cara lama, jangan pantang makanan sihat seperti ayam, telur, seafood selagi tiada food allergy. Jangan sekat ibu yang baru bersalin minum air. Jangan paksa ibu yang baru bersalin baring-baring saja, mereka boleh berjalan-jalan. Yang penting sekali ceria memberi sokongan yang positif kepada ibu yang baru bersalin. Pahala ibu yang bersalin dan menyusukan anak ini sangat tinggi, kenapalah makcik bawang nak sengaja menyakiti hati ibu yang baru bersalin jika mereka tak mahu berpantang dan mahu ikut nasihat doktor-doktor pakar perubatan.

Tak salah pun ibu yang baru bersalin bawa anak berjalan di taman, selagi elak tempat yang sesak dengan ramai orang. Yang tak digalakkan ialah makcik bawang yang sebuk nak berkunjung ramai-ramai tengok baby yang baru dilahirkan dan bawa pelbagai jenis virus melawat baby orang.

Jangan sesekali tuduh ibu negara UK minum alkohol semasa menyusu untuk memanaskan badan. Hakikatnya ialah alcohol tidak memanaskan badan sebab kita manusia berdarah panas dan memang pun berdarah panas. Hakikatnya ialah alcohol tidak bagus untuk kesihatan dan doktor-doktor UK sudah pun menasihatkan ibu-ibu yang menyusukan bayi jangan minum alkohol. Kebanyakan ibu UK yang menyusukan bayi tidak minum alkohol mengikut nasihat doktor-doktor UK.

Jangan ugut ibu yang baru bersalin kalau tak berpantang nanti sakit bila tua. Hakikatnya ialah ramai ibu yang tak pernah pun ikut tradisi lama berpantang tu lebih sihat lagi dari ibu yang ikut adat berpantang tegar. Purata Jangkahayat wanita-wanita UK dan wanita-wanita Jepun yang tak pernah ikut tradisi pantang macam kat Malaysia pun lebih lama dari purata jangkahayat wanita Malaysia yang berpantang tegar selepas bersalin. Memang ada banyak bukti tak payah ikut adat berpantang pun lebih sihat. Macam mana lah sekat ibu minum air, sekat ibu makan pelbagai buah dan sayur berkhasiat, sekat ibu makan pelbagai protein ayam dan telur, sekat ibu berjalan-jalan tu boleh menyihatkan mereka?

Sebab itu hanya adat. Tak perlu ikut. Tak wajib ikut dalam Islam dan tak wajib ikut untuk kesihatan. Perubatan Moden ini memang pun selari dengan ugama Islam. Jadilah orang yang memberi sumbangan yang baik kepada orang lain dan doakan yang terbaik saja untuk orang lain.

Di page saya, jangan jadi makcik bawang naaaaa. Sesiapa yang nak kutuk dan kecam ibu yang baru bersalin sebab tak berpantang mengikut cara mereka akan kena delete dan block.

Kami doktor-doktor pakar perubatan menyokong exclusive breastfeeding 6 bulan untuk kesihatan jangkamasa panjang ibu dan anak. Tahukah anda exclusive breastfeeding mengurangkan risiko kanser dinding rahim, breast cancer, kanser ovari, mengurangkan berat badan ibu yang baru bersalin tanpa perlu pantang makanan dan mengurangkan diabetes untuk kedua-dua ibu dan bayi. Exclusive breastfeeding juga mengurangkan risiko bayi mendapat cotdeath (Sudden infant death syndrome), mengurangkan jangkitan paru-paru dan telinga kepada bayi, mengurangkan risiko eczema, leukamia, obesiti dan diabetes kepada anak. Tahukah anda adat yang sumbat mulut bayi sebelum umur 6 bulan dengan air masak, air kanji, pisang, bubur, nestum, air anggur, susu kambing itu memudaratkan kesihatan bayi. Exclusive breastfeeding itu maknanya hanya susu ibu untuk 6 bulan pertama, lepas tu baru lah bagi baby makanan pejal. Kalau tak boleh exclusive breastfeeding, boleh beri baby susu formula khas untuk baby, bukan sumbat makanan lain pada 6 bulan pertama. Doktor-doktor juga tidak galakkan extended exclusive breastfeeding yang keterlaluan sampai setahun atau dua tahun tak bagi baby makan langsung selepas 6 bulan, sebab ini juga boleh memudaratkan kesihatan bayi yang tidak dapat cukup khasiat makanan lain selepas usia 6 bulan. Exclusive breasfeeding hanya untuk 6 bulan. Selepas 6 bulan mulakan memberi bayi makanan pejal sedikit demi sedikit sambil meneruskan menyusukan dengan susu ibu secara sambil-sambilan sehingga usia 2 tahun, bukan exclusive breastfeeding sampai 2 tahun dan tak bagi baby makan sampai 2 tahun.

Jika sayangkan ibu dan sayangkan baby, tak perlu ikut adat yang memudaratkan kesihatan ibu, mengurangkan kejayaan ibu untuk exckusive breastfeeding dan kemudian menyumbat mulut bayi pula dengan pelbagai makanan sebelum usia 6 bulan.

Sebab itulah saya sokong maternity leave untuk semua ibu yang baru bersalin selama 6 bulan untuk menjayakan exclusive breastfeeding. Jangan kata kalau tak payah pantang tak perlu maternity leave. Buka lah minda anda.

Women Empowerment 💕
Love our mothers, love our babies 💕

Dr Imelda Balchin
Specialist Obstetrician & Gynaecologist (UK and Malaysia)

Carian berkaitan tak perlu berpantang lepas bersalin:


Pantang bersalin 40 hari atau 44 hari,
Tempoh berpantang selepas bersalin,
Makanan ketika berpantang selepas bersalin,
Pantang bersama suami selepas bersalin,
Makanan selepas berpantang 44 hari,
Mandi selepas bersalin,
Tempoh berpantang dalam islam,
Tempoh berpantang bersama suami selepas bersalin,