Info Durian Udang Merah Johor

Info durian udang merah johor golden bun d13 b13

Info durian udang merah Johor : DURIAN B13 @ D13 Golden Bun.

Durian D13 memang amat banyak didapati di Muar, Tangkak dan Jementah Segamat kerana ditanam secara meluas dek kerana faktor warna isinya yang oren pekat memukau hati pembeli.

Ia juga amat popular dikalangan pembeli, khususnya warga kota dari KL, JB dan Melaka, di mana ia lebih dikenali dengan panggilan udang merah Johor.

Walau bagaimanapun, ia seringkali disalah anggap sebagai durian udang merah asli (Ang Hae), disebabkan perkataan Johor digugurkan dalam sebutan yang panjang (udang merah Johor).

Faktor lain adalah disebabkan sebutan D13 kurang mesra (catchy) dan sering disalah erti sebagai “RM13 sekilo” membawa kepada salah faham dan mungkin menimbulkan kemarahan.

========================

Mari kita telusuri fakta info Durian b13 ini:

• Durian ini diketahui berasal dari Muar iaitu ditanam secara komersil diladang Hoe Lee, berhadapan Taman Pagoh Jaya atau dahulunya dikenali sebagai Batu 13, Jalan Muar ke Pagoh atau Batu 13, Kampong Masyarakat Jasa, Pagoh, Muar.

• Telah ditanam sejak lebih 20 tahun yang lalu dan buahnya begitu popular dengan nama B13 / D13

.• Pada Julai 2019, durian B13 telah dibawa ke pertandingan durian unggul negeri Johor.

Artikel & grafik ini ditulis oleh: Moll Mah’d-Pejabat Pertanian Daerah Muar (31.7.2019)

Kredit Pejabat Pertanian Daerah Muar

Saksikan juga video yang kami buat, perbandingan info durian udang merah Johor D13 dengan durian udang merah asli @ Ang hae D175

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

21