Nasi Goreng Ayam belakang Coro SMSJ

Terima kasih kepada pembaca yang singgah ke sini untuk kata kunci “Nasi goreng ayam belakang Coro” NGABC (panggung wayang lama Coronation) merupakan “makanan keramat” bagi kami sewaktu bersekolah asrama di SMSJ Kluang, era tahun 90an. Coretan ini khas buat rakan-rakan mahupun senior serta junior Sains Johor.

Nasi goreng ayam belakang coro smsj kluang

Mengapa kami tergila-gilakan nasi goreng ayam ini? Adakah sebab memang sangat sedap? Atau ada unsur-unsur mistic?  

Selama 5 tahun kami bersekolah, hampir setiap kali “outing”, nasi goreng ayam belakang coro ini pasti menjadi destinasi menjamu selera. Kalau dapat makan, perghh, terubat rindu.  

Untung bagi mereka yang ada abang atau kakak angkat kerana adik angkat akan mendapat “hasil” setiap kali outing mereka pada hari Jumaat / Sabtu. …..Oh, rugi sungguh tak ada yang sudi angkat admin dulu 😂

Tidak dapat dipastikan sejak bila trend NGABC ini dan bilakah ia berakhir. Namun, yang pasti majoriti Alumni SMSJ era 80an – 90an pasti akan berkunjung ke sini bila berkunjung ke Kluang. 

Kalau bercerita tentang nasi goreng NGABC ni, tak pasal-pasal terembes air liur. Nak kata sedap gila, tak juga. Sedap boleh tahan, tapi air tangan tu yang power… dan yang pasti, ia mengembalikan nostalgia.

Alhamdulillah, minggu lepas kami sempat berkunjung ke Medan selera MPK jalan Panggung Wayang dan merasai kembali NGABC di gerai Pakcik belakang coro (gerai makan Ezman) setelah 25 tahun meninggalkan alam persekolahan.

Kedai pakcik belakang coro sains johor kluang
Banner senarai harga di atas sumbangan SAJOHA 88-92 (sekarang dah upgrade lagi besar)

Rasanya masih kekal sama seperti dulu tetapi yang paling menarik adalah harganya, iaitu hanya serendah rm3.50 untuk nasi goreng ayam di bandar Kluang. Memang murah dan puashati. Cuma pembungkusan sudah berubah, tidak lagi menggunakan kertas suratkhabar (yang ini part nostalgia).

Sebagai rujukan, untuk bekas pelajar SMSJ era kami (80an dan 90an), berikut adalah alamat Nasi Goreng Ayam Belakang Coro (kedai pakcik belakang coro) :

Gerai Makan Ezman,
No 3, Medan Selera MPK,
Jalan Panggung Wayang,
86000 Kluang,
Johor.

Berikut pula adalah peta lokasi pada Google map. Klik je, lepas tu ikut je Navigator samada google atau pun Waze. Kami dah tandakan dalam Google map, khas untuk SAJOHA.

Nota kaki:

Al-Fatihah buat makcik Yan pemilik bersama Nasi Goreng Ayam Belakang Coro yang telah kembali menemui penciptaNya. Setiap hidangan yang disajikan buat kami sepanjang 5 tahun kami bersekolah asrama hingga dewasa ini tak dapat kami lupakan. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aamiin.

Dominos Pizza Muar free pizza

Hari ini kebetulan melalui hadapan Dominos Pizza Muar yang terletak di bangunan Muar Traders Hotel. Ternampak promosi free pizza.

Promosinya adalah beli regular pizza dan dapatkan percuma sekeping pizza. (buy 1 get 1 free).

Mengikut voucher yang kami dapat di kotak small pizza, ia sah sehingga 31 Disember 2017.

Dominos pizza Muar

Small pizza tersebut pula kami beli dengan harga rm5.90 di kiosk Dominos pizza berhadapan restoran mereka.

dominos Free pizza

Mudah bukan, macam restoran pandu lalu pula rasanya. Hehehe….

Untuk orang-orang Muar, rasanya promosi ni memang hebat. Apa lagi bolehlah datang kalau ada duit lebih. Memang berbaloi nilai yang anda akan dapat.

 

 

 

Char kuew teow sedap Muar

Bagi peminat char kuey teow di Muar, kami nak recommend satu port tempat makan yang korang boleh pergi. Sekiranya anda mencari Char kuew teow sedap Muar, ini adalah salah satu tempat yang anda boleh pergi.

Char kuew teow sedap Muar
Char kuew teow sedap Muar

Perniagaan ini diberi nama “Pesta Baru Char Koay Teow” dengan menu harga seperti berikut:

  • Kecil………….. rm 5.00
  • Besar…………  rm 5.50
  • Telur mata..  rm 1.00

Tempat makan ini terletak di Pesta Baru, Muar (batu 1 1/2 jalan Bakri). Ia terletak di medan selera (food court) yang menyajikan pelbagai pilihan makanan halal (halal food).

char kuew teow Penang Muar

Rasanya memang mantap dan sedap. Ada kerang dan udang dan yang paling penting pastinya kuah dalam char kuew teow Penang. Ia yang memberikan rasa utama dan penentu sedap atau tidak masakan kue tiau.

Pastikan anda susuk si hadapan gerai untuk menyaksikan api menjulang ketika proses memasak char kue teow ini. Memang seronok terutama bagi kanak2.

Sesuai untuk anda yang ingin makan di tempat yang mempunyai variasi pelbagai pilihan makanan. Servis yang cepat dan pantas, manakala makanan yang dipesan tiba tanpa perlu menunggu lama.

Sila rujuk peta google di bawah untuk lokasi yang lebih tepat.

Medan Selera Jalan Pesta Baru
Taman Orkid, 84000 Muar, Johor

https://goo.gl/maps/yKuzMgM1CwN2

 

Bagi anda yang inginkan review daripada kami, sila gunakan contact form atau whatsapp wasap.my/60187791008