Dewasa ini kerap kita melihat anak muda tampil dengan kereta baru walhal baru beberapa bulan mula bekerja dengan gaji yang kecil. Gejala tidak sihat ini sebenarnya mendorong kepada pengurusan wang yang tidak berhemah, kerap keputusan wang sebelum tiba waktu gaji. Dan paling membahayakan bila mereka tidak mampu membayar ansuran bulanan, seterusnya terheret kepada status muflis dan bankrap.
Kami teruja dan kagum dengan tips dan panduan daripada Dr. Azizul Azli Ahmad, seorang ikon fb berkaitan pelaburan hartanah dan pengurusan wang yang semakin kerap muncul di kaca tv.
Oleh itu, jemput baca tulisan beliau di bawah ini dan jangan lupa untuk follow beliau di Facebook bagi perkongsian hebat secara percuma.
==========================
#TabungRaya
KERETA BARU RAYA INI?
Fattah telah menukar kereta baru raya ini. Sedangkan dia belum ada kemampuan untuk itu.
Tetapi demi sebuah ‘gaya’ apa salahnya mencuba. Waktu muda inilah kita nak merasa, katanya.
Bila sampai di kampungnya pujian yang datang bertimba timba, dari ibubapa, sanak saudara, alumni reunion sekolah dan paling penting dari Pak Man Lebai sebab anaknya Zurra paling manis di kampungnya.
Fattah rasa sangat puas dan bangga sebab berjaya menonjolkan ‘kejayaannya’ buat semua orang kagum dan bangga.
Sesekali dia senyum sendiri
Dia rasa seluruh kampung sedang bercakap dan bercerita tentang kereta City yang baru digantikannya dengan Saga.
Dia bangga bila ramai yang teringin nak tumpang naik kereta barunya, habis 3 kampung dia bawak ronda.
Dia rasa rumah semua orang dia nak pi raya.
Sebut saja rumah kawan sekolah mana dia tak sampai, parking mesti depan rumah punya. Kalau dapat bukak pintu kereta masuk terus kedalam rumah .
Lima hari beraya, pujian yang dia dapat sangat luar biasa. Risaunya kereta baru hingga kucing datang dekat dia mudah buruk sangka kata nak kencing di tayar.
Sedangkan kucing itu pun kagum dengan keretanya, nak cuba cuba merasa kereta baru.
Katanya bayaran tak jauh beza, bayaran City cuma RM897 sahaja. Gajinya RM2200 dah tentu ada lebih ‘banyak’ punya. “O.T kan ada!”. Katanya dengan penuh rasa teruja
Jika setahun insurannya RM1200 makan setiap bulan biaya perlu ada RM100 untuk insurannya nanti.
Minyak kereta sebulan RM200 itu paling minimum jika seminggu RM50 setangki.
Jika balik kampung belanja jadi lagi besar nanti. Itu belum parking setiap bulan kena bayar RM60 dan tol atas jalan RM100 sebulan.
Kereta baru selenggaranya tak selalu, tetapi sekali hantar ke pusat services RM450 itu sudah tentu. 6 bulan bahagi RM450, setiap bulan kena ada RM75 sahaja.
Itu belum beli pewangi kereta, hantar cuci tiap minggu dan beli assesori kereta, tayar kereta dua tahun sekali tukar dan sebagainya.
Jumlah yang Fattah kena ada setiap bulan adalah RM1,432.00 sahaja. Baki gaji yang tinggal hanya RM768 sahaja.
(Gaji tu belum. Tolak sokso dan epf lagi, kalau tolak lagi pedih jadinya)
Jika tolak sewa bilik (RM150), beli makan dipejabat dan rumah (RM10 x 30hari), bill hp dan internet (RM150) dah habis RM600!
Baki ditangan cuma ada RM168 sahaja!. Bahagian ibubapa tercinta dan Takaful dimana? Simpanan ASB atau TH jangan lah tanya.
“ASB nie haram tak baik kita sokong benda benda haram nie” katanya sambil hembus asab rokok dunhill yang dia mintak dari kawan berkepul kepul keudara.
Belilah kereta bila kita dah hitung segala perkara. Kereta adalah setahun gaji kita.
Bayaran bulan jika dapat Tidak lebih 15% dari gaji kita.
Setakat nak bangga Raya ini, baik beli BMW atau Ferrari, barulah Raya sakan kita nanti 😜
Jangan beli kereta baru bertawakal, itu kerja gila.
Azizul Azli Ahmad
#BergayalahSampaiMati
#IniSimbolKekayaanPalsu
#ShareJerKawan
=========================
Di bawah ini pula kami kongsikan tips cara-cara kira kereta yang mampu kita beli berdasarkan gaji yang juga ditulis oleh Dr. Azizul Azli Ahmad pada ·
=======================
#TabungKereta
PANDUAN BELI KERETA BARU BERGAYA
1. Kebelakangan ini makin banyak kereta baru akan dan telah keluar dipasaran.
2. Ramai yang dah terliur dan mula pasang angan angan. nak beli MYVI, Iriz, Axia, atau Bezza
3. Mari kita ulang kaji pelajaran, kereta yang layak kita beli adalah setahun gaji kita.
4. Jika gaji baru RM2,000 kereta yang kita mampu beli beharga RM24,000 sahaja.
Jika tiada kereta baru, belajar naik moto dulu atau beli yang terpakai saja
5. Bayaran kereta kita sebaiknya bawah 15% dari gaji. jika gaji RM3,000. Ansuran bulanan kereta mesti kurang dari RM450 sahaja.
Jika lebih, jurujual kereta akan kata “padan muka jerat sudah kena”
6. Boleh juga guna formula ini;
20 : 5 : 15
- 20% Deposit kereta
- 5 Tempoh Pembiayaan
- 15% Dari gaji bayar kereta
7. Jika masih lagi sukar dapat jawapan nak beli kereta atau tidak, guna pulak fomular ini.
Harga Kereta / 12 bulan = Gaji Layak Beli.
Jika harga Axia paling murah RM24,900 / 12 = RM 2075 gaji layak beli.
Jika harga MyVi baru paling murah RM44,300 / 12 = RM3691 gaji kita baru layak beli MyVi baru yang seksi itu.
8. Memang seronok naik kereta baru, kawan opis puji tinggi sebab nak naik kereta ‘free’.
9. Belajar simpan duit dulu baru belajar nak beli kereta. lebih hebat jika beli rumah dulu baru kereta. Gegadis sangat suka sebab ada dapur IKEA.
10. Kereta terpakai bukan dosa, tak guna kereta baru jika sampai opis lewat juga :-p
Azizul Azli Ahmad
Viva Kelabu Asap
#NaikMotoSajaJikaBelumAdaRumahTangga.
#ShareJerBagiKawanPandai
========================
Anda tidak perlu setuju apa yang dikatakan beliau. Setiap orang orang ada pandangan tersendiri. Pilihan di tangan anda. Abaikan jika tidak sehaluan.