Harga Dunhill Sekotak boleh beli..

Harga Dunhill Sekotak boleh beli apa? Kali ini kami kongsikan perbandingan harga rokok Dunhill, (kegemaran perokok tegar di Malaysia (mengikut pemerhatian penulis) dengan nilai setara yang boleh dibeli.

Tulisan asal kami dapat melalui perkongsian whatsapp, oleh seorang perunding takaful life Zurich @ ejen takaful nyawa

=========================

Harga rokok Dunhill sekotak pada tahun 2023 adalah RM 17.00

Harga dunhill sekotak
  • Sehari – RM 17 ( boleh makan kfc satu set )
  • Seminggu – RM 119 (boleh carum dgn Zurich takaful dgn perlindungan RM200k )
  • Sebulan – RM 510 ( boleh bayar installment perodua Bezza 1.0, selama 9 tahun )
  • Setahun – RM 6120 ( boleh pergi umrah tiap2 tahun) 5 tahun – RM 30,600.00 ( boleh pergi haji suami isteri )
  • 10 tahun – RM 61,200.00 ( boleh buat duit muka rumah bungalow harga RM600k )
  • 20 tahun – RM 122,400.00 ( letak dalam asb, unit trust cwa, goyang kaki dah takyah kerja. Financial freedom kalau duduk kat kampung )
  • Jangan cakap abang tak payung. Jom kita berazam utk berhenti merokok lillahi Ta’ala.
  • Begitulah serba sedikit perbandingan yang dibuat ejen takaful tersebut. Nampak realistik dan mengujakan sekiranya dibuat betul-betul.
  • Cuma isunya sekarang, berapa kuat tekad hati untuk berhenti merokok. Memang senang menuturkannya dibibir tapi tak mudah untuk dilaksana.
  • Alhamdulillah, admin sendiri telah berjaya berhenti merokok buat kali kedua. Kali ini, telah berlanjutan selama 11 tahun.
  • In Shaa Allah admin akan buat ebook sebagai panduan kepada mereka di luar sana yang berhasrat untuk berhenti rokok, dan buangkannya jauh-jauh dari kamus kehidupan yang sesungguhnya tiada manfaat, kecuali kepada tauke kilang rokok serta rangkaiaan pemasarannya.
  • Buat para isteri yang suaminya masih merokok, jangan pernah putus asa untuk berdoa agar dimakbulkan doanya ssuatu hari nanti.
  • Manakan tau, perbaziran yang dilebur ke atas rokok setaip.hari, boleh bertukar kepada pelaburan rantai emas, gelang atau cincin berlian. Aamiin.
  • Apa lagi, mulakan berdoa kepada Allah swt setiap kali lepas habis solat, agar dipermudah dan dibukakan hati para suami untuk berhenti rokok.
Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

21