Musim durian Muar 2019 hujung tahun

Assalamualaikum wbt. Semoga semua pembaca blog ini dikurniakan rahmat dan dilimpahi berkah Allah swt. Kali ini kami nak update tentang Musim durian Muar 2019 penghujung tahun sebelum menjelangnya tahun 2020. Musim 2021

Pembekal durian muar 2019

Kami baru bermula semalam, 13.12.2019, berjualan buah durian untuk musim ini, khas buat pelanggan kami yang sentiasa dahagakan buah-buah durian pelbagai variasi tak kira samada durian kampung, durian kahwin klon terbaik atau raja kunyit durian musang king.

Stok kali ini adalah stok durian Bukit Pasir dan Pagoh. Kadangkala kami juga ada mendapatkan stok durian borong dari durian Tangkak dan Jementah Segamat.

Kami seperti biasa akan berjualan di hadapan warung kami,  cendol durian Syoknya Ummi sepanjang musim ini, In shaa Allah.

Jangan lupa untuk singgah ke tempat kami untuk durian murah Muar 2019. Seperti biasa kami akan beroperasi menjual buah durian dengan kerusi meja berbumbung beserta kipas dan tandas, yang selesa untuk seisi keluarga menikmati buah durian, raja segala buah ini.

Kami memberi jaminan untuk setiap ringgit yang dibayar ke atas buah durian kami. Setiap buah rosak atau mengkal / mangkau, kami akan gantikan dengan yang baru. Begitu juga buah yang busuk.

Kami berniaga buah durian untuk jangkamasa panjang, tiada istilah menipu dalam diari kami. Kami tidak akan bertekak dengan anda sekiranya anda ingin menukar buah sekiranya buah yang dikopek busuk atau kurang baik. Berniaga durian biar gentleman.

Pastikan anda mendapatkan #DurianSyoknyaUmmi di Parit Bunga, Muar Tangkak Johor. Sebarang pertanyaan, sila hubungi www.wasap.my/601158961229/b.durian.2020.

Waktu operasi 12 tengahari – 11 malam.

Lokasi port makan durian halal dan toiyiban di Muar Tangkak & cendol durian

Di Muar, Johor (disebut  Muo dalam loghat tempatan) ada port makan buah durian fresh sambil layan cendol. Di sini juga ada tempat makan durian musang king di malaysia. Kalau sebelum ni, ramai yang mencari buah durian murah di Muar. Tapi sebenanya, harga masing-masing yang dijual tak banyak perbezaan ketara. Cuma perbezaan ketara masa nak makan durian, terutama bila bawa famili ramai-ramai konvoi 3-4 biji kereta.

Masa tu baru perasan kemudahan asas yang tak lengkap seperti tempat basuh tangan, panas takde kipas…. anak kecil dah mula merengek berjurai peluh, kena pula makan mencangkung tepi jalan, anak nombor 2 plak tetiba nak terkencing. Adoiiiii macam-macam songel la pula.

Tu belum kira ada anjing berkeliaran, percampuran makanan tidak halal dengan peralatan mengupas dan membungkus durian serta banyak lagi.

Durian murah Muar Tangkak 2019

Tempat makan Muar

Durian udang merah Muar Tangkak

Atas dasar itu, kami terpanggil menyahut fardhu kifayah, menyediakan tempat makan durian yang suci daripada najis mughalazah. Jadi, apa kata kalau datang Muar  / Tangkak, Johor, sila singgah tempat kami di warung #CendolDurianSyoknyaUmmi , bertempat di Parit Bunga, 7km dari bandar Muar.

Bukan apa, selain buah durian segar dan frozen, tempat kami ada jual cendol biasa dan #CendolMusangKing (nanti bagitau kami, boleh tak kami tersenarai sebagai cendol sedap di Muar). Nak tambah boleh, nak makan sorang2 boleh (sebab anak bini tak suka durian) atau nak belanja bapa mertua pun boleh.

Warung kami #CendolSyoknyaUmmi a.k.a. #CendolMangkukBesar 100% milik Muslim bumiputera. Bila lagi nak support bisnes Muslim untuk majukan ummah.

Ingat, kalau seorang peniaga Muslim itu kaya, maka lebih banyak tabung-tabung masjid, tahfiz dan anak yatim dapat dipenuhkan. Bukan itu sahaja, pelbagai jenis zakat (zakat perniagaan, zakat pendapatan, zakat wang simpanan dll)  dapat disumbang untuk memajukan ekonomi umat Islam.

Membeli produk atau servis umat Islam merupakan salah satu jihad kita, tak semestinya masuk perang fi Sabilillah. Kami bukan suruh boikot bisnes non Muslim. Jika mereka offer barang yang lebih baik atau peniaga Muslim tiada stok, silakan.

Waktu operasi..
Cendol 12-6.30pm .
Gerai durian 11am-11pm (tutup awal kalau buah abis)

Kelebihan makan di tempat kami sekiranya terdapat buah durian tak elok, kami berbesar hati untuk menggantikan samada buah yang baru atau pangsa yang rosak. Bayar durian mahal-mahal biar puas hati, jangan ada dendam sebab buah rosak tak boleh tukar.

Selain itu, pakej yang ditawar adalah kemudahan tempat duduk untuk makan siap dengan tap air untuk membasuh tangan, kipas industri, air sejuk percuma, dan anda juga boleh memesan cendol serta burger bakar, sila rujuk menu penuh di sini.

  • #TakBaikBolehTukar
  • #MakanBiarPuasHati #CendolMusangKingRM15
  • #AdaKerusiMeja
  • #AdaPaipBasuhTangan
  • #AdaTandas
  • #PortMakanDurianMuslim
  • #SupportBisnesMuslim

Jemput singgah. Untuk pertnyaan, sila wsap www.wasap.my/601158961229/b.port.durian.dan.cendol.lokasi

Sila klik peta berikut untuk lokasi port makan buah durian Muar halal dan Cendol durian Syoknya Ummi:

Related searches:
tempat makan durian musang king di malaysia, tempat makan durian musang king di muar, tempat makan durian musang king di johor, tempat makan durian musang king di melaka

Durian murah Muar, KL lagi murah!

Durian murah Muar, KL lagi murah!

“Durian ioi berapa sekilo? “ , soalan diajukan seorang wanita pertengahan umur. Suami disebelahnya hanya memerhati. “RM20 sekilo kak”, jawab Najwa sambil mencapai 2 sarung tangan yang disatukan untuk menjadikannya tebal. “Mahalnya dik,  KL lagi murah”, balas wanita tersebut sambil mula mengomel.  “Oklah, ambil sebiji, kalau tak sedap saya taknak bayar”, sambung ngomelan wanita tersebut.

Durian murah Muar Tangkak 2019

Sebenarnya apa yang dikatakan wanita itu memang betul. Memang betul durian KL murah berbanding durian Muar. Durian Muar mahal. Tiada lagi durian murah Muar 2019, mungkin kena tunggu tahun 2020 baru durian Muar lebih murah?

Ada netizen dalam group Facebook sudah berkira-kira minta rakan-rakan boikot durian timbang kilo. Mungkin beliau nak beli durian isi tanpa kulit, atau mungkin juga beli durian Belanda yang jauh lebih murah.

Durian udang merah Muar Tangkak

Jadi, betul ke durian Muar mahal berbanding KL? Walhal, kebanyakan peniaga durian di KL mengambil buah durian dari peraih di Muar. Wajarkah semua orang boikot durian dengan kulit (fresh durian)?

Durian KL lebih murah berbanding durian Muar yang dikatakan sebenarnya ada beberapa kemungkinan. Jom kita baca point berikut:

  1. Yang pertama sebab buah tersebut buah gred B (lebih kecil)  berbanding yang puan Najwa jual bersaiz lebih besar gred A.
  2. Keduanya, berkemungkinan durian yang lebih murah adalah durian hari semalam yang tidak habis terjual.
  3. Yang ketiga, kemungkinan besar tokey durian tersebut ada ladang durian seluas saujana memandang yang ditinggalkan berbuah tanpa penjagaan racun dan baja.
  4. Anda rasa apa lagi yang perlu ditambah? Nyatakan pada ruangan komen..

Durian ioi 101 mas Muar durian murah Muar 2019

Sebagai penjual durian yang semakin masak dengan karenah buah durian dan juga peel para pelanggan, puan Najwa berhadapan dengan masalah seperti pelanggan dah buka durian tetapi tak mahu bayar sebab alasan diberikan seperti durian tak manis, isi nipis, keras dan sebagainya (ada yang betul dan patut ditukar kepada durian yang elok, ada pula yang sengaja beri alasan sebab taknak bayar).

Manakala karenah buah durian pula adalah seperti buah tak masak (mangkau), masam, cantik di luar busuk di dalam, pecah (terutama buah durian ioi, pagi gugur, petang dah mula merekah) , itu belum kira loggokan buah tak habis terjual dan sebagainya lagi.

Untuk pemilik dusun durian (Muar durian orchard), pokok durian perlu dibaja setiap kali lepas habis musim buah bagi memastikan pokok akan bebunga dan berputik pada musim akan datang. Baja durian biasanya bermula dengan harga serendah rm20/satu beg, kalau seekar dah berapa beg baja perlu dibeli. Selain itu, pokok perlu dirawat sekiranya berlaku serangan kulat atau kumbang penebuk batang. Bagi sesetengah pemilik dusun, serangan duit-duit juga memerlukan upah pekerja untuk membuangnya.

Itu belum kira lagi bila tiba musim buah pula, dusun perlu dibersihkan daripada semak samun. Memantau serangan˙ kera, tupai dan monyet “kepala hitam” a.k.a penchuri, yang  juga memerlukan kos samada dari segi tenaga, peralatan, anjing dan juga senapang patah.

Bila dilihat pada risiko karenah buah durian, sepatutnya para pembeli buah durian perlu berfikir dua kali sebelum memberikan kecaman dalam social media dengan mengatakan durian patut dijual murah sebab buah tempatan.

Dewasa ini, kerap kelihatan mereka memberikan komen pedas dan juga komen yang menampakkan kurang cerdik. Nabi saw pernah bersabda yang membawa makna lebih kurang begini, “Jika tiada perkara yang diucapkan dapat memberikan manfaat, maka lebih baik diam”.

Untuk durian murah Muar, boleh datang ke tempat kami di “Cendol Durian Syoknya Ummi” di Parit Bunga Muar. Ada kerusi meja berbumbung lengkap kemudahan tap air dan tandas (warung cendol). Selain itu, anda boleh menikmati cendol durian serta cendol musang king pada harga promosi rm15 semangkuk.

Sila klik peta berikut untuk lokasi buah durian Muar dan Cendol durian Syoknya Ummi: