Cara-cara mengenal kolesterol tinggi

Kami kongsikan 7 cara atau tanda mengenal paras kolesterol @ cholesterol yang tinggi dalam badan seseorang.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda. Agar kita dapat mencegah serta mengawal paras kolesterol dalam badan kita, untuk hidup lebih sihat.

Nantikan perkongsian akan datang untuk cara-cara mengawal dan mencegah kolesterol dalam badan.

credit gambar kepada Rashwealth Group

 

Resepi aiskrim mudah

Resepi aiskrim mudah resepi aiskrim tanpa telur

Resepi aiskrim tanpa telur. Resepi aiskrim mudah ni memang amat senang untuk disediakan. Kebanyakan bahan-bahan yang diperlukan memang ada di rumah (kecuali ovalet).

Klik sini untuk panduan resepi aiskrim tanpa ovalette.

Klik sini untuk bacaan cara buat bisnes aiskrim rm5000 sebulan secara sambilan.

Mengapa ovalet?

Ovalet biasanya digunakan dalam pembuatan kek, khasnya kek span. Ia dapat mengekalkan kekembangan telur setelah dipukul naik, disebabkan sifat acid ovalet.

Fungsi ovalette dalam aiskrim, ialah mengekalkan testur kembang setelah dipukul angin (gelembung-gelembung udara halus)  ke dalam bancuhan aiskrim. Ia beekesan, walaupun aiskrim tanpa telur

Sekejap je dah boleh makan aiskrim homemade. Senang, mudah dan cepat. Jom, apa tunggu lagi.

Sila baca 10 cara jana pendapatan dari rumah 

Resepi aiskrim mudah

Bahan-bahan:

  1. 1 tin susu cair
  2. 1/4 tin susu pekat (boleh lebihkan atau kurangkan, bergantung kepada tahap  kemanisan anda)
  3. 1 biji telur (telur boleh dikecualikan untuk resepi aiskrim tanpa telur, sebab telur ini sama sekali mentah. Hasil aiskrim masih lembut dan gebu).
  4. 1 sudu esen vanilla
  5. 2 sudu besar ovalett
  6. 1 sudu perisa (jika suka, tukar kepada perisa asli, samada serbuk koko, isi durian, buah stawberry dsb). Boleh tambahkan 4 sudu serbuk milo sekiranya anda memilih untuk cara buat aiskrim Milo

Cara-cara:

Masukkan semua bahan dalam mangkuk.
Pukul dengan menggunakan mixer (boleh guna pemukul tangan jika tiada mixer).
Pukul lebih kurang 15 minit, hingga bancuhan menjadi kembang dan ringan.
Masukkan dalam bekas dan bekukan (tak perlu pukul 2 kali).

====================================

Memang mudah bukan resepi aiskrim tanpa telur? Walau bagaimanapun, resepi aiskrim di atas, lebih sesuai kepada makan sendiri atau sajian kepada tetamu berskala kecil.

Namun, ada satu resepi dengan teknik yang sesuai untuk bisnes komersil. Resepi dan tips bisnes ini sememangnya sangat mantap dan menakjubkan, khasnya buat mereka yang ingin menjalankan bisnes asikrim.

Senang-senang untuk dapatkan jualan 4 angka hanya dengan aiskrim yang bernilai RM1 untuk satu kon. Bunyinya pelik bukan?

Mungkin ramai yang tertanya, kenapa kalau boleh dapat 4 angka, rahsia ni nak didedah kepada khalayak umum?

Jawapan kami, rezeki itu milik Allah, dan bukan semua rezeki itu milik kita. Lagipun rahsia yang didedahkannya agak mustahil untuk menjejaskan periuk rezeki penulis ebook rahsia Aiskrim ini. Apatah lagi, jarak memisahkan kita.

Contoh paling mudah, biasakah kita melihat bisnes used car yang teletak bersebelahan dan berdekatan antara satu sama lain? Jadi, faham bukan? Rezeki ada di mana-mana dan Allah jua yang mengizinkannya, samada ia milik kita atau orang lain.

Selamat mencuba.

Searches related to cara-cara buat aiskrim tanpa telur

cara buat aiskrim coklat, cara buat aiskrim tanpa ovalette, cara buat aiskrim milo, cara buat aiskrim malaysia yang gebu, resepi aiskrim potong, resepi aiskrim pelangi, cara buat aiskrim oreo, cara membuat aiskrim malaysia milo, cara buat aiskrim milo tanpa ovalette

Qurban online Kemboja

Qurban online untuk umat Islam di Kemboja. (dan juga akikah online)

qurban online

Menyusuri negara Cambodia (Kemboja), menyaksikan kesan peninggalan sejarah hitam Parti Komunis Kampuchea, yang dikenali sebagai Khamer Rouge. Kepedihan dan kesengsaraan pemerintahan kuku besi Pol Pot telah merencatkan pelbagai pertumbuhan negara, baik dari segi ekonomi mahupun kemajuan Kemboja.

Pada kebiasaannya, orang Islam Kemboja bekerja sebagai petani atau nelayan. Ada juga yang memilih menjadi peniaga kecil-kecilan. Dengan purata pendapatan sehari di antara RM5 – RM10 sahaja, jelas menggambarkan situasi mereka sebagai miskin tegar untuk lebih kita fahami. Pastinya sukar untuk membayangkan keadaan kita jika terpaksa menyara keluarga dengan pendapatan sebanyak itu.

 

Perbezaan Qurban dan Aqiqah klik SINI

Hukum dan pengertian Qurban KLIK SINI

 

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Sedar tak sedar, itulah hakikat yang terpaksa ditelan oleh warga Islam Kemboja. Kita di Malaysia jauh beribu kali lebih mewah dan senang. Sebagai contoh, harga sekilo daging di Kemboja adalah RM32, bersamaan 36 ribu rial, satu jumlah yang amat-amat mahal, tak termampu untuk mereka membelinya.

Justeru, menjamah juadah hidangan daging agak mustahil bunyinya bagi kebanyakan Melayu Kemboja (Islam). Apa yang diharap, adalah sedeqah dan sumbangan umat Islam pabila tibanya musim hari raya haji, iaitu saat para muslimat berlumba-lumba menunaikan ibadat korban. Ini bermakna mereka hanya makan daging setahun hanya sekali. Menyedihkan bukan?

Kita di Malaysia secara purata, tidak menjadi masalah untuk membeli dan menikmati juadah daging. Dan, Alhamdulillah, ramai yang perihatin dengan situasi yang berlaku di negara-negara yang mempunyai umat Islam yang hidup dalam negara yang bergolak atau miskin. Contoh negara Palestin dan Kemboja adalah antara tempat yang lebih memerlukan kita menyalurkan ibadah qurban, berbanding bumi kita Malaysia.

Qurban online adalah pilihan yang tepat dan efisyen bagi kita untuk menghulurkan sumbangan. Inshaa Allah ibadah korban ini akan menjadi lebih bermakna sekiranya daging yang diqurban diagih dan dinikmati oleh mereka yang benar-benar miskin dan memerlukan.

Mungkin pilihan anda adalah satu bahagian lembu, atau boleh juga membeli seekor kambing untuk dikorbankan di Kemboja. Yang penting adalah niat yang ikhlas. Allah jua yang mampu membalas jasa baik tuan-tuan sekalian. Aamiinn

 

 

Boleh juga tengok panduan kambing untuk tips dan selok belok penternakan kambing.