Resepi aiskrim tanpa telur. Resepi aiskrim mudah ni memang amat senang untuk disediakan. Kebanyakan bahan-bahan yang diperlukan memang ada di rumah (kecuali ovalet).
Klik sini untuk panduan resepi aiskrim tanpa ovalette.
Klik sini untuk bacaan cara buat bisnes aiskrim rm5000 sebulan secara sambilan.
Mengapa ovalet?
Ovalet biasanya digunakan dalam pembuatan kek, khasnya kek span. Ia dapat mengekalkan kekembangan telur setelah dipukul naik, disebabkan sifat acid ovalet.
Fungsi ovalette dalam aiskrim, ialah mengekalkan testur kembang setelah dipukul angin (gelembung-gelembung udara halus) ke dalam bancuhan aiskrim. Ia beekesan, walaupun aiskrim tanpa telur
Sekejap je dah boleh makan aiskrim homemade. Senang, mudah dan cepat. Jom, apa tunggu lagi.
Sila baca 10 cara jana pendapatan dari rumah
Resepi aiskrim mudah
Bahan-bahan:
- 1 tin susu cair
- 1/4 tin susu pekat (boleh lebihkan atau kurangkan, bergantung kepada tahap kemanisan anda)
- 1 biji telur (telur boleh dikecualikan untuk resepi aiskrim tanpa telur, sebab telur ini sama sekali mentah. Hasil aiskrim masih lembut dan gebu).
- 1 sudu esen vanilla
- 2 sudu besar ovalett
- 1 sudu perisa (jika suka, tukar kepada perisa asli, samada serbuk koko, isi durian, buah stawberry dsb). Boleh tambahkan 4 sudu serbuk milo sekiranya anda memilih untuk cara buat aiskrim Milo
Cara-cara:
Masukkan semua bahan dalam mangkuk.
Pukul dengan menggunakan mixer (boleh guna pemukul tangan jika tiada mixer).
Pukul lebih kurang 15 minit, hingga bancuhan menjadi kembang dan ringan.
Masukkan dalam bekas dan bekukan (tak perlu pukul 2 kali).
====================================
Memang mudah bukan resepi aiskrim tanpa telur? Walau bagaimanapun, resepi aiskrim di atas, lebih sesuai kepada makan sendiri atau sajian kepada tetamu berskala kecil.
Namun, ada satu resepi dengan teknik yang sesuai untuk bisnes komersil. Resepi dan tips bisnes ini sememangnya sangat mantap dan menakjubkan, khasnya buat mereka yang ingin menjalankan bisnes asikrim.
Senang-senang untuk dapatkan jualan 4 angka hanya dengan aiskrim yang bernilai RM1 untuk satu kon. Bunyinya pelik bukan?
Mungkin ramai yang tertanya, kenapa kalau boleh dapat 4 angka, rahsia ni nak didedah kepada khalayak umum?
Jawapan kami, rezeki itu milik Allah, dan bukan semua rezeki itu milik kita. Lagipun rahsia yang didedahkannya agak mustahil untuk menjejaskan periuk rezeki penulis ebook rahsia Aiskrim ini. Apatah lagi, jarak memisahkan kita.
Contoh paling mudah, biasakah kita melihat bisnes used car yang teletak bersebelahan dan berdekatan antara satu sama lain? Jadi, faham bukan? Rezeki ada di mana-mana dan Allah jua yang mengizinkannya, samada ia milik kita atau orang lain.
Selamat mencuba.
Searches related to cara-cara buat aiskrim tanpa telur
cara buat aiskrim coklat, cara buat aiskrim tanpa ovalette, cara buat aiskrim milo, cara buat aiskrim malaysia yang gebu, resepi aiskrim potong, resepi aiskrim pelangi, cara buat aiskrim oreo, cara membuat aiskrim malaysia milo, cara buat aiskrim milo tanpa ovalette