Ibadah qurban online 2019

Qurban online 2019 serendah RM 290.00 – itulah harga terkini yang ditawar sebuah syarikat pengendali qurban aqiqah online. Memang murah dan mampu milik bagi purata rakyat Malaysia, berbanding harga biasa rm700 satu bahagian.

Jika disebut rm700 satu bahagian, mungkin ramai agak berat untuk menghulur nilai tersebut. Tetapi nilai rm290-rm400 untuk harga qurban yang dilakukan di negara penduduk Islam minoriti / miskin, memang amat murah dan tidak berat.

 

Tempohari kami telah menonton video YouTube daripada Mr. Kokom yang menyampaikan mesej tentang kepentingan serta fadhilat amalan berkorban. Usah kikir dan berasa kedekut untuk menunaikan ibadah korban keran itulah tanda kita bersyukur dan redha “memberi” apa yang kita sayang (duit) , lillahi taala, kerana Allah.

Sebelum ini, kami telahpun menulis tentang ibadah korban online Kemboja dan juga tentang Ibadah korban di Kemboja 2018, dimana ada diceritakan tentang fadhilat serta mengapa qurban dibuat di luar negara, bukan di dalam Malaysia.

Qurban online 2019

Tak salah untuk melakukannya di Malaysia, ada kebaikan juga khususnya amalan bergotong royong menyembelih serta memotong daging untuk diagih. Amalan ini pasti dapat mengeratkan hubungan sesama mukmin dan juga jiran khariah jiran tetangga. In Shaa Allah.

Yang pasti, memang ramai mendapat habuan agihan daging korban di sini, sebagai panduan, boleh baca juga  Cara menyimpan daging korban yang betul , mana tau tahun ini anda dapat banyak daging.

Selamat beramal.

 

Update:

Sila tonon ceramah dan soal jawab agamab erkenaan ibadah korban yang disampaikan oleh Dato Dr. Izhar Ariff, saksikan juga minit ke – 59 di mana beliau memberikan pendapat berkenaan korban luar negara vs qurban dalam negara.

Qurban online 2019

Qurban online Kemboja

Qurban online untuk umat Islam di Kemboja. (dan juga akikah online)

qurban online

Menyusuri negara Cambodia (Kemboja), menyaksikan kesan peninggalan sejarah hitam Parti Komunis Kampuchea, yang dikenali sebagai Khamer Rouge. Kepedihan dan kesengsaraan pemerintahan kuku besi Pol Pot telah merencatkan pelbagai pertumbuhan negara, baik dari segi ekonomi mahupun kemajuan Kemboja.

Pada kebiasaannya, orang Islam Kemboja bekerja sebagai petani atau nelayan. Ada juga yang memilih menjadi peniaga kecil-kecilan. Dengan purata pendapatan sehari di antara RM5 – RM10 sahaja, jelas menggambarkan situasi mereka sebagai miskin tegar untuk lebih kita fahami. Pastinya sukar untuk membayangkan keadaan kita jika terpaksa menyara keluarga dengan pendapatan sebanyak itu.

 

Perbezaan Qurban dan Aqiqah klik SINI

Hukum dan pengertian Qurban KLIK SINI

 

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Sedar tak sedar, itulah hakikat yang terpaksa ditelan oleh warga Islam Kemboja. Kita di Malaysia jauh beribu kali lebih mewah dan senang. Sebagai contoh, harga sekilo daging di Kemboja adalah RM32, bersamaan 36 ribu rial, satu jumlah yang amat-amat mahal, tak termampu untuk mereka membelinya.

Justeru, menjamah juadah hidangan daging agak mustahil bunyinya bagi kebanyakan Melayu Kemboja (Islam). Apa yang diharap, adalah sedeqah dan sumbangan umat Islam pabila tibanya musim hari raya haji, iaitu saat para muslimat berlumba-lumba menunaikan ibadat korban. Ini bermakna mereka hanya makan daging setahun hanya sekali. Menyedihkan bukan?

Kita di Malaysia secara purata, tidak menjadi masalah untuk membeli dan menikmati juadah daging. Dan, Alhamdulillah, ramai yang perihatin dengan situasi yang berlaku di negara-negara yang mempunyai umat Islam yang hidup dalam negara yang bergolak atau miskin. Contoh negara Palestin dan Kemboja adalah antara tempat yang lebih memerlukan kita menyalurkan ibadah qurban, berbanding bumi kita Malaysia.

Qurban online adalah pilihan yang tepat dan efisyen bagi kita untuk menghulurkan sumbangan. Inshaa Allah ibadah korban ini akan menjadi lebih bermakna sekiranya daging yang diqurban diagih dan dinikmati oleh mereka yang benar-benar miskin dan memerlukan.

Mungkin pilihan anda adalah satu bahagian lembu, atau boleh juga membeli seekor kambing untuk dikorbankan di Kemboja. Yang penting adalah niat yang ikhlas. Allah jua yang mampu membalas jasa baik tuan-tuan sekalian. Aamiinn

 

 

Boleh juga tengok panduan kambing untuk tips dan selok belok penternakan kambing.