Ramai yang tertanya-tanya dan masih mencari jawapan terhadap persoalan punca kolesterol dan cara mengatasinya. Ramai juga yang mencari jalan penyelesaian berbanding langkah mencegah kolesterol.
Ada beberapa faktor penyumbang utama mengapa kolesterol tinggi dalam darah kita. Salah satu punca utama adalah pengambilan gula dalam diet kita sehari-hari.
Jom saksikan video yang dirakam oleh doktor Siti Jauriah atau lebih mesra dengan panggilan dr. Jue. Marilah kita bertaubat daripada mengambil gula. Cegah sebelum parah.
Sesungguhnya, gula yang dimasukkan dalam makanan kita sehari-hari sebagai penyedap makanan, sebenarnya mempunyai effect atau kesan buruk yang amat dahsyat. Ngeri jika difikirkan. Seharusnya pihak KPM dan kerajaan perlu memberi penekanan lebih kepada anak-anak kecil ketika di peringkat awal persekolahan.
Pelbagai ilmu dan pendidikan tentang bahaya gula perlu ditekan sepanjang waktu agar tahap kesihatan umum menjadi lebih baik, seterusnya mengurangakan beban kepada pihak hospital dalam menangani isu kencingf manis yang berlambak saban tahun.
Carian berkaitan punca kolesterol dan cara mengatasinya, 10 makanan penurun kolesterol, Ramuan tradisional untuk menurunkan kolesterol, makanan penyebab kolesterol, Buah penurun kolesterol paling Cepat, obat kolesterol, gejala kolesterol tinggi, Jus penurun kolesterol dengan Cepat, penyebab kolesterol,
Ramai yang mencari jawapan sebenar pantang bersalin berapa hari dalam Islam. Semenjak zaman dahulu kala masyarakat Melayu telah sebati dengan amalan berpantang 100 hari lepas bersalin. Dalam hal ini hubungan intim suami isteri sama-sekali perlu dielak.
Begitu juga dengan perancangan kehamilan dapat dilakukan secara semulajadi.
Berikut adalah hukum pantang agama, sila fahamkan penerang daripada Ustaz Azhar Idrus (pantang agama):
Untuk kupasan lanjut, mari kita baca penerangan daripada Dr. Imelda Balchin, beliau merupakan Pakar Obstetrics dan Gynaecology. Kini beliau juga merupakan media influencer hebat yang berkongsi ilmu serta tips dalam bidang kepakarannya.
Sila follow beliau di FB untuk banyak maklumat dan perkongsian bermanfaat.
Selepas bersalin kena pantang 100 hari bersama suami? Itu nasihat dari makcik bawang lah, bukan nasihat pakar-pakar gynae.
Awat laaaaa makcik bawang suka mengarut, sampai hal rumahtangga orang lain pun nak menyebuk dan nak control orang lain pulak.
Dalam Islam hanya perlu berpantang hubungan kelamin selagi darah nifas belum kering. Darah nifas boleh kering di antara 14 hingga 60 hari. Puratanya ialah lebih kurang 30 hari. Selepas darah nifas dah kering, boleh mandi hadas, dan kemudian ikut suka pasangan suami-isteri masing-masing bila bersedia untuk bersama.
Dari segi perubatan moden pun selari dengan nasihat yang sama dengan hukum Islam, doktor-doktor pakar gynae dari negara yang bukan Islam pun bagi nasihat elakkan hubungan kelamin sehingga darah nifas kering untuk mencegah jangkitan bakteria kepada ibu-ibu yang baru bersalin.
Kalau nak menjarakkan kehamilan, gunalah kaedah merancang keluarga yang berkesan, be smart, pergi jumpa doktor di klinik untuk bertanya apakah kaedah yang paling sesuai untuk diri masing-masing. Pi tanya makcik bawang buat apa? Makcik bawang hanya tau kaedah berpantang, kaedah lain dia tak tau, tapi nak menyebok dan nak membuli ibu yang baru bersalin saja dengan pantang-pantang mengarut.
Lagipun, makcik bawang zaman dulu bukan pun breastfeeding friendly, sebab tu laa depa tak tau tentang kaedah breastfeeding untuk merancang keluarga. Depa hanya tau nak sumbat mulut baby dengan air lah, kanji lah, susu kambing lah, nestum lah, pisang lah, air kunyit lah, air anggur lah, semua petua mengarut-ngarut nak sumbat di dalam mulut baby yang baru lahir.
Mai nak habaq, kaedah breastfeeding untuk merancang keluarga itu dinamakan kaedah lactational amenorrhoea. Ia berkesan mencegah kehamilan di dalam 98 dari 100 ibu yang menggunakan kaedah ini untuk 6 bulan selepas bersalin.
Apakah syarat-syarat lactational amenorrhoea sebagai kaedah yang berkesan untuk merancang keluarga? Ada 3 syarat yang mesti ditepati:
1) Exclusive breastfeeding. Maknanya, bayi itu minum hanya susu ibu, bukan campur dengan formula, bukan disumbat apa-apa minuman atau makanan lain selain dari susu ibu. Sekiranya bagi bayi minuman dan makanan yang lain dari susu ibu, maka kaedah lactational amenorrhoea tidak berkesan lagi sebagai kaedah merancang keluarga.
2) Ibu tidak ada haid selepas darah nifas kering. Sekiranya ibu dapat haid selepas darah nifas kering, maka kaedah lactational amenorrhoea tidak lagi berkesan sebagai kaedah merancang keluarga.
3) Hanya berkesan untuk 6 bulan selepas bersalin saja. Sekiranya bayi sudah melebihi 6 bulan, maka kaedah lactational amenorrhoea tidak lagi berkesan sebagai kaedah merancang keluarga.
Ingat tau, lactational amenorrhoea adalah 98% effective sebagai kaedah merancang keluarga hanya jika anda tepati TIGA SYARAT di atas. Makcik bawang mana ada ilmu pengetahuan ini dan tak boleh guna cara ini sebab depa bukannya breastfeeding friendly, dok sumbat mulut baby dengan macam-macam dan paksa ibu ikut pantang larang yang boleh mengurangkan susu ibu, pasai tu laa depa kena pantang suami. Kaaannnn…
Tak payah lah ikut makcik bawang naaaaa. Tambahkan ilmu pengetahuan supaya kualiti hidup anda lebih baik lagi.
Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda.
Dr Imelda Balchin, Pakar Obstetrics dan Gynaecology.
Siapa tepek link mengarut dan petua mengarut di laman saya akan kena delete dan kena block!
Carian berkaitan pantang bersalin berapa hari dalam Islam: Pantang bersalin 40 hari atau 44 hari, Pantang bersama suami selepas bersalin, Makanan ketika berpantang selepas bersalin, Tempoh berpantang selepas bersalin, Makanan selepas berpantang 44 hari, Pantang bersalin czer, Mandi selepas bersalin, Cara melayan suami ketika berpantang,
Sekarang ramai masih belum sedar tentang kepentingan mematuhi arahan Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP) atau dalam bahasa Inggeris disebut MRO (Movement Restriction Order) ekoran masalah wabak pendemik Covid -19 Novel Coronavirus atau nCovic Covid19. Rakyat dipinta tampil untuk melakukan Saringan sample ujian covid 19 sekiranya mempunyai simptom atau jika pernah mempunyai sejarah berjumpa dengan pembawa virus ini.
Di sini kami kongsikan tulisan Doktor dengan nama FB Falcon John Aren, boleh follow beliau untuk sebarang perkembangan dan hal ehwal bidang kedoktoran.
Jom kita baca kupasan beliau yang disertakan infografik berkenaan teknik swab (ujian saringan)
===========================
Screening & Saringan Sample for COVID19… suatu kepentingan atau suatu beban kerja?????
Ada antara kita tidak faham, atau tak mahu faham.. bahawa Saringan / Screening itu menpunyai lapisan / peringkat yang tertentu… (ala macam amik lesen moto la.. lesen B2 test dia lain, lesen Bfull test dia lain…)
Bila kita ‘terdedah’ kepada jangkitan COVID ni yang merebak secara ‘droplet’ jadinya kita kena tunggu tempoh inkubasi (eraman) atau senang kalau buah tu kira ‘matang / masak’ utk kita makan… baru la kita akan dapat tanda atau simptom.. tapi kalau nak pastikan kita ‘ada’ secara standardnya kena la ‘swab’ atau jolok hidung kalau kita ini menjadi ‘suspek’ ataupun sebagai orang yang ‘disiasat’ utk mendapat jangkitan tersebut…
Kat sini saya nak cerita sedikit pasal jolok tekak (oropharangeal) ataupun jolok hidung (nasopharangeal) swab.. supaya korang semua duduk rumah!!! Ko ingat tak sakit? Dan selesa ke? Baik orang yang kena, dan orang yang ‘mengenakan’ sama-sama terseksa dan penat…
Berkenaan dengan saringan, kalau kita ikut model negara jiran (Indonesia) mungkin boleh jer takyah swab.. kita biar jelah.. ataupun kita nak buat model korea.. (swab semua) bak kata orang mencegah lebih baik dari merawat…
Isu, selain daripada penggunaan PPE yang byk, korea buat ‘booth’ utk swab penduduk mereka.. dan semua penduduk diorg sangat berdisplin dan patut.. cuma teknik swab ini kenalah diketahu dan difahami bersama… supaya kerja berjalan lancar, bersistematik dan selamat.
P/S: korang bayangkan kalau korang kena swab mmg menangis tak berlagu, especially kalau 2nd swab tu kena jolok lagi dalam dan lagi jauh…