Harga durian Muar 2024 Jun Julai Ogos

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Berikut merupakan Senarai Harga durian Muar 2024 Jun – Julai – Ogos, bagi Muar Tangkak. Berikut harga durian terkini (In shaa Allah kami update setiap hari). #DurianSyoknyaUmmi Warna merah ada stok Jumaat, 30.08.2024 / 25 Safar 1446 H

Harga durian Muar 2024 Jun
  1. Kampung comel ……. Rm 8/kg
  2. Kampung besar …….. Rm 12/kg
  3. Musang King Comel . RM 18/kg
  4. Musang King C ………. RM 25/kg
  5. Musang King super comel …… RM 10/kg
  6. Musang king B ……..… RM 36/kg
  7. Black Thorn C …….. … RM 25/kg
  8. Black Thorn B ………… RM 45/kg
  9. Tekka A ………………….. RM 29/kg
  10. Musang King AB …….. RM 45/kg
  11. Kahwin* ……………….. RM 16-27kg
  12. Kahwin kampung**.. RM 10-16/kg
  13. Reject (pecah, busuk sepangsa dua) .. RM 6/kg

*Contoh buah kahwin adalah seperti D13, udang merah @ Ang Hae, Kang Hai, D18, ioi, No. 2, Hor Lor, 88, Tang Lai

** contoh buah Camia @ kahwin kampung kami adalah seperti 103, Kasap Merah, 144, D24, D2, D99, No.4.

Bagi buah-buah premium lain, kami kadang kala mempunyai koleksi buah Kim Hong (Golden Phoenix), Tai Guan @ Taiwan, XO Johor, Tekka @ Musang Queen, dll.

CKlik link berikut untuk tempahan atau sebarang pertanyaan lanjut  www.wasap.my/601158961229/booking.durian.jun.24

DurianSyoknyaUmmi.
Lokasi kami TL MRTK B6, KM7, Parit Bunga, mukim Kesang Tangkak, klik peta di bawah:
https://maps.app.goo.gl/gWVrs1v6SLKS8jEZ6

Alhamdulillah musim durian Johor 2024 telah mucul. Kami telah berjualan bermul a tanggal 03.06.24, dan In Shaa Allah sempat kita menyambut Aidiladha 1445 dengan hidangan durian.

Alamaklumlah, pada sambutan hari raya Aidilfitri yang baru lepas, durian tak ada yang gugur. Maka ramailah para pelanggan yang menghantar mesej kepada kami, bertanyakan perihal stok durian.

Musim kali ini lewat sedikit, iaitu memasuki bulan 6, baru ada buah durian, berbanding tahun-tahun yang lepas, kebiasaannya musim durian bermula pada bulan 5.

Faktor ini juga dipengaruhi dengan musim kecil pada awal tahun (bulan 12, 1, 2, sehingga jejak ke bulan 3). Pada musim kecil ini, kami juga ada berjualan buah durian campuran dari Tangkak, Jementah dan Muar.

Harga durian Muar 2024 Jun, durian murah Muar, durian murah Tangkak,

Musim durian Muar 2019 hujung tahun

Assalamualaikum wbt. Semoga semua pembaca blog ini dikurniakan rahmat dan dilimpahi berkah Allah swt. Kali ini kami nak update tentang Musim durian Muar 2019 penghujung tahun sebelum menjelangnya tahun 2020. Musim 2021

Pembekal durian muar 2019

Kami baru bermula semalam, 13.12.2019, berjualan buah durian untuk musim ini, khas buat pelanggan kami yang sentiasa dahagakan buah-buah durian pelbagai variasi tak kira samada durian kampung, durian kahwin klon terbaik atau raja kunyit durian musang king.

Stok kali ini adalah stok durian Bukit Pasir dan Pagoh. Kadangkala kami juga ada mendapatkan stok durian borong dari durian Tangkak dan Jementah Segamat.

Kami seperti biasa akan berjualan di hadapan warung kami,  cendol durian Syoknya Ummi sepanjang musim ini, In shaa Allah.

Jangan lupa untuk singgah ke tempat kami untuk durian murah Muar 2019. Seperti biasa kami akan beroperasi menjual buah durian dengan kerusi meja berbumbung beserta kipas dan tandas, yang selesa untuk seisi keluarga menikmati buah durian, raja segala buah ini.

Kami memberi jaminan untuk setiap ringgit yang dibayar ke atas buah durian kami. Setiap buah rosak atau mengkal / mangkau, kami akan gantikan dengan yang baru. Begitu juga buah yang busuk.

Kami berniaga buah durian untuk jangkamasa panjang, tiada istilah menipu dalam diari kami. Kami tidak akan bertekak dengan anda sekiranya anda ingin menukar buah sekiranya buah yang dikopek busuk atau kurang baik. Berniaga durian biar gentleman.

Pastikan anda mendapatkan #DurianSyoknyaUmmi di Parit Bunga, Muar Tangkak Johor. Sebarang pertanyaan, sila hubungi www.wasap.my/601158961229/b.durian.2020.

Waktu operasi 12 tengahari – 11 malam.

Pembekal isi durian frozen durian paste dan durian box (durian tanpa kulit)

Kami adalah pembekal isi durian frozen Johor yang bertempat di Kampung Parit Bunga, Muar Tangkak, Johor. Isi durian frozen ini juga dikenali dengan nama durian paste, durian mud atau durian puree. Sila scroll ke bawah untuk harga durian box (tulisan hijau) dan testimoni.

Pembekal durian paste frozen

Klik sini untuk pembekal isi durian frozen Johor Bahru.

Pada musim durian, lokasi kami juga merupakan salah satu  tempat makan durian musang king di Malaysia dan juga pelbagai variasi buah durian klon kahwin dan durian kampung. Pilihan untuk anda berdasarkan bajet yang ada.

Pembekal isi durian frozen Johor

Ketika di luar musim durian, isi durian sejuk beku atau frozen durian paste kebiasaanya menjadi sumber nadi penyambung hayat bagi pemilik produk & bisnes makanan berasaskan durian seperti cendol, abc, kuih talam, kuih mochi durian, pancake durian, durian crepe, durian cake, dodol durian, Durian Tart, Cheesecake Durian, Durian Puff dan macam-macam lagi.

Pada kami perkara paling penting adalah usaha murni sang suami untuk menyediakan durian buat isteri yang mengidam makan durian ketika di luar musim.

Kami juga ada membuat dan membekalkan durian tempoyak, samada untuk makanan harian, mahupun untuk warung restoran patin tempoyak

Kami sebagai pembekal durian sejuk beku kebiasaanya menggunakan variasi durian kahwin seperti durian ioi @ durian 101, D13 @ golden bun tembaga, durian D24, durian udang merah, Gang Hai (D1), durian D2 @ Dato Nina dan lain-lain. Selain itu kadangkala kami juga ada menggunakan klon durian Tekka @ musang queen, Kim Hong @ golden phoenix, durian kasap merah, chanee, 88, dan banyak lagi klon durian kahwin yang lain.

Durian udang merah Muar Tangkak

Pembekal isi durian frozen Johor

Selain frozen durian paste, kami juga membekalkan durian ulas Musang King frozen dalam bentuk asal @ durian pulp, sesuai untuk hidngan ABC dan cendol samada di cafe, restoran, stall atau hotel. Selain durian musang king, terdapat juga variasi durian udang merah, D13,  Kim Hong @ Golden Phoenix dan juga ioi yang di jadikan stok bekalan durian box atas permintaan para pelanggan.

Pembekal durian musang king frozen

In Shaa Allah penghantaran boleh diuruskan ke seluruh Semenanjung Malaysia. Kebiasaannya, penghantaran menggunakan perkhidmatan bas ekspress sekiranya kuantiti yang diminta tidak terlalu banyak. Sekiranya jumlah quantity durian amat banyak, kami akan menghantarnya secara terus kepada pelanggan. Untuk quotation sebut harga, order atau sebarang pertanyan, sila wsap kami

Paste==>> www.wasap.my/601158961229/b.isi.durian.paste

Durian box (ulas tanpa kulit) ==>> www.wasap.my/601158961229/b.isi.durian.ulas

===============================

Senarai harga isi durian paste for sale:

  1. Isi durian paste ……..rm60/kg, sila hubungi kami untuk perbincangan pembelian secara borong.

==============================

Senarai harga durian box @ boxed pulp durian 1kg (update 04.11.21):

  1. Musang King…………………………. RM 145.00
  2. Tekka @ Mus4ng Queen …………. RM 100.00
  3. D24 ……………………………………………. RM 70.00
  4. Udang Merah D175 ……………….. RM  90.00
  5. Kim Hong (Golden Phoenix) ,,,,,, RM   95.00
  6. Tai Guan ………………………………. RM  95.00
  7. XO ………………….…………………….. RM 85.00
  8. Tang Lai ………………………………. SOLD OUT
  9. 88 ………………….…………………….. SOLD OUT
  10. D13 @ udang merah Johor ………. RM 75.00
  11. IOI ……………………………………………… RM 75.00

===================================

Harga sekotak durian ulas akan ditimbang terlebih dahulu bagi mendapatkan nilai yg tepat dan berbaloi. Kami kira berat, bukan kira ulas sebab ulas tak sama besar.Berat setiap box -/+ 400gram

=====================================

Durian frozen ioi pulp supplier

1kg packaging*

  1. ioi @ 101 ……………………….. RM 98.00
  2. Tembaga D13 ………………… RM 98.00
  3. Musang King …………………. RM 135.00

*Untuk pack 1 kg, kami akan hantar terus dari Muar, menggunakan servis bas ekspress. Minimum order adalah 5 kg. Sila wsap www.wasap.my/601158961229/b.frozen.1kg

====================================

Testimoni durian box

Pembekal isi durian frozen

Pembekal isi durian frozen

Pembekal isi durian frozen

RELATED SEARCHES

pembekal durian paste, isi durian frozen johor, durian d24 price, durian kampung frozen, pembekal durian sejuk beku, frozen durian malaysia, harga isi durian, durian paste for sale, pembekal isi durian frozen, pembekal durian tempoyak, pembekal tempoyak