Qurban online untuk umat Islam di Kemboja. (dan juga akikah online)
Menyusuri negara Cambodia (Kemboja), menyaksikan kesan peninggalan sejarah hitam Parti Komunis Kampuchea, yang dikenali sebagai Khamer Rouge. Kepedihan dan kesengsaraan pemerintahan kuku besi Pol Pot telah merencatkan pelbagai pertumbuhan negara, baik dari segi ekonomi mahupun kemajuan Kemboja.
Pada kebiasaannya, orang Islam Kemboja bekerja sebagai petani atau nelayan. Ada juga yang memilih menjadi peniaga kecil-kecilan. Dengan purata pendapatan sehari di antara RM5 – RM10 sahaja, jelas menggambarkan situasi mereka sebagai miskin tegar untuk lebih kita fahami. Pastinya sukar untuk membayangkan keadaan kita jika terpaksa menyara keluarga dengan pendapatan sebanyak itu.
Perbezaan Qurban dan Aqiqah klik SINI
Hukum dan pengertian Qurban KLIK SINI
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Sedar tak sedar, itulah hakikat yang terpaksa ditelan oleh warga Islam Kemboja. Kita di Malaysia jauh beribu kali lebih mewah dan senang. Sebagai contoh, harga sekilo daging di Kemboja adalah RM32, bersamaan 36 ribu rial, satu jumlah yang amat-amat mahal, tak termampu untuk mereka membelinya.
Justeru, menjamah juadah hidangan daging agak mustahil bunyinya bagi kebanyakan Melayu Kemboja (Islam). Apa yang diharap, adalah sedeqah dan sumbangan umat Islam pabila tibanya musim hari raya haji, iaitu saat para muslimat berlumba-lumba menunaikan ibadat korban. Ini bermakna mereka hanya makan daging setahun hanya sekali. Menyedihkan bukan?
Kita di Malaysia secara purata, tidak menjadi masalah untuk membeli dan menikmati juadah daging. Dan, Alhamdulillah, ramai yang perihatin dengan situasi yang berlaku di negara-negara yang mempunyai umat Islam yang hidup dalam negara yang bergolak atau miskin. Contoh negara Palestin dan Kemboja adalah antara tempat yang lebih memerlukan kita menyalurkan ibadah qurban, berbanding bumi kita Malaysia.
Qurban online adalah pilihan yang tepat dan efisyen bagi kita untuk menghulurkan sumbangan. Inshaa Allah ibadah korban ini akan menjadi lebih bermakna sekiranya daging yang diqurban diagih dan dinikmati oleh mereka yang benar-benar miskin dan memerlukan.
Mungkin pilihan anda adalah satu bahagian lembu, atau boleh juga membeli seekor kambing untuk dikorbankan di Kemboja. Yang penting adalah niat yang ikhlas. Allah jua yang mampu membalas jasa baik tuan-tuan sekalian. Aamiinn
Boleh juga tengok panduan kambing untuk tips dan selok belok penternakan kambing.