Sila rujuk link di bawah (silakan share) untuk update harga #DurianSyoknyaUmmi setiap hari https://www.blog.muhasabahtrading.com/harga-durian-2021
Berikut harga durian semasa 20.01.21, Rabu, 7 Jamadil Akhir 1442 (H). Update antara 10-1pm setiap hari. ******SOLD OUT **** DURIAN BIX SAHAJA ADA STOK Warna hijau sahaja ada stok:
Sila wsap atau call kami sebelum datang, untuk update stok buah yang ada, disebabkan stok yang terhad, ATAU stok habis dibeli pelanggan.
Www.wasap.my/601158961229/b.durian.ioi.2021
- Musang King …………………………… RM 69/kg (booking only)
- Musang King (medium) ………….. RM 39/kg.
- Musang King comel …………………. RM 25/kg
- Musang King reject (tiada gerenti @ jaminan) ………………………………………………….. RM 20/kg
- Tembaga D13 / IOI / D18, D28 (tapak gajah), Gang Hai (D1), Tai Guan @ Black pearl (M size) ………………….. RM 29/kg
- Tembaga D13 / IOI / D1 (medium) RM 22/kg
- Kahwin …………………………………….. RM 22/kg
- Kampung …………………………………. RM 12/kg
- Kahwin reject (tiada gerenti) … RM 7/kg
- Kampung reject (tiada gerenti) RM 5/kg
- Harga durian box (isi tanpa kulit, klik sini)
- Nanas MD2 …………………………….. RM 4.50/kg
- Nanas MD2 comel …………….. 4 biji = RM 10
“Tak baik boleh tukar, tak cukup sila datang lagi”

Assalamualaikum wbt. Kami mula berjualan buah durian Muar dan durian Tangkak mulai tanggal 30 Disember 2020 dan dijangka berpanjangana sehingga bulan Mac 2021. Post ini akan kami update setiap hari untuk harga durian ioi Muar 2021 awal tahun dan juga harga buah durian yang lain.
Ketika ini buah yang baru gugur memang amat sedikit, dijangka akan mula banyak menjelang Tahun Baru Cina 2021. Kebanyakan buah yang dijual adalah durian Tangkak dan durian Segamat. Harganya agak tinggi sedikit, berbanding buah durian Bukit Pasir Muar.
Walau bagaimanapun, buah durian musim awal tahun 2021 ini tidak banyak, berbanding musim durian pertengahan tahun. Mengikut kebiasaan, musim durian yang paling banyak adalah ketika pertengahan tahun, di atara hujung bulan 5 sehingga mencecah awal September.
Sila klik peta berikut untuk lokasi port tempat makan Musang king Muar buah durian #DurianSyoknyaUmmi dan Cendol durian Syoknya Ummi:
Harga pasaran durian buat ketika awal musim memang agak mahal, apatah lagi sekiranya pengeluaran buah durian amat sedikit.
Faktor utama, dikatakan akibat cuaca yang tidak menentu hujan dan panas berselang seli ketika proses pendebungaan bunga durian, hinggalah pembentukan putik durian. Ini mengakibatkan banyak bunga dan putik luruh, tidak lekat, membawa kepada harga durian yang melambung.

Kenapa harga durian mahal?
Ini merupakan persoalan ‘cliche’ bila tibanya musim durian. Terdapat juga pernyataan, “buah Malaysia, harga Israel @ harga Yahudi”.
Untuk pengetahuan anda, pokok durian klon bermutu tinggi kebiasaannya dijaga bagaikan menatang minyak yang penuh. Dibaja kerap, disembur racun kulat, ditebas rumput sekeliling pangkal. Bahkan pokok perlu dipanjat bagi membuang pokok duit-duit.
Menyedihkan, bila tiba musim bunga durian, putik-putik gugur dek kerana faktor ketidakstabilan cuaca. Kos membaja dan lainnya lebur, putik menyembah bumi, tidak diterjemah kepada buah-buah durian yang mekar. Ini memang merupakan ujian kepada pengusaha dusun durian, samasekali diluar kawalan manusia.
Pada musim buah pula, kos memasang jaring atau mengikat buah satu persatu akan dibuat. Belum lagi dikira kos menjaga buah-buah daripada dicuri mat pet dan yang seangkatan dengannya.
Itu merupakan sebahagian asam garam dan asbab mengapa durian mahal harganya. Jika anda hendak murah, carilah durian kampung atau durian cai (reject). Usahlah mencaci dan mengeji pengusaha durian kerana harga durian mahal, tanpa soal selidik dan juga fakta solid.