Pembekal mee siput Muar goreng dan mentah

Mee siput mentah

Kuantiti:          24 keping
Berat purata : 680 gram
Produk muslim.

Harga : RM 24.00 RM 16.99

www.wasap.my/601158961229/b.mee.siput.mentah.

====================

Mee siput Muar viral

Siap digoreng beserta sambal tumis percuma @ sambal naai lemak. Kami pek dalam keadaan vacum bagi mengelakkan lemau.

Sesuai dijadikan doorgift cenderamata majlis perkahwinan.

Harga RM 2.99 sebungkus.

www.wasap.my/601158961229/b.mee.siput.goreng

Pembekal mee siput goreng siap sambal

Kami juga pembekal mee siput goreng Muar siap sambal. Untuk belian mee siput harga borong, kami jual minimum 30 keping x RM 2.00 = RM 60.00

sila wsap kami www.wasap.my/601158961219/borong.mee.siput.goreng.siap.sambal

=====================

Mee siput mentah kebiasaannya digoreng dalam minyak panas untuk dimakan sebagai makanan ringan (jajan) pada waktu lapang dan juga ketika menonton cerita kegemaran.

Ia boleh juga diolah menjadi pengat (dimasak seperti masak bubur kacang / pengat pisang).

Selain itu, mee siput juga boleh dijadikan alternatif kepada mee kuning untuk dimasak sebagai mee goreng atau mee sup. 

Caranya rendam dalam air panas sehingga kembang (anggaran 10-15 minit). Kemudian toskan dan siap untuk dimasak.

CARA GORENG MEE SIPUT

Bagi mendapatkan kualiti mee siput yang rangup dan rapuh serta kembang cantik, pastikan minyak masak di tuang anggaran mee siput mentah akan tenggelam habis ketika masuk dalam kuali.

Seterusnya, tunggu minyak betul-betul panas sehingga berasap putih, baru masukkan 1 keping mee siput perlahan-lahan. Jangan campak bagi mengelakkan minyak terpercik.

Sediakan penyepit panjang disebabkan mee siput akan meletup-letup kecil ketika digoreng.

Goreng sepantas 1-2 saat dan terbalikkan sesaat, dan angkat serta tos.

Selepas sejuk bolehlah dihidang atau terus simpan didalam ruangan kedap udara.

===================

TIPS jika mee siput lemau selepas lama disimpan:

Anda boleh cuba 3 cara berikut untuk kembalikan rasa rangup:

1. Masukkan dalam ketuhar mikro (mikrowave), setkan masa mengikut kesesuaian kapasiti microwave anda. Boleh cuba 7-8 saat untuk mencuba

2. Masukkan dalam oven / airfryer. Boleh cuba beberapa minit sehingga mendapat kembali ranguo mengikut jangka masa yang sesuai. Awas jangan terlalu lama yang akan mengakibatkan mee siput rentung.

3. Masukkan dalam peti sejuk (chiller) untuk 20-30 minit. (tips tip kurang sesuai bagi mereka yang tak suka makan makanan sejuk)

Harga Durian Muar 2025 musim kecil

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Alhamdulillah dengan kurniaan rahmat Allah swt, dipertemukan lagi kita dengan musim durian kecil, penghujung tahun 2024 dan berlarutan hingga ke awal tahun 2025. Berikut kami akan senaraikan harga durian Muar 2025.

Harga durian Muar 2025 musim kecil

In Shaa Allah kami akan cuma update harga ini setiap hari, sebagai rujukan anda untuk tempahan dan juga stok yang ada.

Senarai Harga #DurianSyoknyaUmmi,
 Sabtu. 04.01.25 (04 Rejab 1446)

1. M.King C ………. RM29/kg

2. Musang King B … RM 39

2. KAHWIN B (D13 Udang Merah Johor / Ang Hae / ioi / D18) … RM19/kg

3. Kahwin A ……….. RM 30/kg

3. Kahwin Baby udang merah Johor 13/kg … 10kg = RM110

3. Udang merah Johor SEBAKUL RM40

4. Kampung. …….. RM 14

5. Kampung comel RM 10

6. Reject ……………. RM 7

7. Kampung kahwin B … Rm12/kg

8. Musang & Kim Hong baby … sebakul RM50

9. Tang Lai @ Ong Lai A ……… RM 35

10. Black Thorn @ Duri Hitam C .. RM 35/kg

Lokasi kami
==> *SIANG: Parit Bunga* https://maps.app.goo.gl/gWVrs1v6SLKS8jEZ6

==> *MALAM: Depan Pasaraya Mega, Merlimau*

Wasap. www.wasap.my/601158961229/booking.durian.2024

Harga Durian Muar 2025

Sambal bilis tempoyak travel pack

Sambal bilis tempoyak sedia  dimakan @ ready to eat ( travel pack)

Sambal ini dibuat secara homemade, tanpa menggunakan sebarang pengawet.

Walau bagaimanapun, produk sambal ini telah dinyah kuman (pasteurized) semasa proses pembungkusan, membolehkannya tahan untuk tempoh 1 tahun pada suhu bilik (shelf life 12 months).

klik sini untuk wsap kami www.wasap.my/601158961229/sambal.tempoyak

Justeru, ia amat sesuai untuk di bawa ke luar negara sebagai buah tangan untuk yang tersayang, mahupun sebagai bekal bila merantau ke luar negara, sebagai mengubat kerinduan pada masakan mak atau nenek.

Bagi yang suka mengembara “backpacking”  atau berkhemah, produk sambal tempoyak bilis ini juga dapat menghilangkan ketagihan pada makanan pedas. Almaklumlah, bila mengembara, agak payah nak bawa batu lesung atau mesin pengisar (blender), kan?

Jadi, dapatkan produk “Sambal tempoyak bilis daripada Syoknya Ummi” sebagai jalan penyelesaian kepada kaki sambal tempoyak.

Habiskan setelah dibuka, atau simpan di dalam peti sejuk selepas dibuka bagi mengelakkan produk berkulat dan tercemar kerana terdedah kepada udara.

Berat bersih: 100g

Ramuan: cili, bawang merah, bawang putih, tempoyak durian, ikan bilis yang digoreng, garam, gula.

==================================

*** Sila pm kami sekiranya terdapat masalah samada pada produk, pengesposan atau sebagainya. In Shaa Allah, kami sentiasa terbuka untuk berbincang.