Durian murah Muar, KL lagi murah!
“Durian ioi berapa sekilo? “ , soalan diajukan seorang wanita pertengahan umur. Suami disebelahnya hanya memerhati. “RM20 sekilo kak”, jawab Najwa sambil mencapai 2 sarung tangan yang disatukan untuk menjadikannya tebal. “Mahalnya dik, KL lagi murah”, balas wanita tersebut sambil mula mengomel. “Oklah, ambil sebiji, kalau tak sedap saya taknak bayar”, sambung ngomelan wanita tersebut.
Sebenarnya apa yang dikatakan wanita itu memang betul. Memang betul durian KL murah berbanding durian Muar. Durian Muar mahal. Tiada lagi durian murah Muar 2019, mungkin kena tunggu tahun 2020 baru durian Muar lebih murah?
Ada netizen dalam group Facebook sudah berkira-kira minta rakan-rakan boikot durian timbang kilo. Mungkin beliau nak beli durian isi tanpa kulit, atau mungkin juga beli durian Belanda yang jauh lebih murah.
Jadi, betul ke durian Muar mahal berbanding KL? Walhal, kebanyakan peniaga durian di KL mengambil buah durian dari peraih di Muar. Wajarkah semua orang boikot durian dengan kulit (fresh durian)?
Durian KL lebih murah berbanding durian Muar yang dikatakan sebenarnya ada beberapa kemungkinan. Jom kita baca point berikut:
- Yang pertama sebab buah tersebut buah gred B (lebih kecil) berbanding yang puan Najwa jual bersaiz lebih besar gred A.
- Keduanya, berkemungkinan durian yang lebih murah adalah durian hari semalam yang tidak habis terjual.
- Yang ketiga, kemungkinan besar tokey durian tersebut ada ladang durian seluas saujana memandang yang ditinggalkan berbuah tanpa penjagaan racun dan baja.
- Anda rasa apa lagi yang perlu ditambah? Nyatakan pada ruangan komen..
Sebagai penjual durian yang semakin masak dengan karenah buah durian dan juga peel para pelanggan, puan Najwa berhadapan dengan masalah seperti pelanggan dah buka durian tetapi tak mahu bayar sebab alasan diberikan seperti durian tak manis, isi nipis, keras dan sebagainya (ada yang betul dan patut ditukar kepada durian yang elok, ada pula yang sengaja beri alasan sebab taknak bayar).
Manakala karenah buah durian pula adalah seperti buah tak masak (mangkau), masam, cantik di luar busuk di dalam, pecah (terutama buah durian ioi, pagi gugur, petang dah mula merekah) , itu belum kira loggokan buah tak habis terjual dan sebagainya lagi.
Untuk pemilik dusun durian (Muar durian orchard), pokok durian perlu dibaja setiap kali lepas habis musim buah bagi memastikan pokok akan bebunga dan berputik pada musim akan datang. Baja durian biasanya bermula dengan harga serendah rm20/satu beg, kalau seekar dah berapa beg baja perlu dibeli. Selain itu, pokok perlu dirawat sekiranya berlaku serangan kulat atau kumbang penebuk batang. Bagi sesetengah pemilik dusun, serangan duit-duit juga memerlukan upah pekerja untuk membuangnya.
Itu belum kira lagi bila tiba musim buah pula, dusun perlu dibersihkan daripada semak samun. Memantau serangan˙ kera, tupai dan monyet “kepala hitam” a.k.a penchuri, yang juga memerlukan kos samada dari segi tenaga, peralatan, anjing dan juga senapang patah.
Bila dilihat pada risiko karenah buah durian, sepatutnya para pembeli buah durian perlu berfikir dua kali sebelum memberikan kecaman dalam social media dengan mengatakan durian patut dijual murah sebab buah tempatan.
Dewasa ini, kerap kelihatan mereka memberikan komen pedas dan juga komen yang menampakkan kurang cerdik. Nabi saw pernah bersabda yang membawa makna lebih kurang begini, “Jika tiada perkara yang diucapkan dapat memberikan manfaat, maka lebih baik diam”.
Untuk durian murah Muar, boleh datang ke tempat kami di “Cendol Durian Syoknya Ummi” di Parit Bunga Muar. Ada kerusi meja berbumbung lengkap kemudahan tap air dan tandas (warung cendol). Selain itu, anda boleh menikmati cendol durian serta cendol musang king pada harga promosi rm15 semangkuk.
Sila klik peta berikut untuk lokasi buah durian Muar dan Cendol durian Syoknya Ummi: