Pembekal tempoyak Muar

Kami merupakan pengusaha dan pembekal tempoyak Muar Tangkak, Johor. Sebagai pembekal tempoyak asli Muar yang diusahakan secara homemade tanpa menggunakan mesin canggih, kami berusaha untuk membekalkan tempoyak asli berkualiti, tanpa campuran bahan lain. Sebelum ini kami telah kongsikan info resepi cara buat tempoyak asli.

pembekal tempoyak muslim Muar Tangkak Johor

Untuk makluman anda semua, tempoyak kami menggunakan campuran jenis klon durian. Daripada durian kampung, durian kahwin seperti D24, Kasap Merah, dan juga tembaga D13 (udang merah Johor), ioi, Kim Hong dan pelbagai jenis campuran durian lain.

Namun begitu, kami ingin tekankan bahawa tempoyak durian kami menggunakan 100% isi pes durian (paste @ puree), tanpa campuran garam, gula mahupun pewarna. Ini bagai mengekalkan keaslian rasa semulajadi durian tanpa anasir luar. Ia juga untuk mengelakkan kesan negatif buat pengidap kencing manis atau pesakit darah tinggi.

Ini sama sekali bagi menjaga kualiti rasa durian tanpa menipu lidah, disebabkan sesetengah pengusaha tempoyak mencampurkan pisang dalam ramuan tempoyak mereka bagi memberikan kuantiti (muai) untuk medapatkan lebih keuntungan.

Harga bagi 1/2 kg adalah RM25 RM16.00, manakala 1kg bersamaan RM50.00 RM 30.00 sahaja.

In Shaa Allah kami pos ke seluruh Malaysia. Bagi pembelian borong untuk kuantiti yang banyak , samada bagi penggunaan restoran tempoyak ikan patin, mahupun produk sambal tempoyak petai, sila hubungi kami pada talian 011-5896 1229 atau whatsapp kami www.wasap.my/601158961229/borong.tempoyak

Kami juga mencari para ejen dan juga stokis yang ingin menjana pendapatan sampingan, apatah lagi pada zaman kegawatan ekonomi akibat pandemik covid 19 ini. In Shaa Allah, kita berusaha, Dia jua yang Maha Pemberi. Kita serahkan padaNya selepas kita berusaha. Yang penting yakin dan tawakal pada rezeki Allah swt.

Sila hubungi no di atas untuk keterangan lanjut. Sila wsap kami untuk lebih efisyen. Kami akan balas mesej anda secepat mungkin, In Shaa Allah.

Related searches:

pembekal tempoyak Muar Tangkak, pembekal tempoyak asli 100% tanpa campuran pisang,tempoyak shopee, homemade tempoyak, tempoyak resepi, tempoyak recipes, tempoyak durian recipe, apa itu tempoyak,
tempoyak ikan patin, rasa tempoyak, tempoyak shopee,

17 sektor dibenar beroperasi total lockdown 2021 Malaysia

Berikut merupakan senarai khidmat perlu 17 sektor yang dibenar beroperasi semasa total lockdown 2021 Malaysia, bermula 1 Jun hingga 14 Jun, yang sempat kami petik daripada kenyataan Dato Ismail Sabri, Menteri Kanan Keselamatan MKN, yang dinyatakan pada sidang media petang tadi.

Gambar grafik kami rakamkan melalui Buletin TV3, yang bersiaran jam 8 malam sebentar tadi.

Malaysia Total lockdown 2021 MKN 17 sektor dibenar beroperasi
Total lockdown 2021

Beliau juga menyatakan bahawa hanya 2 orang sahaja (termasuk penumpang) dibenar menaiki kenderaan persendirian.

Untuk surat kebenaran merentas sempadan daerah atau negeri, kebenaran sebelum ini terbatal dan perlu menggunakan surat daripada kementerianberkaitan sahaja.

Berita menyedihkan buat pasangan suami isteri jarak jauh kerana mereka tidak dibenar merentas sempadan bagi bertemu pasangan spanjang tempoh lockdown terlaksana.

Musim durian 2021 harga durian bulan Mei hingga Ogos

Update September 2021: Musim durian di Muar dan Tangkak telah berakhir. In shaa Allah jumpa semula pada musim durian 2022 pada bulan Januari.

===================================

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Khabar gembira buat peminat durian dan para pecinta raja buah. Ketika kami menulis ini, musim durian 2021 bagi pertengahan tahun baru bermula. In Shaa Allah bermula tarikh 07.05.21, 25 Ramadan 1442, kami berjualan buah #DurianSyoknyaUmmi.

Untuk makluman anda yang tertanya-tanya musim durian bulan apa, jawapan yang kami boleh berikan adalah di antara bulan Mei hingga bulan Ogos 2021, bagi musim pertengahan tahun untuk di Muar dan Tangkak. Berlainan pula dengan Perak dan Pahang yang lewat sedikit untuk tahun 2021.

Musim durian 2021 harga durian 2021 malaysia durian price 2021

Berikut harga durian semasa 21.08.21, Sabtu, 12 Muharam 1443 (H). Harga terpapar adalah untuk per kilogram. Update setiap hari anggaran pada pukul 1pm. Warna hijau sahaja ada stok:

Sila wsap atau call kami sebelum datang, untuk update stok buah yang ada, disebabkan stok yang terhad ATAU stok habis dibeli pelanggan.
Www.wasap.my/601158961229/b.durian.mei.2021 Menu #CendolSyoknyaUmmi (klik). Khidmat COD juga ada tersedia. Kami menggunakan khidmat runner persendirian.

  1. Duri Hitam @ Black Thorn .. RM 79
  2. Duri Hitam B grade …………… RM 42
  3. Musang King A ………………….. RM 52
  4. Musang King B …………………… RM 30
  5. Musang King C …………………… RM 19
  6. Tekka, Tai Guan @ Black pearl …………………………………….. RM 39
  7. Kim Hong .@ Golden phoenix D198 ……………………………… RM 49
  8. Udang Merah (Ang Hae), ioi RM 28
  9. XO Johor …………………………….. RM 36
  10. XO Johor B …………………………. RM 25
  11. D24 Pahang ………………………. RM 29
  12. D24 (medium) ………………….. RM 20
  13. D24 XO………………………………. Rm 32
  14. D24 / Kasap Merah ………..... RM 10
  15. ioi A ………………………………….. RM 25
  16. Tembaga D13 , 88 ……………. RM 24
  17. D13, ioi, Udang Merah …….. RM 14
  18. Kahwin Kampung ……………. RM 10
  19. Kahwin comel …………………… RM 6
  20. Kampung ………………………… RM 6
  21. Kampung comel ……………….. RM 5
  22. Tembaga buah comel ………… RM 5
  23. Reject …………………………………… RM 4
  24. Cempedak (C28, champion) . rm5
  25. Petai papan …………. 4 papan = rm5
  26. Durian box (frozen) ikut jenis rm75 – 145

Bersempena Malaysia Lockdown @ PKP penuh 2021, kami berbesar hati menyediakan khidmat penghantaran makanan (durian dan juga cendol), meliputi kawasan Muar, Tangkak, Bukit Gambir, Pagoh, Parit Jawa dan juga Melaka (Sg. Rambai – Merlimau).

Yang penting’anda sanggup membayar jumlah yang dikenakan runner, berdasarkan jarak dari tempat kami di Parit Bunga.

Untuk COD area Melaka (Sg. Rambai – Umbai), minimum order adalah rm100, dengan cas penghantaran sebanyak rm10. Sila wsap kami untuk perbincangan lanjut, www.wasap.my/601158961229/cod.durian.mei.21

Musim durian 2021 bagi pertengahan tahun ini dijangka berlarutan hingga bulan 8, bulan Ogos 2021.

Ketika ini, musim durian di Malaysia sedang berlangsung dalam suasana PKP 3.0 yang bermula sehari sebelum menjelang perayaan hari raya Aidilfitri 1442 H. Namun begitu, Alhamdulillah, sambutan daripada para pembeli tetap menggalakkan walaupun masing-masing tidak boleh merentasi sempadan daerah dan juga negeri.

Kepada para peniaga kecil-kecilan yang ingin mendapatkan bekalan durian harga borong, dan juga bekalan petai borong, boleh hubungi kami pada no yang tertera di perenggan kedua di atas.

Untuk lokasi gerai Durian Syoknya Ummi, sila klik peta di bawah: