Cara buat tempoyak asli

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Kali ini admin akan memberi info resepi cara buat tempoyak dan juga homemade tempoyak for sale. Samada untuk belian borong tempoyak mahupun untuk kegunaan sendiri. Scroll ke bawah untuk resepi cara buat tempoyak asli.

Cara buat tempoyak homemade tempoyak for sale Syoknya UmmiUntuk makluman semua, homemade tempoyak kami adalah produk kami sendiri berjenama Syoknya Ummi, di samping itu, terdapat pelbagai produk lain kami berasaskan durian seperti durian box frozen, durian paste puree, durian crepe, durian crepe cheese leleh, durian goreng frozen dan juga jualan buah durian segar ketika musim durian.

Tempoyak asli tempoyak manis

AMARAN: Jangan beli produk ini jika anda tidak dapat menerima hakikat bahawa tempoyak itu masam. Tempoyak secara semula jadi akan mempunyai rasa masam kerana tempoyak sebenarnya adalah durian yang ditapai =  fermented durian.

Seperti yang kita maklum, kebanyakan orang memilih untuk menggabungkan tempoyak dengan pelbagai jenis resepi masakan untuk dijadikan hidangan. Antara menu popular adalah seperti sambal tempoyak, tempoyak ikan patin dan juga gulai tempoyak. Kadangkala, penangan tempoyak membuatkan air liur terembes bila disebut menu di atas, belum lagi bila juadah telah dihidang depan mata.

Tanpa buang masa, berikut adalah cara buat tempoyak resepi:

  1. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya.
  2. Tambah dengan sedikit garam halus dan gaul rata.
  3. Tambahkan serbuk kunyit sebagai pewarna (abaikan jika anda memilih untuk kekalkan warna asal isi durian)
  4. Simpan selama *tiga hingga lima hari pada suhu bilik untuk proses penapaian
  5. Siap.

*dalam masa 3 – 5 hari isi durian diletakkan di luar pada suhu bilik, adalah sebagai tempoh masa untuk tindakbalas penapaian di mana mikroorganisma akan memproses durian dan menyingkirkan gas serta air. Ini akan mengakibatkan rasa masam dan bekas akan menggelembung sekiranya ia ditutup dalam bekas kedap udara.

Senang sahaja bukan? Walau bagaimanapun, kerjanya agak rumit bilamana ia melibatkan beberapa proses seperti pengasingan biji dengan isi dan juga menggaul isi durian paste dan mengeram (proses penapaian). Ditambah pula, tempoyak hanya boleh dibuat ketika musim durian sahaja.

Jadi, kami selaku pengusaha tempoyak Muslim bumiputera bakal memudahkan tugas anda, apatah lagi kini durian berada di luar musim. Paling ketara, para ibu mengandung yang mengidam tempoyak saat ini, pasti mencari sumber bekalan yang sukar didapati.

Mari kita lihat penerangan tentang produk Tempoyak Syoknya Ummi

  • * isi durian asli, gabungan durian kahwin, tembaga dan kampung. Tidak dicampurkan bahan lain seperti pisang atau tepung.
  • * tanpa pengawet
  • * tempoh luput setahun (sejuk beku).**
  • * 500gram setiap pek Penghantaran seluruh Semenanjung Malaysia.
** sila simpan di dalam:
  • **sila simpan di dalam:
  • chest freezer untuk tahan 1 tahun.
  • Freezer beku biasa tahan 6 bulan.
  • Peti sejuk biasa (chiller) tahan 4 minggu.
  • Suhu bilik tahan 2 minggu.

. Pastikan sentiasa bertutup kerana kulat senang tumbuh jika terdedah kepada spora dalam udara.

Untuk  mendapatkan bekalan tempoyak kami, samada untuk malan sendiri atau untuk belian secara borong, sila wsap kami pada nombor berikut www.wasap.my/601158971229/b.tempoyak. Atau gunakan button di bawah. In Shaa Allah kami akan membalas whatsapp anda secepat mungkin. 

Boleh juga terus membuat pembelian di dalam Shopee untuk tawaran pos percuma (free pos bergantung kepada kupon shopee) di sana atau beli menggunakan button shopping cart kami di bawah ini:

Semenanjung RM25 RM16.00 Satu pek (500g) + pos 6.00

 

Sabah Sarawak RM25 RM16.00 Satu pek (500g) + pos RM9.00

#tempoyak #tempoyaksyoknyaummi #syoknyaummi

Cara buat tempoyak, Cara buat tempoyak asli, resepi tempoyak, homemade tempoyak for sale, tempoyak resepi pembekal tempoyak asli tanpa pengawet, cara buat tempoyak durian

Facebook Comments

2 thoughts on “Cara buat tempoyak asli”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

21