Harga Durian Muar 2022 Januari

Harga durian Muar 2022

Senarai Harga Durian Muar 2022 Januari (kami telah mula berjualan seawal 17 Disember 2021). Musim durian 2022 awal tahun ini juga dikenali sebagai musim durian kecil, tak banyak, tapi ada. KLIK SINI untuk harga terkini durian 2022 bulan Ogos September

Berikut harga durian terkini,. Warna ungu ada stok. Ahad, 10.04.22 / 8 Ramadan 1443:

  • Durian Musang King A ……………………….. RM 63/kg
  • Durian Musang King AB …………………….. RM 49 kg
  • Durian Musang King B ……………………… . RM 38/kg
  • Durian Musang King C ……………………… . RM 22/kg

=======================================

Reject (ioi, D13 udang merah Johor, kahwin, kampung dll) ……………………… RM7/kg

======================================

Tekka A …………………………………. ……….. RM 45

========================================

Duri Hitam @ Black Thorn A …………. RM 89

Duri Hitam @ Black Thorn B ………… RM 49

=======================================

2. D13 @ Udang Merah Johor A …….. RM 32
D13 @ Udang Merah Johor B …………. RM 19

=======================================

3. ioi @ Mas Muar, Hajjah Hasmah A .RM 32

ioi @ Mas Muar, Hajjah Hasmah B .. RM 19

=======================================

4.XO Johor ………………………………………… RM 32

======================================

5. D24 XO A ……………………………….. RM 24

D24 B ……………………………………….. RM 18

======================================

6. Kahwin (Kucing Tidur) ……………… RM 22

=======================================

7. Kim Hong A ………………………………. RM 55
Kim Hong B …………………………………… RM 30

==================================

8. Kampung …………………………………. RM 15
Kampung comel …………………………. RM 10

===============================

Untuk isi durian tanpa kulit, sila rujuk katalog ini (klik)

Jaminan #TakBaikBolehTukarTakCukupSilaDatangLagi

#DurianSyoknyaUmmi.
Lokasi di Parit Bunga, mukim Kesang Tangkak, klik peta di bawah:
https://maps.app.goo.gl/gWVrs1v6SLKS8jEZ6

whatsapp kami, www.wasap.my/601158961219

Senarai harga : https://www.blog.muhasabahtrading.com/harga-durian-muar-2022/

Diharapkan agar harga durian Muar 2022 yang kami update setiap hari ini dapat menjadi panduan harga dan dalam membuat perkiraan bajet samada untuk datang makan dine in atau pun bungkus bawa balik ke bandar. Boleh bandingkan dengan harga durian musim 2021 yang lepas.

Kami di Durian Syoknya Ummi berbesar hati menerima kehadiran anda semua, pelanggan kami yang dikasihi. Jaminan buah rosak atau tak masak boleh tukar telah memberikan kepuasan kepada kebanyakan pelanggan kami yang terdahulu.

Alhamdulillah, selepas berakhirnya PKP 3.0, kini anda semua boleh menikmati durian di warung kecil kami sambil menghirup cendol di tempat duduk berbumbung, berkipas, beserta kemudahan tandas.

Selain cendol, kami juga mempunyai hidangan menu coconut shake, durian shake, ABC, ABCD, burger bakar, chicken chop, lamb chop dan juga spaghetti. Bagi menu ringan, ada juga hidangan keropok lekor serta pelbagai jenis fries wedges. Mee bandung Muar je belum ada pada menu kami, tapi ada boleh dapatkan di Warung Barikht (Mee bandung Razak Parit Bunga), bersebelahan warung kami.

Kami juga menyusun jari atas segala kekurangan daripada pihak kami dan kami pohon jasa baik tuan puan sekiranya ada sebarang komen serta teguran membina, sila ajukan kepada kami untuk penambah-baikan pada masa mendatang.

Related searches
Harga Durian 2022,
durian price malaysia 2022,
musim durian 2022, musim durian di malaysia 2021, Musim durian di Malaysia 2022
harga durian ioi sekilo 2022,
harga durian tekka 2022,
harga musang king sekilo 2022,
harga durian terkini,
harga durian black thorn 2022,
harga durian udang merah 2022,

People also search for

Harga Durian terkini 2021, Harga musang king sekilo 2020, Harga Durian Black Thorn 2021, Harga durian tekka 2021, Harga durian udang merah 2021, Senarai harga durian 2020

Pendaftaran Kursus Asas Gunting Rambut Muslimah

Assalamualaikum wbt. Dah lama kami tak update blog ini, dah naik bersawang. Admin sibuk dengan pelbagai aktiviti dan rutin harian. Alhamdulillah, hari ni diberikan kesempatan oleh Allah swt untuk update dan berkongsi info tentang satu “Kursus Asas Gunting Rambut Muslimah”, anjuran Waqaf An-Nur Corporation Berhad.

Info ini kami dapat daripada kenalan kami, In Shaa Allah semoga membawa manfaat.

===================================================

Kursus Asas Gunting Rambut Muslimah

Lokasi di Pusat Waqaf Komuniti anjuran Waqaf An-Nur Corporation Berhad

😢 Pendapatan terjejas kerana Covid-19?
😢 Sukar dapatkan kerja baharu?
😢 Tiada modal untuk tambah kemahiran?

Tingkatkan kemahiran dan peluang jana pendapatan melalui Kursus Asas Gunting Rambut Muslimah di Pusat Waqaf Komuniti anjuran Waqaf An-Nur Corporation Berhad.

Maklumat program :
✅Tarikh : 18 Disember 2021 (Sabtu)
✅Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang
✅Tempoh Latihan : 1 Hari
✅Yuran : RM50.00 (Tajaan yuran penyertaan bagi mereka yang layak)
✅Modul : Gunting Rambut Asas (Straight Cut)
✅Lokasi : Pusat Perdagangan Kempas, Johor Bahru

Daftar segera di : https://bit.ly/3mSUgtM atau imbas kod QR selewat-lewatnya pada 14 Disember 2021.
Tempat adalah terhad!

Setiap peserta akan menerima kit asas dan sijil penyertaan. Makanan dan minuman juga akan disediakan.

Hubungi 07-2972512 atau 018-9899300 untuk maklumat lanjut

Durian ioi RM6 sekilo

Jangan tak percaya dengan RM6/kg anda boleh memiliki durian ioi atau tembaga D13 (Udang Merah Johor) di Parit Bunga, Tangkak, Johor. Tapi betul ke ini layak sebagai durian tempoyak je?

Dalam video ini kami kongsikan video susana sebenar di lokasi tempat kami berniaga, #DurianSyoknyaUmmi. Tiada sebarang lakonan, mahupun edit untuk menambah perisa.

Untuk viewer, para penonton yang kami kasihi sekalian, tiada niat kami untuk provokasi, atau menjadi penyebab anda bertelagah dalam media sosial ini. Content ini kami buat bertujuan mempromosikan bisnes kami.

Mungkin buah cai (reject / busuk) pada anda layak dibuang ke tong sampah atau patut diberikan percuma. Tapi terimalah hakikat hampir kesemuanya berbayar pada zaman milenia ini.

durian tempoyak

Mungkin sampah pada anda, tapi ada yang mengharapkan buah cai untuk makanan anak-anak yang kepingin durian, tapi si bapa kurang mampu.

Hatta kencing di tandas awam atau mandi di pancuran swasta di pusat peranginan pun dikenakan bayaran.

Apatah lagi untuk durian reject ini yang asalnya  durian elok untuk menampung kos baja, racun, pekerja ladang, pengangkutan, bayar hutang dan juga belanja isi rumah.

Pekebun durian tiada pilihan jika hampir sebakul dua penuh duriannya busuk, yqng sepatutnya bernilai sekurang-kurangnya 3- 4 ratus atau lebih.

Buah reject ini bukannya 100% rosak, bahkan ada yang hampir 80-90% masih elok. Lebih mengujakan ia adalah buah kahwin atau ioi, tembaga yang bernilai  menececah 5 kali ganda jika tidak busuk.

Janganlah mengeji jika tidak mampu memberi atau menyumbang. Diam kan lebih baik, seperti yang diajarkan Nabi saw.

=================================

peta lokasi kami https://maps.app.goo.gl/gWVrs1v6SLKS8jEZ6

Sila like page kami untuk sebarang perkembangan dan info:

https://www.facebook.com/Durian-Syoknya-Ummi-103418518080277/❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Untuk tempahan samada belian runcit (walk in), cod (penghantaran) atau pun beli durian borong, sila whatsapp atau hubungi +6011-5896 1229.

Kami juga membekalkan tempoyak mentah dan juga durian tempoyak (durian reject) untuk perusahaan tempoyak. Boleh juga dapatkan tempoyak yang siap diproses, iaitu produk kami sendiri, Tempoyak Durian Syoknya Ummi. sila klik untuk membeli .

#DurianBorong #Durianioi