Durian crepe Segamat

Sekiranya anda mengidam atau teringin mencari sepotong dua durian crepe Segamat, anda boleh mendapatkan Durian Crepe Syoknya Ummi, produk Muslim di cawangan-cawangan Pasaraya Mega Bandar IOI, Pasaraya Mega Bukit Siput dan juga Pasaraya Mega Jementah, Segamat.

durian crepe segamat durian crepe syoknya ummi

Produk durian crepe ini diletakkan didalam freezer sejuk beku sekiranya anda datang mencari, bukannya di dalam chiller (peti sejuk air). Ini disebabkan durian crepe ini sangat sensitif dan cepat masam sekiranya diletakkan pada peti sejuk biasa, hanya dapat bertahan sehingga 4 hari sahaja. Apatah lagi jika diletakkan di atas meja pada suhu bilik, hanya mampu tahan dalam 4-6 jam sahaja, sebelum ia bertukar menjadi rasa tempoyak crepe.

Berikut merupakan rangkaian Pasaraya Mega, salah satu ejen durian crepe Syoknya Ummi, di mana anda boleh dapatkan produk durian crepe jenama Syoknya Ummi:

  1. Cawangan Bukit Pasir Muar
  2. Cawangan Parit Bakar Muar
  3. Cawangan Parit Sulong Batu Pahat
  4. Cawangan Tanjung Agas, Nafas Mall
  5. Cawangan Sungai Mati, Tangkak
  6. Cawangan Serom, Tangkak
  7. Cawangan Parit Jarum, Tangkak
  8. Cawangan Bukit Gambir, Tangkak
  9. Cawangan Tangkak Naib Long
  10. Cawangan Tangkak Payamas
  11. Cawangan Segamat, Bandar IOI
  12. Cawangan Bukit Siput, Segamat
  13. Cawangan Jementah
  14. Cawangan Merlimau Melaka
  15. Cawangan Parmatang Pasir, Alai, Melaka
  16. Cawangan Bukit Baru, Melaka
  17. Cawangan Gemencheh, Negeri Sembilan 
  18. Cawangan Bandar Satelit Sebang, Tampin, Alor Gajah

 

durian crepe Segamat pasaraya mega Bandar IOI Segamat

Sekiranya anda mendapati sebarang masalah, persoalan atau berhajat menjadi stokis atau ejen Durian Crepe Syoknya Ummi, untuk mendapat pendapatan tambahan, sila whatsapp kami www.wasap.my/601158961229/b.dc.segamat.nakjadiejen atau gunakan contact form. Selain produk durian crepe, kami juga mempunyai produk durian paste (isi durian frozen), durian box, durian goreng frozen, dan juga tempoyak. Prinsip kami, kita sama-sama kongsi rezeki untuk mencari duit tambahan atau mungkin juga sebagai pendapatan tetap. Yang penting usaha, doa dan tawakal, kita berusaha, selebihnya serahkan kepada ALlah swt.

Bagi anda yang berminat untuk membuatkan produk atau servis anda keluar pada enjin carian Google, boleh gunakan khidmat servis review / advetorial kami. In Shaa Allah, kami akan membantu anda meningkatkan sales dan juga memperkenalkan bisnes anda kepada mereka yang mencari.

Mencari durian murah Muar 2021

Mencari durian murah Muar 2021? Berita baik buat para peminat dan pencinta durian. Musim durian Muar 2021 bakal menjelma, In Shaa Allah pada penghujung bulan Januari 2021, dan akan berlarutan sehingga bulan Mac 2021.

Klik sini untuk senarai harga durian muar Tangkak musim Mei, Jun, Julai 2021

Klik sini untuk senarai harga durian Muar 2022 (Januari-Mac)

Ini berdasarkan putik dan bunga yang sedang berkembang di atas pokok, pada pokok-pokok durian di ladang dan kebun durian sekitar Muar ketika ini. Sila saksikan video yang kami rakam di bawah:

durian murah muar 2021 durian murah tangkak 2021

Walau bagaimanapun, bagi musim durian 2021 ini, kadar buah durian yang bakal gugur dijangka tidak terlalu banyak , berikutan faktor cuaca yang tidak menentu, hujan dan panas berselang seli sepanjang tempoh bunga durian berkembang. Oleh itu, banyak putik gugur menyembah bumi, tidak dapat berkembang, bertukar menjadi buah durian.

Jenis durian yang popular di Muar kebiasaanya adalah ioi (D168 Mas Muar- Hajjah Hasmah) dan juga tembaga D13. Selain itu terdapat juga buah durian musang king, duri hitam (black thorn @ ochee), Udang Merah (Ang Hae), Kim Hong, Tekka ( Musang Queen), Gang hai, XO, 88, Kasap Merah, 103, 13 1/2 (Chap Sa Pua), Tang Lai dan macam-macam lagi. Tak tersebut di sini. Maklumlah, buah durian berdaftar setakat ini mencecah 203 jenis klon, berdaftar dengan Jabatan Pertanian Malaysia.

Buat makluman anda, pada musim durian 2020, kami telah berjualan buah durian segar di gerai Durian Syoknya Ummi, bertempat di Parit Bunga, Tangkak Muar, bermula pada PKP yang awal (Mei 2020), sehingga penghujung Ogos 2020. Alhamdulillah, ramai yang datang mencari durian murah Muar dan ada yang mencari durian borong. Yang penting, masing-masing pulang dengan gembira, In Shaa Allah.

Selain buah durian segar, kami juga membekalkan pelbagai produk berasaskan durian, seperti cendol durian, durian shake float, durian goreng, durian crepe, paste durian frozen, tempoyak dan lain-lain. Semuanya di bawah jenama Syoknya Ummi.

Jumpa anda di Muar bulan depan.

Related searces to durian murah Muar 2021:

durian murah di muar 2020, durian murah muar 2020, durian murah tangkak 2020, durian segamat murah 2020, musim durian terkini 2020, durian murah 2020, musim durian di johor 2020, durian murah di johor 2020

Runner service Muar food delivery

Assalamualailum dan salam sejahtera.

utk cod , klik misirakyat.com/ww55eh
Sila download apps berikut untuk cara mudah memesan menu yang ada (search Cendol Durian Syoknya Ummi selepas install apps) https://play.google.com/store/apps/details?id=com.misirakyat

Bermula tarikh ini 12.12.20, berkenaan khidmat Runner service Muar food delivery tanpa minimum order, kami di Cendol Durian Syoknya Ummi secara rasmi akan menggunakan khidmat runner luar (freelance runner).

www.wasap.my/601160622057/cod.cendol.syoknya.ummi

Untuk makluman anda, oleh kerana menggunakan khidmat runner persendirian, maka pembelian minima terhapus sama sekali, tiada minimum order dengan hanya memerlukan pembayaran ke atas runner sahaja. Ini bermakna duit cas tersebut milik mutlak runner semata-mata, sekadar isi minyak dan sedikit upah. Sekiranya tuan puan ingin memberikan lebihan tips, amatlah dihargai bagi memberikan semangat dan penghargaan buat si anak muda dalam mencari rezeki yang halal.

Bagi senarai menu penuh Cendol Syoknya Ummi, sila rujuk posting ini (klik). Terdapat pelbagai menu cendol, abc, coconut shake, asam pedas, nasi ayam penyet burger bakar, burger ayam goreng dan lain-lain lagi.

Berikut pula merupakan senarai harga yang dikenakan untuk servis penghantaran. Bagi tempat yang tak tersenarai, bolehlah menghubungi beliau, Pak Bob Runner untuk sebarang rundingan.

Sila wsap www.wasap.my/601160622057/cod.cendol.syoknya.ummi untuk Runner service Muar. Selain makanan dan minuman yang disenaraikan beliau, anda juga boleh menggunakan khidmat beliau untuk servis penghantaran barangan tuan-tuan dan puan-puan.

Sebarang perbincangan, sila terus ke wsap beliau tanpa perlu melalui kami. Kami juga tidak bertanggungjawab atas sebarang kelewatan atau permasalahan lain yang timbul kerana tugas penghantaran kini di luar bidang kuasa kami. Kami hanya akan memastikan kualiti makanan dan minuman serta pembungkusan terpelihara sebelum bertukar tangan dengan pihak penghantaran. Sebarang permasalah lanjut, boleh diajukan terus melalui wsap yang tertera di atas.

In Shaa Allah kami sebagai penyedia makanan dan en. Khidir sebagai food runner akan cuba yang terbaik dalam memastikan makanan sampai kepada anda tepat pada waktunya tanpa sebarang masalah.

Terima kasih atas minat anda untuk servis penghantaran makan Muar ini.