Mencari durian murah Muar 2021

Mencari durian murah Muar 2021? Berita baik buat para peminat dan pencinta durian. Musim durian Muar 2021 bakal menjelma, In Shaa Allah pada penghujung bulan Januari 2021, dan akan berlarutan sehingga bulan Mac 2021.

Klik sini untuk senarai harga durian muar Tangkak musim Mei, Jun, Julai 2021

Klik sini untuk senarai harga durian Muar 2022 (Januari-Mac)

Ini berdasarkan putik dan bunga yang sedang berkembang di atas pokok, pada pokok-pokok durian di ladang dan kebun durian sekitar Muar ketika ini. Sila saksikan video yang kami rakam di bawah:

durian murah muar 2021 durian murah tangkak 2021

Walau bagaimanapun, bagi musim durian 2021 ini, kadar buah durian yang bakal gugur dijangka tidak terlalu banyak , berikutan faktor cuaca yang tidak menentu, hujan dan panas berselang seli sepanjang tempoh bunga durian berkembang. Oleh itu, banyak putik gugur menyembah bumi, tidak dapat berkembang, bertukar menjadi buah durian.

Jenis durian yang popular di Muar kebiasaanya adalah ioi (D168 Mas Muar- Hajjah Hasmah) dan juga tembaga D13. Selain itu terdapat juga buah durian musang king, duri hitam (black thorn @ ochee), Udang Merah (Ang Hae), Kim Hong, Tekka ( Musang Queen), Gang hai, XO, 88, Kasap Merah, 103, 13 1/2 (Chap Sa Pua), Tang Lai dan macam-macam lagi. Tak tersebut di sini. Maklumlah, buah durian berdaftar setakat ini mencecah 203 jenis klon, berdaftar dengan Jabatan Pertanian Malaysia.

Buat makluman anda, pada musim durian 2020, kami telah berjualan buah durian segar di gerai Durian Syoknya Ummi, bertempat di Parit Bunga, Tangkak Muar, bermula pada PKP yang awal (Mei 2020), sehingga penghujung Ogos 2020. Alhamdulillah, ramai yang datang mencari durian murah Muar dan ada yang mencari durian borong. Yang penting, masing-masing pulang dengan gembira, In Shaa Allah.

Selain buah durian segar, kami juga membekalkan pelbagai produk berasaskan durian, seperti cendol durian, durian shake float, durian goreng, durian crepe, paste durian frozen, tempoyak dan lain-lain. Semuanya di bawah jenama Syoknya Ummi.

Jumpa anda di Muar bulan depan.

Related searces to durian murah Muar 2021:

durian murah di muar 2020, durian murah muar 2020, durian murah tangkak 2020, durian segamat murah 2020, musim durian terkini 2020, durian murah 2020, musim durian di johor 2020, durian murah di johor 2020

Facebook Comments

One thought on “Mencari durian murah Muar 2021”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

21