Durian Kasap Merah

Assalamualaikum wbt. Bertemu lagi dalam entry kedua bulan Syawal 1441 Hijrah. Kali ini kami di #DurianSyoknyaUmmi akan bercerita tentang sejenis lagi durian yang digemari para peminat durian.

Sila klik link ini untuk senarai harga durian murah Muar 2020. In Shaa Allah harga kami kompetitif dan menggiurkan, hinggakan ada yang mengambil buah dengan kami pada harga runcit dan menjualnya semula.

Ciri-ciri durian kasap merah

Ok, berbalik kepada perbincangan kita, di bawah ini kami senaraikan sebahagian daripada ciri-ciri dan karekter durian Kasap Merah.

Ciri-ciri fizikal Durian Kasap Merah:

  • Duri agak bersegi dan tajam.
  • Mempunyai garisan yang jelas untuk setiap pangsa di bahagian bawah bawah durian.
  • Punat di bawah durian terkeluar sedikit.

Ciri-ciri dan karekter isi durian kasap merah:

  • Isi sangat tebal, sesuai untuk dijadikan paste bagi masakan dan pasteri berasaskan durian.
  • Rasa yang manis, ada sedikit pahit.
  • Isi agak lembik

Harga jualan durian kasap merah biasanya dilategorikan sebagai kahwin kampung atau chap mia. Pada musim durian Jun 2020, harga durian kasap merah gred A (saiz besar) dijual antara rm15 – rm25.

Sila tonton video youtube kami di bawah ini untuk gambaran yang lebih jelas:

Apa yang menarik tentang durian kasap merah adalah tempoh matang yang agak cepat. Sekiranya anda melihat lambakan buah durian kasap di atas para gerai buah berjualan, ia adalah sebagai penanda aras menandakan musim durian baru bermula. Bila mana musim sudah memasuki pertengahan, kasap merah tak kelihatan lagi dalam bakul kami.

Nama Kasap diambil bersempena dengan tempat asal benih buah durian Kasap merah, iaitu Buloh Kasap.

Durian yang mudah senyum tersenarai 10 jenis durian yang popular di Malaysia

Pernah dengar durian yang mudah senyum? Durian apa tu? Kalau durian sedap atau durian mahal memang kita biasa dengar. Tapi durian yang mudah senyum memang pelik bunyinya. Durian yang mudah senyum ini termasuk dalam kategori durian yang digemari dan popular. Dicari ramai peminat dan pencinta durian. Boleh dikatakan termasuk dalam senarai 10 jenis durian yang popular di Malaysia.

anak benih durian ioi mas muar 10 jenis durian yang popular di MalaysiaTeruskan membaca untuk mengetahui kisah durian yang mudah senyum. Sila baca juga durian murah di Muar 2019

Kalau anda seorang penggemar durian, bolehkah meneka buah durian apa yang dimaksudkan sebagai durian yang mudah senyum?

Sebenarnya buat masa ini tiada istilah bagi durian yang mudah senyum. Istilah itu kami cipta setelah bergelumang dalam sepak terajang perniagaan buah durian segar. Durian yang kami maksudkan adalah durian ioi atau 101 atau juga dikenali sebagai Hajjah Hasmah – Mas Muar, dengan no klon pendaftaran D168.

Jika cuaca panas terang benderang, bermakna jualan durian akan laris disebabkan ramai peminat durian akan singgah berhenti mencari klon durian kegemaran. Walau bagaimanapun, risiko cuaca panas terik akan menyebabkan buah durian ioi cepat pecah (kelihatan seperti mulut yang sedang senyum 🙂 ) . Biasanya menjelang pukul 3-4 petang, banyak buah ioi akan mula pecah tersenyum ( Buah durian ioi amat senang didapati di Muar kerana berasal dari Muar) .

Namun begitu, para pemilik kebun durian usah tidak perlu risau dengan risiko ini, buah ioi sangat popular dan menjadi kegemaran para pelanggan di Muar dan Tangkak. Mungkin faktor utama disebabkan rasanya yang enak dan lemak manis, warna kuning terang jingga yang memukau (seperti warna Bumble Bee), beserta kualiti isi yang tebal dan biji nipis (kesep). Buah durian ioi memang amat laku dan laris dijual.

Harganya yang terletak pada ‘range’ pertengahan tak terlalu mahal dan tak terlalu murah. Pada musim yang baru lepas ini, harga buah durian ioi gred A dijual antara RM15-RM25 sekilo.

Berbalik pada tajuk asal, “durian yang mudah senyum”, idea menulis entry ini wujud tatkala kami merasa terkilan dek kerana perangai dan peel sebahagian kecil manusia yang berkunjung ke gerai durian kami dengan cara “drive tru”, menghentikan kereta dan menanyakan harga setiap jenis durian.

Kemudian tanpa mengucapkan terima kasih (apatah lagi senyuman), mereka jalan terus membiarkan kami terpinga-pinga. Tindakan ini membuatkan emosi kami terguris kerana perbuatan mereka ini yang nampak tidak beradab. Apatah lagi perbuatan mereka ini dilakukan oleh mereka yang agak berusia, bukannya budak muda.

Sukar sangatkah untuk mengucapkan terima kasih? Apakah kami peniaga jalanan ini tidak layak menerima ucapan terima kasih?

Sebagai penutup, mari kita renungkan hadis Nabi SAW tentang kepentingan senyum sesama muslim:

Dari Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu, dia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

تَبَسُّمُكَ فِى وَجْهِ أَخِيكَ لَكَ صَدَقَةٌ

Senyummu di hadapan saudaramu (sesama muslim) adalah (bernilai) sedekah bagimu“ (Sahih, H.R. Tirmidzi no 1956)

 

 

 

 

10 jenis durian yang popular di Malaysia