Cara langsai hutang cepat ajaib

Cara langsai hutang cepat

Kami bersyukur dan terkesan bila membaca coretan tuan Khairul Hakimin Muhammad dalam post di Facebook. Bagaimana seorang jutawan jatuh dengan hutang berjuta. Bagaimana cara langsai hutang yang belum pernah kami dengar diceritakan orang sebelum ini.

Jemput baca, semoga memberi manfaat kepada kita semua.

==================================================

Semalam bersusun jumpa orang. Dalam ramai-ramai, ada satu kisah yang buat saya susahnya nak tidur malam tadi.

Beliau ada hutang RM13.4 juta dalam tempoh pandemik melanda negara. Macam-macam hal tak berjaya itu tak berjaya ini. Semalam, hutang beliau tinggal RM1.1juta.

Beliau cerita detail apa yang beliau buat. Berniaga itu, buat ini. Apa sahaja ada di tangan, beliau usahakan.

Saya tanya mana datang kekuatan tersebut? Macam mana idea mencurah-curah dan macam mana boleh terfikir buat itu ini begitu begini?Dia cakap “Rul, masa rumah kena tarik, isteri, anak semua kena hantar ke kampung, saya seorang ja tinggal di Kajang. Pergilah duduk sekali dengan geng budak bujang (rumah sewa staff), tumpang sekali dan saling bayar tong tong, saya sentiasa pergi surau solat fardu wajib pergi jemaah. Nak ketenangan hati ja.Ada kuliah agama, duduk, dengar. Sampailah ayat

‘kita ni kalau nak minta pertolongan dari Allah, kita buat solat hajat 2 rakaat je. Kemain berkira. Nak itu nak ini pandai, solat hajat 2 rakaat, kenapa 2 rakaat?’

Sejak dari tu, saya solat taubat dan solat hajat sampai penat. Kalau malam itu solat taubat dan hajat dari lepas Isyak sampai jam 10 malam (dah penat), solatlah. Bangun, solat, bangun, solat. 2 rakaat + 2 rakaat + 2 rakaat sampai penat.

“Saya tanya berapa total semua? Beliau jawab “tak pernah kira sebab tak nak berkira-kira dengan Allah. Dah penat berhentilah, tidur ke apa ke.”

“Khairul, buatlah. Belajar jangan berkira dengan Allah. Minta dan berusaha sungguh-sungguh. Kita boleh penat bekerja, kita boleh penat berusaha. Tapi pernah ke kita penat berzikir? Berselawat? Penat menunaikan solat sunat? Kalau tak pernah, dah sampai masa kena buat.

Feel (hayati) Allah itu sangat dekat dan tengoklah, pertolongan datang tanpa pernah kita fikir. Sangat banyak kerana kekayaan Allah tersangat luas. “Ya Rabb Alhamdulillah.

Khairul Hakimin Muhammad,

Terima kasih Allah temukan dengan insan begini kepada saya. ❤️

Carian berkaitan cara langsai hutang,
Doa untuk menyelesaikan hutang,
Cara selesaikan hutang along,
Hutang lapuk dihapuskan,
Bantuan menyelesaikan hutang along,
Tidak bayar hutang bank,
Maksud hutang lapuk,

Bawa GRAB dapat solat jemah 5 waktu

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah masih lagi diberikan peluang untuk berkongsi tazkirah kisah dan tauladan, agar menjadi pedoman untuk kita menuju syurga Allah SWT.

Kali ini kami kongsikan hasil nukilan Redza Zainol melalui Facebook, terima kasih kepada beliau atas perkongsian yang hebat ini. Semoga kita semua mendapat manfaat. In Shaa Allah. Aamiin. Tulisan asal di sini

============================

Turun dari kereta Grab semalam, rasa nak berjurai air mata.

Mulanya niat nak fokus siapkan kerja, tapi bila pemandu Grab cakap macam ni terus saya angkat kepala dan letak handphone ke tepi.

“Saya ni tak pandai sangat tuan. Sekolah sampai SPM. Dapat pangkat 4. Itu yang rezeki saya takat bawa Grab.”

Saya pula memang jenis yang tak boleh tahan bila orang cakap gini. Laju je saya balas, rezeki Allah ni tak kira kita belajar tinggi-tinggi ke tak.

Terus saya cerita pasal kawan saya yang belajar biasa-biasa tapi pandai melukis. Dengan izin Allah, rezeki dia melimpah ruah.

“Bang ada isteri anak-anak?” tanya saya.

Ada, seorang baru habis belajar universiti. Minggu depan masuk kerja. Seorang lagi baru habis SPM.

Saya pun cakap, itu pun rezeki juga. Dapat besarkan anak sampai dewasa.

“Ada orang, anak baru umur 3 tahun, dapat penyakit kemudian meninggal dunia.”

Dia mengangguk perlahan.

“Saya ni bawa Grab sebab dah lama tak solat jemaah.”

Eh, terkejut saya dengar.

“Dulu saya bertahun kerja buat murtabak. Memang dapat solat tapi jarang betul dapat solat jemaah. Saya rindu sangat nak solat jemaah.

Sampai 1 hari tu saya jumpa bos saya dan minta berhenti kerja.”

Saya pula menyibuk pergi tanya isteri dia setuju ke. Dia pun tergelak sambil memegang dahi.

“Mula-mula isteri saya tak setuju la. Dia kata dah elok kerja kat kedai, tiba-tiba nak bawa teksi. Tapi saya cakap kat dia niat saya sebab nak solat jemaah.”

“Dah 3 tahun saya bawa Grab, belum pernah saya tinggal solat jemaah. Subuh sampai ke Isyak setiap hari.”

Aduh, saya diam terkedu.

“Saya sampai masjid awal, lepas habis solat saya zikir. Lepas tu sambung bawa Grab sampai pukul 10 malam.”

Saya makin khusyuk mendengar.

“Saya tak tahu rezeki datang dari mana, saya dapat beli 1 lagi rumah dan saya tukar jadi homestay.”

“Sekarang ni, orang kata duit tu sentiasa ada lah. Anak pun dah besar. Saya pun dah 50 tahun.

Kalau isteri nak ajak saya kemana-mana, saya terus je cuti. Senang. Tak ada apa nak dikejar dah,” nampak dia tersenyum.

“Yang nak dikejar cuma tinggal 1 je. Saya nak kejar solat jemaah.”

Rasa nak berjurai air mata ni. Allah, terasa kerdil betul diri ni.

Entah ada ke rezeki yang lebih besar dari mengadap Pencipta kita di awal waktu setiap hari. Rezeki dapat sujud dengan tenang.
.
Saya pun tak tahu. Yang saya tahu, jumpa orang yang baik baik macam semalam pun dikira rezeki besar untuk saya.
.
Saya belajar sesuatu. Terima kasih Ya Allah.
.
Sumber : Redza Zainol

Rezeki dah tertulis di langit

Assalamualaikum wbt. Hari ini admin terbaca satu perkongsian oleh Edi Arjuna Pencerita, Mashaa Allah, hebat sungguh isi perkongsian yang disampai dengan intipati Rezeki dah tertulis di langit. Boleh ikuti beliau di Facebook untuk perkongsian menarik.

Rezeki dah tertulis di langit

Malas nak masak hari ni. Pi kedai je lah tunjuk lauk. Masa nak bayaq, aku beratoq tepi sorang brader ni. Pakai baju kaler oren, seluaq belemoih, kasut penuh minyak. Kerja apa tak tau la, tapi macam kerja berat. Dia beli 2 jenis lauk. Nampak lebih banyak berkuah dari isi. Lauk apa tak pasti. Tadak la aku nak cek sampai ke lauk pauk orang. Semua sekali dia kena bayaq RM6.

Aku pun dah ready nak bayaq – ayam goreng 8 ketoi, gulai batang pisang sebungkuih. Semua sekali RM30.

Dia huloq RM6, aku huloq RM40. Aku potong tang kona….

“Simpan bang, saya belanja hari ni.”

Dia tengok aku….

“Betoi ka bang?”

“Ya, saya bayaq. Beli lauk kat sapa?”

“Kat mak.”

“Ok. Kirim salam mak.”

“Terima kasih bang.”

Dia senyum tersimpul² terus keluaq kedai dan celapak naik motor EX5 yang macam dah nak luruh enjin. Kemudian, ada orang tua lelaki pun naik sama kot belakang. Ayah dia kot. Nampak tua, terbongkok².

Aku buat kesimpulan, lauk RM6 tu untuk 3 orang makan, mungkin juga lebih. Mungkin ada adik, mungkin ada entah sapa² lagi dalam rumah depa. Sedangkan aku, RM30 boleh makan ayam goreng sorang seketoi 7 beranak siap dengan gulai daging. Itu pun tak reti bersyukur, banyak komplen, berasa diri tak cukup serba serbi, berasa duit aku dah makin kurang. Apa punya manusia ni?🤦

Aku pernah bertanya pada seorang tua. Dia ni, suka betoi belanja orang makan. Padahal dia bukan orang senang. Duduk rumah kampung, kerja kampung, tiap pagi bawak cangkoi naik motor buruk pi menyangkoi kebun orang. Orang bagi upah dia jaga kebun. Tapi tiap kali terserempak dengan dia kat kedai makan, ada saja orang yang dia nak belanja. Ada sekali dia belanja aku lauk RM18, jenuh aku tolak tapi dia huloq jugak kat tauke kedai. Padahal lauk dia baru RM5. Patutnya aku yang kena belanja dia. Dah keluaq kedai terus aku tanya dia…

“Ehh, pakcik ada duit ka yang belanja saya ni?”

Tau dia jawab apa?

“Lapan belas ringgit tu memang dah rezeki hang, Tuhan tulih lama dah kat langit, saya tolong sampaikan ja. Bukan rezeki saya pun. Rezeki saya untuk hari ni yang lima ringgit ni ja.”

Ya Rabbi, patutlah aku tak pernah nampak dia susah hati, tak pernah nampak dia mengemis, tak pernah nampak dia bersedih. Dok senyum ja 24 jam. Itulah rahsia dia, percaya dengan janji dan rezeki dari Allah. Dia pun dah kembali ke rahmatullah. Jika ada pahala sedekah aku untuk hari ini, aku sedekahkan pula untuk dia. Moga dihimpunkan dia bersama para wali dan anbiya.


Ampa nak beli lauk pauk mai try kedai ni kat Pongsu Seribu. Lauk berlambak dan murah. Lokasinya di sini…

Fatin Corner
Dropped pin
https://maps.app.goo.gl/UqNSW31XNAEenZnc8

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...