Char kuew teow sedap Muar

Bagi peminat char kuey teow di Muar, kami nak recommend satu port tempat makan yang korang boleh pergi. Sekiranya anda mencari Char kuew teow sedap Muar, ini adalah salah satu tempat yang anda boleh pergi.

Char kuew teow sedap Muar
Char kuew teow sedap Muar

Perniagaan ini diberi nama “Pesta Baru Char Koay Teow” dengan menu harga seperti berikut:

  • Kecil………….. rm 5.00
  • Besar…………  rm 5.50
  • Telur mata..  rm 1.00

Tempat makan ini terletak di Pesta Baru, Muar (batu 1 1/2 jalan Bakri). Ia terletak di medan selera (food court) yang menyajikan pelbagai pilihan makanan halal (halal food).

char kuew teow Penang Muar

Rasanya memang mantap dan sedap. Ada kerang dan udang dan yang paling penting pastinya kuah dalam char kuew teow Penang. Ia yang memberikan rasa utama dan penentu sedap atau tidak masakan kue tiau.

Pastikan anda susuk si hadapan gerai untuk menyaksikan api menjulang ketika proses memasak char kue teow ini. Memang seronok terutama bagi kanak2.

Sesuai untuk anda yang ingin makan di tempat yang mempunyai variasi pelbagai pilihan makanan. Servis yang cepat dan pantas, manakala makanan yang dipesan tiba tanpa perlu menunggu lama.

Sila rujuk peta google di bawah untuk lokasi yang lebih tepat.

Medan Selera Jalan Pesta Baru
Taman Orkid, 84000 Muar, Johor

https://goo.gl/maps/yKuzMgM1CwN2

 

Bagi anda yang inginkan review daripada kami, sila gunakan contact form atau whatsapp wasap.my/60187791008

Benih Pokok kelapa rendah matag F2

Sebelum ini kami pernah menulis entry tentang benih kelapa matag F1, dengan tajuk “Berhati-hati membeli benih kelapa matag”. Kali ini kami kupas tentang benih pokok kelapa rendah.

 

Video menunjukkan ladang kelapa matag benih f2 yang disulam dengan nanas MD2

 

Dalam entry tersebut kami menekankan tentang “jangan menanam benih kelapa matag f2 seperti yang disaran oleh jabatan pertanian”. Namun, kami silap. Selepas melakukan lawatan tapak ke ladang kelapa matag f2 milik kenalan kami, tdak 100% yang diperkata adalah tepat.

Benih pokok kelapa rendah Matag

Terdapat juga kes di mana benih kelapa matag tulen (f1) yang ditanam tidak mendatangkan hasil yang diharap, manakala benih kelapa matag tidak tulen (f2) mendatangkan hasil yang memberangsangkan.

Antara faktor yang mempengaruhi kualiti pokok kelapa matag adalah:

  • Kesesuaian tanah
  • pH tanah
  • Kekerapan penggunaan baja
  • Baja yang serasi
  • Serangan kumbang dan kulat

Sehubungan itu, kelapa matag f2 masih relevan untuk ditanam di kebun atau ladang anda. Banyak faktor yang perlu diambil kira dan dipertimbang.

Faktor lain pula, kelapa matag f1 amat terhad dan sukar diperolehi, manakala proses penghasilan benih matag tulen amat rumit dan cerewet. Ditambah pula dengan peratusan benih yang menjadi selepas proses pendebungaan manual kadangkala amat rendah.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan stok Benih pokok kelapa rendah @ benih kelapa matag. Bolehlah datang ke tempat kami (peta lokasi,  klik) atau whatsapp, www.wasap.my/60187791008 benih matag F2

 

Panduan homestay tips menarik untuk pemilik bisnes homestay

Kebelakangan ini semakin banyak perusahaan homestay wujud dan berkembang di Malaysia. Perkembangan positif ini amat baik samada kepada pengguna dari segi kepelbagaian pilihan,  mahupun empunya homestay untuk menjana ekonomi.

Panduan homestay

Gambar credit dbrug.com/homestay

Walau bagaimanapun, ada segelintir pemilik homestay yang terlepas pandang beberapa perkara kecil, tetapi penting kepada kebanyakan pengunjung homestay.

>>>Klik sini Panduan bisnes homestay

Diharapkan agar perkongsian daripada SALKUKHAIRI ABD SUKOR, dapat memberikan anda panduan berguna sebagai pengusaha homestay. Beliau merupakan seorang
Peguambela & Peguamcara,
yang banyak memberikan tips percuma. Boleh follow beliau di facebook.

========================

PENGUSAHA HOMESTAY PERLU UTAMAKAN PERKARA YANG LEBIH PENTING UNTUK PELANGGAN.

1. Saya dapati ada sesetengah pengusaha homestay yang memberi keutamaan kepada perkara besar yang tidak penting berbanding perkara kecil yang lebih penting untuk pengunjung.

2. Misalnya ada pengusaha homestay yang menghias homestaynya persis show house projek perumahan dan ada juga yang menghias homestaynya penuh dengan bunga hiasan mengalahkan kedai bunga.

3. Tetapi malangnya, lupa menyediakan tuala untuk pengunjung. Atau berkira untuk meletakkan sabun atau mandian di bilik air untuk kegunaan pengunjung. Bahkan ada sesetengah homestay yang tisu sekotak pun sayang nak letak di homestaynya.

4. Kebanyakan pelanggan tidaklah memandang sangat hiasan yang melampau di sesebuah homstay. Bukannya mereka ada masa pun nak menikmati semua hiasan dalaman yang anda sediakan itu. Asalkan keadaan homestay bersih, kemas dan teratur, ianya sudah memadai.

5. Apalah gunanya hiasan dalaman homestay bagai nak rak, tetapi keperluan asas yang walaupun nampak kecil, tetapi sangat memberi kesan yang besar kepada pelanggan diketepikan.

6. Bayangkan kalau pemilik homestay tak sediakan tuala. Kalaulah pengunjung tersebut tidak bawa tuala, agak-agak dengan apalah mereka nak lap badan selepas keluar daripada bilik air?

7. Begitu juga dengan kemudahan alat-alat pembersihan diri. Perkara tersebut mungkin kecil bagi pemilik homestay atau pemilik homestay beranggapan pandai-pandailah pelanggan bawak sendiri, tak kan nak sediakan semua benda.

8. Tetapi percayalah, dengan perkara kecil sebegitu lah yang akan diingati oleh pelanggan sampai bila-bila berbanding bunga-bunga hiasan plastik warna- warni yang anda letak di setiap sudut homestay tersebut.

9. Percayalah, dengan anda menyediakan sedikit kelengkapan untuk membancuh air seperti teh uncang dan gula yang harganya tidak seberapa itulah misalnya yang akan dianggap lebih berharga dan dihargai oleh pelanggan berbanding anda sediakan teko jenama arkopal atau alkorox.

10. Ingatlah, kecil di mata anda tetapi mungkin besar di mata pelanggan. Besar di mata anda, tetapi belum tentu besar di mata pelanggan.

11. Akhir kata, maaf andainya tulisan ini menyinggung perasaan segelintir pengusaha homestay. Anggaplah tulisan ini sebagai komen positif untuk anda memberikan perkhidmatan yang lebih baik untuk pelanggan anda demi kelangsungan perniagaan anda juga.

Wallahuaklam.

* Jika anda setuju, sila LIKE dan SHARE. Jangan lupa TAG pengusaha homestay yang anda kenal. Moga sama-sama dapat manfaatnya. Insya Allah

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Peguambela & Peguamcara,
Pengunjung Tetap Homestay,
Kuantan, Pahang