Homestay Semerah Batu Pahat

Mencari homestay Semerah Batu Pahat ? Anda boleh menginap di Dinamik Homestay, yang berdekatan Sekolah Kebangsaan Seri Pengkalan, Parit Kuda,  Semerah Batu Pahat.

Klik sini untuk panduan bisnes homestay

Homestay semerah batu pahat

Homestay ini milik sahabat kami, dilengkapi tempat parking kereta yang luas, aircond pada master bedroom, manakala baki 2 bilik dipasang kipas siling. Set meja makan untuk 6 orang juga siap tersedia dengan dilengkapi dapur memasak, cerek elektrik dan peti sejuk, sesuai untuk penginapan anda sekeluarga.

Homestay Semerah Batu Pahat

Homestay Semerah Batu Pahat

Homestay Semerah Batu Pahat

Set tv juga ada, membolehkan anda bersantai rehat dirumah penginapan selepas penat melakukan aktiviti luar.

Homestay Semerah Batu Pahat

Homestay Semerah Batu Pahat

Homestay Semerah Batu Pahat

Berikut adalah ringkasan kepada fasiliti di homestay Dinamik ini:

  • Dinamik Homestay
  • Lokasi : Parit Kuda, Semerah, Batu Pahat
  • 3 bilik tidur / 2 bilik air
  • Tepi jalan utama Muar – Batu Pahat
  • 2km ke pekan Semerah
  • 10km ke bandar Batu Pahat
  • Sesuai untuk 2-3 keluarga
  • Kemudahan tempat letak kereta yg luas
  • Bilik tidur utama – penghawa dingin
  • Bilik tidur 2 & 3 – kipas siling
  • Meja makan untuk 6 orang
  • Kemudahan lain seperti TV, dapur dsb
  • Google / Waze : SK Seri Pengkalan

Kadar Sewa : RM250.00 satu malam

Untuk pertanyaan dan tempahan sila hubungi :
Razali – 012-7504023
Azmi – 012-2352455

Related searches,

Homestay Semerah Batu Pahat
homestay sekitar batu pahat
homestay batu pahat rm50
murni homestay batu pahat batu pahat
senarai homestay batu pahat
homestay murah batu pahat
homestay 29 jalan lim poon
cempaka homestay batu pahat
homestay peserai batu pahat

Karnival Temasya Budaya Melaka 2017

Karnival Temasya Budaya Melaka 2017 merupakan Event Melaka yang berlangsung antara 3-5 November 2017.

Bersebelahan Dataran pahlawan Melaka, di Kota A Famosa, Jalan Kota, Banda Hilir Melaka.

Untuk anda yang berada di Melaka dan daerah berdekatan, bolehlah singgah ke Kota A Famosa di Banda Hilir Melaka bersama anak dan keluarga. Banyak aktiviti yang berlangsung sepanjang 3 hari ini.

Dendangan lagu Lancang Kuning

 

Dendangan lagu Kau pergi tanpa pesan nyanyian asal Sharifah Aini

Antara yang bakal disaksikan:

1. Citarasa Homestay Melaka 2017 dengan jualan gerai makanan dan produk.

>>> baca juga tips untuk pengusaha homestay

2. Persembahan kebudayaan dendangan dondang sayang dan pelbagai lagu asli Melayu

3. Pertandingan ratu kebaya nyonya pada 5 November 2017, 3-5pm

4. “Let’s joget warisan Melaka” Joget @ Melaka. 8.30pm – 11pm pada 4 November Sabtu dengan penampilan khas Fauziah Gambus.

5. Battle of joget 2017 pada 4 November 2017, 10am-6pm di Menara Taming Sari.

 

Kami juga berkesempatan melawat muzium yangengadakan pameran Human Body, menunjukkan anatomi badan mayat manusia yang diawet.

Panduan homestay tips menarik untuk pemilik bisnes homestay

Kebelakangan ini semakin banyak perusahaan homestay wujud dan berkembang di Malaysia. Perkembangan positif ini amat baik samada kepada pengguna dari segi kepelbagaian pilihan,  mahupun empunya homestay untuk menjana ekonomi.

Panduan homestay

Gambar credit dbrug.com/homestay

Walau bagaimanapun, ada segelintir pemilik homestay yang terlepas pandang beberapa perkara kecil, tetapi penting kepada kebanyakan pengunjung homestay.

>>>Klik sini Panduan bisnes homestay

Diharapkan agar perkongsian daripada SALKUKHAIRI ABD SUKOR, dapat memberikan anda panduan berguna sebagai pengusaha homestay. Beliau merupakan seorang
Peguambela & Peguamcara,
yang banyak memberikan tips percuma. Boleh follow beliau di facebook.

========================

PENGUSAHA HOMESTAY PERLU UTAMAKAN PERKARA YANG LEBIH PENTING UNTUK PELANGGAN.

1. Saya dapati ada sesetengah pengusaha homestay yang memberi keutamaan kepada perkara besar yang tidak penting berbanding perkara kecil yang lebih penting untuk pengunjung.

2. Misalnya ada pengusaha homestay yang menghias homestaynya persis show house projek perumahan dan ada juga yang menghias homestaynya penuh dengan bunga hiasan mengalahkan kedai bunga.

3. Tetapi malangnya, lupa menyediakan tuala untuk pengunjung. Atau berkira untuk meletakkan sabun atau mandian di bilik air untuk kegunaan pengunjung. Bahkan ada sesetengah homestay yang tisu sekotak pun sayang nak letak di homestaynya.

4. Kebanyakan pelanggan tidaklah memandang sangat hiasan yang melampau di sesebuah homstay. Bukannya mereka ada masa pun nak menikmati semua hiasan dalaman yang anda sediakan itu. Asalkan keadaan homestay bersih, kemas dan teratur, ianya sudah memadai.

5. Apalah gunanya hiasan dalaman homestay bagai nak rak, tetapi keperluan asas yang walaupun nampak kecil, tetapi sangat memberi kesan yang besar kepada pelanggan diketepikan.

6. Bayangkan kalau pemilik homestay tak sediakan tuala. Kalaulah pengunjung tersebut tidak bawa tuala, agak-agak dengan apalah mereka nak lap badan selepas keluar daripada bilik air?

7. Begitu juga dengan kemudahan alat-alat pembersihan diri. Perkara tersebut mungkin kecil bagi pemilik homestay atau pemilik homestay beranggapan pandai-pandailah pelanggan bawak sendiri, tak kan nak sediakan semua benda.

8. Tetapi percayalah, dengan perkara kecil sebegitu lah yang akan diingati oleh pelanggan sampai bila-bila berbanding bunga-bunga hiasan plastik warna- warni yang anda letak di setiap sudut homestay tersebut.

9. Percayalah, dengan anda menyediakan sedikit kelengkapan untuk membancuh air seperti teh uncang dan gula yang harganya tidak seberapa itulah misalnya yang akan dianggap lebih berharga dan dihargai oleh pelanggan berbanding anda sediakan teko jenama arkopal atau alkorox.

10. Ingatlah, kecil di mata anda tetapi mungkin besar di mata pelanggan. Besar di mata anda, tetapi belum tentu besar di mata pelanggan.

11. Akhir kata, maaf andainya tulisan ini menyinggung perasaan segelintir pengusaha homestay. Anggaplah tulisan ini sebagai komen positif untuk anda memberikan perkhidmatan yang lebih baik untuk pelanggan anda demi kelangsungan perniagaan anda juga.

Wallahuaklam.

* Jika anda setuju, sila LIKE dan SHARE. Jangan lupa TAG pengusaha homestay yang anda kenal. Moga sama-sama dapat manfaatnya. Insya Allah

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Peguambela & Peguamcara,
Pengunjung Tetap Homestay,
Kuantan, Pahang