Pesan ustaz Amin- kaitan CORONAVIRUS 2019 nCoV dengan makanan tak halal

Assalamaualaikum wbt. Sekarang satu dunia digemparkan dengan wabak virus CORONAVIRUS 2019 nCoV covid-19, yang bermula di China. Apakah penyebab dan kaitan wabak ini dengan larangan memakan makanan yang tidak halal dalam Islam.

Jom kita baca catatan dan kupasan Ustaz Muhamad bin Abdullah (Ustaz Amin). Boleh follow beliau untuk pelbagai catatan agama, pengembaraan dan juga bisnes.

===============================

Fakta wabak CORONAVIRUS 2019 nCoV covic 19

CORONAVIRUS 2019 nCoV
.
Jom cerita mengenai negara China umumnya dan Wuhan secara khusus.
.
Orang Islam ada konsep halal haram di dalam makanan.
.
Allah berfirman ;
.
‎يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا
.
Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik (حَلَالًا طَيِّبًا) dari apa yang terdapat di bumi (Al Baqarah ayat 168)
.
Orang Cina di negara China majoritinya bukan Islam dan mereka mempunyai tradisi makan apa sahaja.
.
Pengalaman saya ke banyak tempat di negara China melihat di pasar mereka menjual binatang-binatang seperi kelawar, katak, ular, tikus dan sebagainya.
.
Haiwan membawa virus di dalam badan mereka yang kita tidak tahu. Ia akan menjangkiti manusia dan disebarkan di antara manusia pula.
.
Pakar kajian perubatan memanggilnya “the hidden enemies”. Iaitu virus yang berasal dari haiwan yang menjangkiti manusia. Ia juga dipanggil sebagai “zoonotic disease”

Di Wuhan, China, telah tersebar virus “Novel Coronavirus 2019 nCoV”. Ia adalah dari keluarga strain virus SARs-CoV dan MERs-CoV.
.
Seperti di kawasan lain di China, di Wuhan terdapat Huanan Seafood Market yang menjual 112 jenis binatang liar yang hidup. Disinilah bermulanya Coronavirus ini.
.
Setakat ini tidak ada ubat atau “vaccine” untuk memusnahkan Coronavirus virus yang boleh menyebabkan kegagalan sistem pernafasan manusia.
.
Wabak ini mula berpindah keseluruh dunia apabila orang Cina dari China terbang kemerata tempat. Setakat ini jangkitan telah dapat dikesan di Jepun, Thailand, Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan, Mexico dan Australia dan di negara kita, 8 warga Cina telah di kuarantin di Johor kerana terdapat simptom virus ini
.
Moralnya, makanlah makanan yang halal lagi baik.
.
Kenapa Allah mengharamkan sebahagian haiwan buat manusia, jawapannya telah kita dapati kini melalui Sains.
.
Tapi bagi kita orang Islam, sebelum sains membuktikan pun kita telah beriman dengan perintah itu.
.
Kerana kita yakin pada amaran yang Maha Pencipta, Dia mencipta kita, Dia yang tahu apa yang baik buat kita.
.
Untuk sekarang, bacalah nama Allah “ ya Hafiz” banyak-banyak, supaya Allah pelihara kita dari penyakit berjangkit ini.
.
Amin..
.
Coretan: Muhamad Abdullah @ Old Town of Lijiang

Panduan lawatan rumah sebelum membeli

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua pembaca blog ini. Kali ini kami kongsikan tips daripada doktor kacak, Dr. Azizul Azli Ahmad, seorang pensyarah senibina dan seorang pelabur hartanah. Post ini adalah yang terakhir bagi tahun 2019, sebelum menjelangnya tahun baru 2020.

Tanpa membuang masa, jom kita baca perkongsian beliau . :

=============================

Panduan melawat rumah sebelum membeli property site visit

#TabungRumah

PANDUAN MELAWAT RUMAH SEBELUM BELI

Salah satu panduan beli rumah yang baik adalah buat lawatan kerumah tersebut.

1. Lawatan Lebih Sekali.

Semakin banyak lawatan kita semakin banyak maklumat kita dapat. Datang dan beramah mesra dengan jiran sekitarnya.

2. Lawatan Waktu Berbeza.

Amati juga kawasan kediaman tersebut waktu malam, berapa banyak lampu yang terpasang. Parking penuh kenderaan dapat dilihat malam.

3. Lawatan Waktu Hujan.

Kebocoran hanya ada waktu hujan, begitu juga banjir melanda kawasan.

4. Tanya Jiran, Tanya Gerai Makan.

Ini sumber maklumat kawasan, gosip persekitaran mereka pegang. Siapa janda atau adalusia, dalam gengaman.

5. Pengawal Keselamatan Sumber Maklumat.

Mereka tahu jenayah banyak atau sikit.

6. Matahari Petang Jatuh Dimana.

Kita tahu unit kita bakal panas atau jadi sejuk nanti.

7. Jangan Datang Seorang.

Teman kita akan komen benda yang tak kena dari kaca matanya, kita mungkin dah suka gila.

8. Tekanan Air Tinggi
Ada kawasan tekanan air rendah waktu pagi terutama rumah yang tinggi.

9. Pekerjaan Jiran Tetangga.

Kerja dan pemikiran saling bergantungan, jika kawasan kediaman banyak jururawat. Peluang kita kena ngorat itu ada.

10. Projek Akan Datang.

Apakah projek akan datang sekitar kediaman itu, jika ada AEON , MRT atau pasaraya boleh jadi ia berharga.

Selamat berusaha anak muda, setiap kali datangnya susah. Ada banyak peluang senang terhidang menanti.

Azizul Azli Ahmad.

https://www.facebook.com/azizulazli.ahmad

#kongsikan jika bermanfaat
#BeliWaktuMudaBaruKacakBergaya
#Menjelang2020

Tips utama membeli rumah pertama yang kita terlepas pandang

 

 

Assalamualaikum wbt. Kali ini kami kongsikan tulisan Harith Faisal seorang ikon hartanah yang semakin dikenali ramai. Tips yang dikongai adalah beekisar kepada pentingnya menyediakan tabungan kecemasan dalam keghairahan sebelum membeli rumah pertama. Sila dollow beliau untuk tips percuma berkitan pelaburan hartanah.

Tips membeli rumah pertama

================================

Anak muda ramai yang teruja nak sediakan modal untuk beli rumah pertama, sampai lupa asingkan untuk tabung kecemasan juga.

Mula-mula kau kena kira berapa simpanan kecemasan kau kena ada. Biasanya 3 bulan gaji. Gaji RM3K, kena simpan RM9K.

Kemudian, kau kena decide nak beli rumah harga berapa. Katakan RM200K. Jadi, kau kena sediakan modal RM200K x 15% = RM30K.

RM9K + RM30K = RM39K. Dah ada RM39K tu bolehlah kau buru rumah pertama kau. Biar lambat sikit, asalkan selamat. Gitu!

Sebenarnya, 15% modal tu pun belum tentu cukup. Kalau rumah subsale, kau kena standby duit nak repair apa-apa yang patut juga.

Kalau nak beli rumah lelong dah pasti kau kena standby 30% daripada harga menang nanti. Memang banyak kos. Ikut nasib jugalah.

Kalau rumah undercon yang dah siap, kau kena standby duit untuk pasang grill, lampu, kipas, kitchen kabinet, perabot dan lain-lain.

Kalau rumah undercon yang baru nak mula pembinaan biasanya modal tak banyak pakai sekarang. Ikut pakej developer lah.

Ada projek yang cuma sediakan RM5K dah boleh secure unit. Ada juga yang kau kena setelkan 10% siap-siap masa sign SPA nanti.

Tapi itu tak termasuk lagi progressive payment yang kau kena bayar semasa rumah tu masih dalam pembinaan. Pada masa yang sama kau tetap kena bayar rumah yang kau sewa sekarang ni.

Apa yang saya nak lebih tekankan kat sini sebenarnya, pasal simpanan kecemasan tu je. Ramai yang tak ambil kisah.

Jadi, sebaiknya jangan beli rumah dulu kalau simpanan kecemasan 3 bulan kau belum ada. Kita tak tau bila kita akan cemas tu.

Simpanan kecemasan 3 bulan gaji susah nak buat? Kalau itu pun susah bagi kau, baik kau tak payah beli rumahlah. Teruskan menyewa.

Okaylah, kalau kau tak nak buat 3 bulan simpanan kecemasan pun, kau buatlah 1 bulan punya. Sekati kaulah. Ha! – HF

#harithfaisal

SHARE jika bermanfaat.