Tips utama membeli rumah pertama yang kita terlepas pandang

 

 

Assalamualaikum wbt. Kali ini kami kongsikan tulisan Harith Faisal seorang ikon hartanah yang semakin dikenali ramai. Tips yang dikongai adalah beekisar kepada pentingnya menyediakan tabungan kecemasan dalam keghairahan sebelum membeli rumah pertama. Sila dollow beliau untuk tips percuma berkitan pelaburan hartanah.

Tips membeli rumah pertama

================================

Anak muda ramai yang teruja nak sediakan modal untuk beli rumah pertama, sampai lupa asingkan untuk tabung kecemasan juga.

Mula-mula kau kena kira berapa simpanan kecemasan kau kena ada. Biasanya 3 bulan gaji. Gaji RM3K, kena simpan RM9K.

Kemudian, kau kena decide nak beli rumah harga berapa. Katakan RM200K. Jadi, kau kena sediakan modal RM200K x 15% = RM30K.

RM9K + RM30K = RM39K. Dah ada RM39K tu bolehlah kau buru rumah pertama kau. Biar lambat sikit, asalkan selamat. Gitu!

Sebenarnya, 15% modal tu pun belum tentu cukup. Kalau rumah subsale, kau kena standby duit nak repair apa-apa yang patut juga.

Kalau nak beli rumah lelong dah pasti kau kena standby 30% daripada harga menang nanti. Memang banyak kos. Ikut nasib jugalah.

Kalau rumah undercon yang dah siap, kau kena standby duit untuk pasang grill, lampu, kipas, kitchen kabinet, perabot dan lain-lain.

Kalau rumah undercon yang baru nak mula pembinaan biasanya modal tak banyak pakai sekarang. Ikut pakej developer lah.

Ada projek yang cuma sediakan RM5K dah boleh secure unit. Ada juga yang kau kena setelkan 10% siap-siap masa sign SPA nanti.

Tapi itu tak termasuk lagi progressive payment yang kau kena bayar semasa rumah tu masih dalam pembinaan. Pada masa yang sama kau tetap kena bayar rumah yang kau sewa sekarang ni.

Apa yang saya nak lebih tekankan kat sini sebenarnya, pasal simpanan kecemasan tu je. Ramai yang tak ambil kisah.

Jadi, sebaiknya jangan beli rumah dulu kalau simpanan kecemasan 3 bulan kau belum ada. Kita tak tau bila kita akan cemas tu.

Simpanan kecemasan 3 bulan gaji susah nak buat? Kalau itu pun susah bagi kau, baik kau tak payah beli rumahlah. Teruskan menyewa.

Okaylah, kalau kau tak nak buat 3 bulan simpanan kecemasan pun, kau buatlah 1 bulan punya. Sekati kaulah. Ha! – HF

#harithfaisal

SHARE jika bermanfaat.

Facebook Comments

2 thoughts on “Tips utama membeli rumah pertama yang kita terlepas pandang”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

21