1 kaki = 12 inci 1 kaki = 0.3048 meter 1 meter = 3.28084 kaki 1 meter = 1.094 ela = 3 kaki 3 inci 1 ela = 0.9144 meter 1 ela = 3 kaki 1 ling = 0.201168 meter 1 rantai = 100 ling 1 rantai = 66 kaki = 20.1168 meter 1 kilometer = 3281 kaki = 1000 meter 1 kilometer = 0.6214 batu 1 batu = 1.609 kilometer 1 batu nautika = 1.1508 batu = 1.852 kilometer 1 relung = 176 kaki = 53.645 meter 1 pole = 5.0292 meter 1 rantai = 4 pole 1 rantai = 22 ela 1 furlong = 10 rantai 1 jengkal = 0.5 hasta 1 hasta = 0.5 ela 1 depa = 4 hasta = 2 ela = 1.8288 meter 1 jempa = 8 kaki 1 jumba = 12 kaki 1 jemba = 24 kaki 1 orlong = 20 jumba
UNIT-UNIT UNTUK KELUASAN TANAH
1 kaki persegi = 0.093 meter persegi 1 ela persegi = 0.836 meter persegi 1 meter persegi = 10.764 kaki persegi 1 relung persegi = 2877.8 meter persegi 1 relung persegi = 30976 kaki persegi 1 relung persegi = 0.288 hektar = 0.7111 ekar 1 relung persegi = 484 jempa persegi 1 jempa persegi = 64 kaki persegi 1 ekar = 1.406 relung 1 ekar = 4,046.86 meter persegi 1 ekar = 0.4047 hektar 1 ekar = 43560 kaki persegi 1 hektar = 10000 meter persegi = 3.475 relung 1 hektar = 2.471 ekar = 107,639 kaki persegi 1 ekar = 4 Rood = 160 pole 1 Rood = 40 pole = 0.25 ekar 1 Rood = 1,011.7 meter persegi = 10890.6 kaki persegi 1 pole = 0.025 Rood = 0.00625 ekar 1 pole = 25.293 meter persegi = 272.22 kaki persegi 1 depa persegi = 4 ela persegi = 36 kaki persegi 1 depa persegi = 3.3445 meter persegi
SIMBOL UNIT-UNIT UKURAN DALAM PELAN
in = inci ka / ft = kaki ch = rantai m = meter km = kilometer m2 / mps / sq. m = meter persegi k2 / ka2 / kp / kps / ft2 / sq. ft = kaki persegi H / hek / ha = hektar A / ac / ek = ekar R / r = rood p = pole cal = calculation comp = computation ki = kiraan dpi = dari perkiraan sc = scale sa = seperti asal j = jumpa
CONTOH JADUAL PERTUKARAN UNIT
1 rantai = 100 ling = 20.1168 meter = 66 kaki Maksudnya : 1 rantai = 100 ling 1 rantai = 20.1168 meter 1 rantai = 66 kaki
szdesigninfo
Carian berkaitan Area converter Money convert Distance converter Online converter Converter feet to meter Convert PDF to Word Convertio Convert video to MP4
Ramai yang mencari jawapan sebenar pantang bersalin berapa hari dalam Islam. Semenjak zaman dahulu kala masyarakat Melayu telah sebati dengan amalan berpantang 100 hari lepas bersalin. Dalam hal ini hubungan intim suami isteri sama-sekali perlu dielak.
Begitu juga dengan perancangan kehamilan dapat dilakukan secara semulajadi.
Berikut adalah hukum pantang agama, sila fahamkan penerang daripada Ustaz Azhar Idrus (pantang agama):
Untuk kupasan lanjut, mari kita baca penerangan daripada Dr. Imelda Balchin, beliau merupakan Pakar Obstetrics dan Gynaecology. Kini beliau juga merupakan media influencer hebat yang berkongsi ilmu serta tips dalam bidang kepakarannya.
Sila follow beliau di FB untuk banyak maklumat dan perkongsian bermanfaat.
Selepas bersalin kena pantang 100 hari bersama suami? Itu nasihat dari makcik bawang lah, bukan nasihat pakar-pakar gynae.
Awat laaaaa makcik bawang suka mengarut, sampai hal rumahtangga orang lain pun nak menyebuk dan nak control orang lain pulak.
Dalam Islam hanya perlu berpantang hubungan kelamin selagi darah nifas belum kering. Darah nifas boleh kering di antara 14 hingga 60 hari. Puratanya ialah lebih kurang 30 hari. Selepas darah nifas dah kering, boleh mandi hadas, dan kemudian ikut suka pasangan suami-isteri masing-masing bila bersedia untuk bersama.
Dari segi perubatan moden pun selari dengan nasihat yang sama dengan hukum Islam, doktor-doktor pakar gynae dari negara yang bukan Islam pun bagi nasihat elakkan hubungan kelamin sehingga darah nifas kering untuk mencegah jangkitan bakteria kepada ibu-ibu yang baru bersalin.
Kalau nak menjarakkan kehamilan, gunalah kaedah merancang keluarga yang berkesan, be smart, pergi jumpa doktor di klinik untuk bertanya apakah kaedah yang paling sesuai untuk diri masing-masing. Pi tanya makcik bawang buat apa? Makcik bawang hanya tau kaedah berpantang, kaedah lain dia tak tau, tapi nak menyebok dan nak membuli ibu yang baru bersalin saja dengan pantang-pantang mengarut.
Lagipun, makcik bawang zaman dulu bukan pun breastfeeding friendly, sebab tu laa depa tak tau tentang kaedah breastfeeding untuk merancang keluarga. Depa hanya tau nak sumbat mulut baby dengan air lah, kanji lah, susu kambing lah, nestum lah, pisang lah, air kunyit lah, air anggur lah, semua petua mengarut-ngarut nak sumbat di dalam mulut baby yang baru lahir.
Mai nak habaq, kaedah breastfeeding untuk merancang keluarga itu dinamakan kaedah lactational amenorrhoea. Ia berkesan mencegah kehamilan di dalam 98 dari 100 ibu yang menggunakan kaedah ini untuk 6 bulan selepas bersalin.
Apakah syarat-syarat lactational amenorrhoea sebagai kaedah yang berkesan untuk merancang keluarga? Ada 3 syarat yang mesti ditepati:
1) Exclusive breastfeeding. Maknanya, bayi itu minum hanya susu ibu, bukan campur dengan formula, bukan disumbat apa-apa minuman atau makanan lain selain dari susu ibu. Sekiranya bagi bayi minuman dan makanan yang lain dari susu ibu, maka kaedah lactational amenorrhoea tidak berkesan lagi sebagai kaedah merancang keluarga.
2) Ibu tidak ada haid selepas darah nifas kering. Sekiranya ibu dapat haid selepas darah nifas kering, maka kaedah lactational amenorrhoea tidak lagi berkesan sebagai kaedah merancang keluarga.
3) Hanya berkesan untuk 6 bulan selepas bersalin saja. Sekiranya bayi sudah melebihi 6 bulan, maka kaedah lactational amenorrhoea tidak lagi berkesan sebagai kaedah merancang keluarga.
Ingat tau, lactational amenorrhoea adalah 98% effective sebagai kaedah merancang keluarga hanya jika anda tepati TIGA SYARAT di atas. Makcik bawang mana ada ilmu pengetahuan ini dan tak boleh guna cara ini sebab depa bukannya breastfeeding friendly, dok sumbat mulut baby dengan macam-macam dan paksa ibu ikut pantang larang yang boleh mengurangkan susu ibu, pasai tu laa depa kena pantang suami. Kaaannnn…
Tak payah lah ikut makcik bawang naaaaa. Tambahkan ilmu pengetahuan supaya kualiti hidup anda lebih baik lagi.
Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda.
Dr Imelda Balchin, Pakar Obstetrics dan Gynaecology.
Siapa tepek link mengarut dan petua mengarut di laman saya akan kena delete dan kena block!
Carian berkaitan pantang bersalin berapa hari dalam Islam: Pantang bersalin 40 hari atau 44 hari, Pantang bersama suami selepas bersalin, Makanan ketika berpantang selepas bersalin, Tempoh berpantang selepas bersalin, Makanan selepas berpantang 44 hari, Pantang bersalin czer, Mandi selepas bersalin, Cara melayan suami ketika berpantang,
Berikut meeupakan tips daripada usahawan muda berjaya, tuan Syukor Majid. Semoga memberikan manfaat buat para usahawan muda yang baru bermula.
======================================= 10 pesanan abang kepada usahawan baru nak mula.
Nak berjaya letup-letup senang, nak kekal berjaya letup-letup susah. Jadi, sila beringat di hari letup-letup supaya tidak terciduk di hari kuncup-kuncup.
Jika ada hati nak berkembang luas, jaga rekod CCRIS, CTOS dan jangan lupa bayar income tax. Rekod cantik, banyak bank nak hulur bantuan kewangan untuk kita kembangkan perniagaan.
Cash is king. Kuatkan cash reserve. Ada duit simpan, ada duit simpan, ada duit simpan. Mana tau tiba-tiba nak guna masa emergency.
Office gah, kilang canggih, restoran mewah boleh tunggu dulu. Kita fokus upgrade imej perniagaan bila dah ada duit lebih nanti. Sekarang fokus pada jual beli, jual beli, jual beli, perkasakan duit rolling dulu.
Kereta sukan, motor sukan semua boleh tunggu, jangan ikutkan sangat nafsu, kita tengok orang beli, kita pun nak beli. Poket kita tebal 2 inci, poket orang tu tebal 20 inci. Kita separuh mati hidupkan roadtax, orang tu sambil bersin bayar roadtax. Tak sama tuan-puan. Itu semua liabiliti, menyelowkan progress perniagaan kita, unless poket kita dah tebal 20 inci, kita beli kereta sukan sambil bersin pun takpa. 😆
Tak boleh buat semua benda sendiri, nanti menyelowkan progress syarikat kita. Kena ada staff membantu, tapi kena pandai deligate, juga kena pandai jaga kos. Maksud abang, startup company biasanya kena ada staff yang multitasking. Kita bukan Petronas atau Megah Holdings, masing-masing ada perfect jobscope, ingat tuan puan, kita masih kecil, belum kaya. Kalau tukang cedok nasik seorang, cedok lauk seorang, tukang bungkus seorang, tukang masuk dalam plastik seorang, mampuih la chorrr. 😆
Jalan marketing berterusan. Jangan bagi alasan market tepu, tumbuk karang. McDonalds, KFC, Adidas, Nike, Apple, tak berhenti buat marketing walaupun sales mereka setinggi gunung. Kita yang sales setakat tinggi tumit kaki ni kena kuat buat marketing jugak. Tak mampu yang berbayar, cari yang free.
Jangan pakai pelaris, jangan santau pesaing dan jangan guna alasan orang bomoh kita bila produk tak laku. Kalau bomoh tu terer, dah lama McDonalds tutup kedai, dah ramai orang kaya kena nombor ekor, dah lama Malaysia menang Worldcup.
Usahawan kena kuat semangat. Bila jatuh, cepat bangun. Tak ramai boleh tolong bila kita susah, orang lain pun banyak masalah sendiri nak kena fikir, pandai-pandailah hang bangun sendiri.
Fokus dalam apa yang kita usahakan. Startup baru kena fokus menaikkan prestasi syarikat. Karang pi mai pi mai tang tu, si sana menanti di sini menunggu, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Cukuplah ya 10 point ni, hangpa bukan baca sangat pun. 😆