Pantang bersalin berapa hari?

Ramai yang mencari jawapan sebenar pantang bersalin berapa hari dalam Islam. Semenjak zaman dahulu kala masyarakat Melayu telah sebati dengan amalan berpantang 100 hari lepas bersalin. Dalam hal ini hubungan intim suami isteri sama-sekali perlu dielak.

Begitu juga dengan perancangan kehamilan dapat dilakukan secara semulajadi.

Untuk kupasan lanjut, mari kita baca penerangan daripada Dr. Imelda Balchin, beliau merupakan Pakar Obstetrics dan Gynaecology. Kini beliau juga merupakan media influencer hebat yang berkongsi ilmu serta tips dalam bidang kepakarannya.

Sila follow beliau di FB untuk banyak maklumat dan perkongsian bermanfaat.

===================================

Selepas bersalin kena pantang 100 hari bersama suami? Itu nasihat dari makcik bawang lah, bukan nasihat pakar-pakar gynae.

Awat laaaaa makcik bawang suka mengarut, sampai hal rumahtangga orang lain pun nak menyebuk dan nak control orang lain pulak.

Dalam Islam hanya perlu berpantang hubungan kelamin selagi darah nifas belum kering. Darah nifas boleh kering di antara 14 hingga 60 hari. Puratanya ialah lebih kurang 30 hari. Selepas darah nifas dah kering, boleh mandi hadas, dan kemudian ikut suka pasangan suami-isteri masing-masing bila bersedia untuk bersama.

Dari segi perubatan moden pun selari dengan nasihat yang sama dengan hukum Islam, doktor-doktor pakar gynae dari negara yang bukan Islam pun bagi nasihat elakkan hubungan kelamin sehingga darah nifas kering untuk mencegah jangkitan bakteria kepada ibu-ibu yang baru bersalin.

Kalau nak menjarakkan kehamilan, gunalah kaedah merancang keluarga yang berkesan, be smart, pergi jumpa doktor di klinik untuk bertanya apakah kaedah yang paling sesuai untuk diri masing-masing. Pi tanya makcik bawang buat apa? Makcik bawang hanya tau kaedah berpantang, kaedah lain dia tak tau, tapi nak menyebok dan nak membuli ibu yang baru bersalin saja dengan pantang-pantang mengarut.

Lagipun, makcik bawang zaman dulu bukan pun breastfeeding friendly, sebab tu laa depa tak tau tentang kaedah breastfeeding untuk merancang keluarga. Depa hanya tau nak sumbat mulut baby dengan air lah, kanji lah, susu kambing lah, nestum lah, pisang lah, air kunyit lah, air anggur lah, semua petua mengarut-ngarut nak sumbat di dalam mulut baby yang baru lahir.

Mai nak habaq, kaedah breastfeeding untuk merancang keluarga itu dinamakan kaedah lactational amenorrhoea. Ia berkesan mencegah kehamilan di dalam 98 dari 100 ibu yang menggunakan kaedah ini untuk 6 bulan selepas bersalin.

Apakah syarat-syarat lactational amenorrhoea sebagai kaedah yang berkesan untuk merancang keluarga? Ada 3 syarat yang mesti ditepati:

1) Exclusive breastfeeding. Maknanya, bayi itu minum hanya susu ibu, bukan campur dengan formula, bukan disumbat apa-apa minuman atau makanan lain selain dari susu ibu. Sekiranya bagi bayi minuman dan makanan yang lain dari susu ibu, maka kaedah lactational amenorrhoea tidak berkesan lagi sebagai kaedah merancang keluarga.

2) Ibu tidak ada haid selepas darah nifas kering. Sekiranya ibu dapat haid selepas darah nifas kering, maka kaedah lactational amenorrhoea tidak lagi berkesan sebagai kaedah merancang keluarga.

3) Hanya berkesan untuk 6 bulan selepas bersalin saja. Sekiranya bayi sudah melebihi 6 bulan, maka kaedah lactational amenorrhoea tidak lagi berkesan sebagai kaedah merancang keluarga.

Ingat tau, lactational amenorrhoea adalah 98% effective sebagai kaedah merancang keluarga hanya jika anda tepati TIGA SYARAT di atas. Makcik bawang mana ada ilmu pengetahuan ini dan tak boleh guna cara ini sebab depa bukannya breastfeeding friendly, dok sumbat mulut baby dengan macam-macam dan paksa ibu ikut pantang larang yang boleh mengurangkan susu ibu, pasai tu laa depa kena pantang suami. Kaaannnn…

Tak payah lah ikut makcik bawang naaaaa. Tambahkan ilmu pengetahuan supaya kualiti hidup anda lebih baik lagi.

Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda.

Dr Imelda Balchin,
Pakar Obstetrics dan Gynaecology.

Siapa tepek link mengarut dan petua mengarut di laman saya akan kena delete dan kena block!

Facebook Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge