Tips usahawan baru bermula

Berikut meeupakan tips daripada usahawan muda berjaya, tuan Syukor Majid. Semoga memberikan manfaat buat para usahawan muda yang baru bermula.

======================================= 10 pesanan abang kepada usahawan baru nak mula.

  1. Nak berjaya letup-letup senang, nak kekal berjaya letup-letup susah. Jadi, sila beringat di hari letup-letup supaya tidak terciduk di hari kuncup-kuncup.
  2. Jika ada hati nak berkembang luas, jaga rekod CCRIS, CTOS dan jangan lupa bayar income tax. Rekod cantik, banyak bank nak hulur bantuan kewangan untuk kita kembangkan perniagaan.
  3. Cash is king. Kuatkan cash reserve. Ada duit simpan, ada duit simpan, ada duit simpan. Mana tau tiba-tiba nak guna masa emergency.
  4. Office gah, kilang canggih, restoran mewah boleh tunggu dulu. Kita fokus upgrade imej perniagaan bila dah ada duit lebih nanti. Sekarang fokus pada jual beli, jual beli, jual beli, perkasakan duit rolling dulu.
  5. Kereta sukan, motor sukan semua boleh tunggu, jangan ikutkan sangat nafsu, kita tengok orang beli, kita pun nak beli. Poket kita tebal 2 inci, poket orang tu tebal 20 inci. Kita separuh mati hidupkan roadtax, orang tu sambil bersin bayar roadtax. Tak sama tuan-puan. Itu semua liabiliti, menyelowkan progress perniagaan kita, unless poket kita dah tebal 20 inci, kita beli kereta sukan sambil bersin pun takpa. 😆
  6. Tak boleh buat semua benda sendiri, nanti menyelowkan progress syarikat kita. Kena ada staff membantu, tapi kena pandai deligate, juga kena pandai jaga kos. Maksud abang, startup company biasanya kena ada staff yang multitasking. Kita bukan Petronas atau Megah Holdings, masing-masing ada perfect jobscope, ingat tuan puan, kita masih kecil, belum kaya. Kalau tukang cedok nasik seorang, cedok lauk seorang, tukang bungkus seorang, tukang masuk dalam plastik seorang, mampuih la chorrr. 😆
  7. Jalan marketing berterusan. Jangan bagi alasan market tepu, tumbuk karang. McDonalds, KFC, Adidas, Nike, Apple, tak berhenti buat marketing walaupun sales mereka setinggi gunung. Kita yang sales setakat tinggi tumit kaki ni kena kuat buat marketing jugak. Tak mampu yang berbayar, cari yang free.
  8. Jangan pakai pelaris, jangan santau pesaing dan jangan guna alasan orang bomoh kita bila produk tak laku. Kalau bomoh tu terer, dah lama McDonalds tutup kedai, dah ramai orang kaya kena nombor ekor, dah lama Malaysia menang Worldcup.
  9. Usahawan kena kuat semangat. Bila jatuh, cepat bangun. Tak ramai boleh tolong bila kita susah, orang lain pun banyak masalah sendiri nak kena fikir, pandai-pandailah hang bangun sendiri.
  10. Fokus dalam apa yang kita usahakan. Startup baru kena fokus menaikkan prestasi syarikat. Karang pi mai pi mai tang tu, si sana menanti di sini menunggu, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Cukuplah ya 10 point ni, hangpa bukan baca sangat pun. 😆

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

21