Tak perlu berpantang lepas bersalin

Mesti ramai orang kita yang terkejut dengan pernyataan tak perlu berpantang lepas bersalin. Hakikatnya ya, memang ibu yang bersalin tidak perlu untuk mengikut adat berpantang yang lazimnya merangkumi elak makan ayam, daging dengna lasan akan bernanah luka, dan pelbagai lagi. Bertungku, berurut dan seumpamanya juga antara perkara penting dalam pantang orang Melayu lepas bersalin.

Sebelum itu, boleh baca juga info berkenaan isu Pantang bersalin berapa hari? yang juga diketengahkan oleh doktor Imelda.

Sila hadamkan perkongsian doktor Imelda Balchin [Specialist Obstetrician & Gynaecologist (UK and Malaysia)], tentang perkara yang perlu dibuat dan yang tidak perlu diamal selepas bersalin.

==========================

Amalina hantar WhatsApp kat Kak Mel tunjuk gambar baby Bella yang baru bersalin. Alhamdulillah tahniah Amalina dah selamat bersalin di London.

Amalina kata ramai makcik bawang di Malaysia dok kecam Amalina sebab tak berpantang selepas bersalin? Kami pun tergelak je tengok kecaman makcik bawang ni.

Jangan laa kutuk, kecam dan ugut ibu yang baru bersalin. Jangan laa jadi macam makcik bawang.

Kita mesti sebarkan ilmu pengetahuan, wanita selepas bersalin memang tak perlu ikut amalan berpantang cara lama untuk kesihatan. Tak perlu ikut pun sihat je.

Kita mesti hormat dengan keputusan wanita berdaya yang ada ilmu tinggi tentang kesihatan yang mahu ikut nasihat doktor pakar O&G bahawa tak payah ikut pun amalan lama berpantang untuk sihat.

Wanita Malaysia mesti jadi empowered women iaitu wanita berdaya, supaya yakin membuat keputusan untuk diri sendiri dan tak takut di kecam oleh makcik bawang.

Hanya makcik bawang saja ingat semua ibu di seluruh dunia ni berpantang mengikut amalan yang sama seperti makcik bawang, sebab makcik bawang tak buka minda dan tak pernah lihat cara orang-orang lain menjaga kesihatan selepas bersalin. Makcik bawang tu ingat Queen Elizabeth yang sihat sampai usia 96 tahun sebelum meninggal dunia tu berpantang selepas bersalin ke?

Mai nak habaq, lebih dari 700 ribu ibu bersalin di negara UK setiap tahun, lebih ramai lagi dari ibu-ibu yang bersalin di Malaysia. Mereka tak pun ikut budaya berpantang selepas bersalin. Mana ada perkhidmatan bertunku berpilis bertangas di UK? Mana ada confinement ladies di UK? Memang pun semua ibu-ibu berpantang sendiri saja di UK sebab senang sangat selepas bersalin kalau tak payah ikut amalan-amalan yang menyusahkan orang. Makan je apa nak makan. Jangan sesekali buat tuduhan fitnah kalau anak menangis atau sakit, sebabnya ialah ibu tak pantang makan. Fitnah ini tak berdasarkan bukti dan hanya menyakitkan hati ibu yang baru bersalin. Doktor-doktor pakar tak pernah pun suruh ibu yang menyusukan bayi pantang makan.

Cuba lihat page-page rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, mana ada nasihat selepas bersalin wajib berpantang? Tak ada pun. Jika wajib sudah pasti semua hospital-hospital di Malaysia tukar menu untuk ibu selepas bersalin dan bagi perkhidmatan urutan rahim bertunku berpilis bertangas dan tutup aircond di hospital sebelum ibu-ibu ini pulang ke rumah. Tetapi tak ada, sebab tidak perlu untuk kesihatan ibu bersalin.

Sebagai pakar Obstetrics & Gynaecology yang memberi perhidmatan kesihatan wanita di negara UK, saya tahu rahim ibu-ibu UK kecut seperti biasa dalam masa 6 minggu selepas bersalin, tanpa mengurut rahim, tanpa bertunku, tanpa bengkung, tanpa pantang makanan yang makcik bawang dok buat fitnah mengembangkan rahim.

Sebagai pakar Obstetrics & Gynaecology yang memberi perkhidmatan kesihatan wanita di Malaysia, saya belum nampak apa-apa bukti yang kesihatan rahim dan dalaman wanita yang berpantang tegar selepas bersalin itu lebih baik dari wanita yang tak ikut tradisi berpantang selepas bersalin. Ramai je wanita yang berpantang tegar pun sakit bila tua dan kita rawat mereka tanpa perlu bertanya anda pernah berpantang selepas bersalin atau tidak, sebab itu tidak penting untuk kesihatan dalaman wanita.

Saya bersalin dua kali di London pun tak pernah ikut adat berpantang. Orang Islam hanya perlu mengikut larangan membuat hubungan kelamin dan bersolat semasa ada darah nifas sehingga darah nifas kering. Tak perlu ikut amalan berpantang yang lain. Ugama Islam tak menyusahkan umatnya. Makan makanan yang sihat dan seimbang untuk seumur hidup. Memang pun kita patut elak junk food, tak kiralah budak-budak kecil, orang remaja, orang muda atau orang tua, lelaki atau perempuan, tak payah nak tunggu 44 hari selepas bersalin.

Saya ajar semua ibu hamil yang baru bersalin dengan saya macam mana nak exercise dengan selamat selepas bersalin. Saya ajar semua ibu hamil yang baru bersalin secara pembedahan Caesar dengan saya macam mana nak exercise dengan selamat selepas bersalin. Saya ajar mereka semua tak payah pun ikut amalan berpantang cara lama, jangan pantang makanan sihat seperti ayam, telur, seafood selagi tiada food allergy. Jangan sekat ibu yang baru bersalin minum air. Jangan paksa ibu yang baru bersalin baring-baring saja, mereka boleh berjalan-jalan. Yang penting sekali ceria memberi sokongan yang positif kepada ibu yang baru bersalin. Pahala ibu yang bersalin dan menyusukan anak ini sangat tinggi, kenapalah makcik bawang nak sengaja menyakiti hati ibu yang baru bersalin jika mereka tak mahu berpantang dan mahu ikut nasihat doktor-doktor pakar perubatan.

Tak salah pun ibu yang baru bersalin bawa anak berjalan di taman, selagi elak tempat yang sesak dengan ramai orang. Yang tak digalakkan ialah makcik bawang yang sebuk nak berkunjung ramai-ramai tengok baby yang baru dilahirkan dan bawa pelbagai jenis virus melawat baby orang.

Jangan sesekali tuduh ibu negara UK minum alkohol semasa menyusu untuk memanaskan badan. Hakikatnya ialah alcohol tidak memanaskan badan sebab kita manusia berdarah panas dan memang pun berdarah panas. Hakikatnya ialah alcohol tidak bagus untuk kesihatan dan doktor-doktor UK sudah pun menasihatkan ibu-ibu yang menyusukan bayi jangan minum alkohol. Kebanyakan ibu UK yang menyusukan bayi tidak minum alkohol mengikut nasihat doktor-doktor UK.

Jangan ugut ibu yang baru bersalin kalau tak berpantang nanti sakit bila tua. Hakikatnya ialah ramai ibu yang tak pernah pun ikut tradisi lama berpantang tu lebih sihat lagi dari ibu yang ikut adat berpantang tegar. Purata Jangkahayat wanita-wanita UK dan wanita-wanita Jepun yang tak pernah ikut tradisi pantang macam kat Malaysia pun lebih lama dari purata jangkahayat wanita Malaysia yang berpantang tegar selepas bersalin. Memang ada banyak bukti tak payah ikut adat berpantang pun lebih sihat. Macam mana lah sekat ibu minum air, sekat ibu makan pelbagai buah dan sayur berkhasiat, sekat ibu makan pelbagai protein ayam dan telur, sekat ibu berjalan-jalan tu boleh menyihatkan mereka?

Sebab itu hanya adat. Tak perlu ikut. Tak wajib ikut dalam Islam dan tak wajib ikut untuk kesihatan. Perubatan Moden ini memang pun selari dengan ugama Islam. Jadilah orang yang memberi sumbangan yang baik kepada orang lain dan doakan yang terbaik saja untuk orang lain.

Di page saya, jangan jadi makcik bawang naaaaa. Sesiapa yang nak kutuk dan kecam ibu yang baru bersalin sebab tak berpantang mengikut cara mereka akan kena delete dan block.

Kami doktor-doktor pakar perubatan menyokong exclusive breastfeeding 6 bulan untuk kesihatan jangkamasa panjang ibu dan anak. Tahukah anda exclusive breastfeeding mengurangkan risiko kanser dinding rahim, breast cancer, kanser ovari, mengurangkan berat badan ibu yang baru bersalin tanpa perlu pantang makanan dan mengurangkan diabetes untuk kedua-dua ibu dan bayi. Exclusive breastfeeding juga mengurangkan risiko bayi mendapat cotdeath (Sudden infant death syndrome), mengurangkan jangkitan paru-paru dan telinga kepada bayi, mengurangkan risiko eczema, leukamia, obesiti dan diabetes kepada anak. Tahukah anda adat yang sumbat mulut bayi sebelum umur 6 bulan dengan air masak, air kanji, pisang, bubur, nestum, air anggur, susu kambing itu memudaratkan kesihatan bayi. Exclusive breastfeeding itu maknanya hanya susu ibu untuk 6 bulan pertama, lepas tu baru lah bagi baby makanan pejal. Kalau tak boleh exclusive breastfeeding, boleh beri baby susu formula khas untuk baby, bukan sumbat makanan lain pada 6 bulan pertama. Doktor-doktor juga tidak galakkan extended exclusive breastfeeding yang keterlaluan sampai setahun atau dua tahun tak bagi baby makan langsung selepas 6 bulan, sebab ini juga boleh memudaratkan kesihatan bayi yang tidak dapat cukup khasiat makanan lain selepas usia 6 bulan. Exclusive breasfeeding hanya untuk 6 bulan. Selepas 6 bulan mulakan memberi bayi makanan pejal sedikit demi sedikit sambil meneruskan menyusukan dengan susu ibu secara sambil-sambilan sehingga usia 2 tahun, bukan exclusive breastfeeding sampai 2 tahun dan tak bagi baby makan sampai 2 tahun.

Jika sayangkan ibu dan sayangkan baby, tak perlu ikut adat yang memudaratkan kesihatan ibu, mengurangkan kejayaan ibu untuk exckusive breastfeeding dan kemudian menyumbat mulut bayi pula dengan pelbagai makanan sebelum usia 6 bulan.

Sebab itulah saya sokong maternity leave untuk semua ibu yang baru bersalin selama 6 bulan untuk menjayakan exclusive breastfeeding. Jangan kata kalau tak payah pantang tak perlu maternity leave. Buka lah minda anda.

Women Empowerment 💕
Love our mothers, love our babies 💕

Dr Imelda Balchin
Specialist Obstetrician & Gynaecologist (UK and Malaysia)

Carian berkaitan tak perlu berpantang lepas bersalin:


Pantang bersalin 40 hari atau 44 hari,
Tempoh berpantang selepas bersalin,
Makanan ketika berpantang selepas bersalin,
Pantang bersama suami selepas bersalin,
Makanan selepas berpantang 44 hari,
Mandi selepas bersalin,
Tempoh berpantang dalam islam,
Tempoh berpantang bersama suami selepas bersalin,

Pantang bersalin berapa hari?

Ramai yang mencari jawapan sebenar pantang bersalin berapa hari dalam Islam. Semenjak zaman dahulu kala masyarakat Melayu telah sebati dengan amalan berpantang 100 hari lepas bersalin. Dalam hal ini hubungan intim suami isteri sama-sekali perlu dielak.

pantang bersalin berapa hari dalam Islam

Begitu juga dengan perancangan kehamilan dapat dilakukan secara semulajadi.

Berikut adalah hukum pantang agama, sila fahamkan penerang daripada Ustaz Azhar Idrus (pantang agama):

Untuk kupasan lanjut, mari kita baca penerangan daripada Dr. Imelda Balchin, beliau merupakan Pakar Obstetrics dan Gynaecology. Kini beliau juga merupakan media influencer hebat yang berkongsi ilmu serta tips dalam bidang kepakarannya.

Sila follow beliau di FB untuk banyak maklumat dan perkongsian bermanfaat.

Baca juga Tak perlu berpantang lepas bersalin

===================================

Selepas bersalin kena pantang 100 hari bersama suami? Itu nasihat dari makcik bawang lah, bukan nasihat pakar-pakar gynae.

Awat laaaaa makcik bawang suka mengarut, sampai hal rumahtangga orang lain pun nak menyebuk dan nak control orang lain pulak.

Dalam Islam hanya perlu berpantang hubungan kelamin selagi darah nifas belum kering. Darah nifas boleh kering di antara 14 hingga 60 hari. Puratanya ialah lebih kurang 30 hari. Selepas darah nifas dah kering, boleh mandi hadas, dan kemudian ikut suka pasangan suami-isteri masing-masing bila bersedia untuk bersama.

Dari segi perubatan moden pun selari dengan nasihat yang sama dengan hukum Islam, doktor-doktor pakar gynae dari negara yang bukan Islam pun bagi nasihat elakkan hubungan kelamin sehingga darah nifas kering untuk mencegah jangkitan bakteria kepada ibu-ibu yang baru bersalin.

Kalau nak menjarakkan kehamilan, gunalah kaedah merancang keluarga yang berkesan, be smart, pergi jumpa doktor di klinik untuk bertanya apakah kaedah yang paling sesuai untuk diri masing-masing. Pi tanya makcik bawang buat apa? Makcik bawang hanya tau kaedah berpantang, kaedah lain dia tak tau, tapi nak menyebok dan nak membuli ibu yang baru bersalin saja dengan pantang-pantang mengarut.

Lagipun, makcik bawang zaman dulu bukan pun breastfeeding friendly, sebab tu laa depa tak tau tentang kaedah breastfeeding untuk merancang keluarga. Depa hanya tau nak sumbat mulut baby dengan air lah, kanji lah, susu kambing lah, nestum lah, pisang lah, air kunyit lah, air anggur lah, semua petua mengarut-ngarut nak sumbat di dalam mulut baby yang baru lahir.

Mai nak habaq, kaedah breastfeeding untuk merancang keluarga itu dinamakan kaedah lactational amenorrhoea. Ia berkesan mencegah kehamilan di dalam 98 dari 100 ibu yang menggunakan kaedah ini untuk 6 bulan selepas bersalin.

Apakah syarat-syarat lactational amenorrhoea sebagai kaedah yang berkesan untuk merancang keluarga? Ada 3 syarat yang mesti ditepati:

1) Exclusive breastfeeding. Maknanya, bayi itu minum hanya susu ibu, bukan campur dengan formula, bukan disumbat apa-apa minuman atau makanan lain selain dari susu ibu. Sekiranya bagi bayi minuman dan makanan yang lain dari susu ibu, maka kaedah lactational amenorrhoea tidak berkesan lagi sebagai kaedah merancang keluarga.

2) Ibu tidak ada haid selepas darah nifas kering. Sekiranya ibu dapat haid selepas darah nifas kering, maka kaedah lactational amenorrhoea tidak lagi berkesan sebagai kaedah merancang keluarga.

3) Hanya berkesan untuk 6 bulan selepas bersalin saja. Sekiranya bayi sudah melebihi 6 bulan, maka kaedah lactational amenorrhoea tidak lagi berkesan sebagai kaedah merancang keluarga.

Ingat tau, lactational amenorrhoea adalah 98% effective sebagai kaedah merancang keluarga hanya jika anda tepati TIGA SYARAT di atas. Makcik bawang mana ada ilmu pengetahuan ini dan tak boleh guna cara ini sebab depa bukannya breastfeeding friendly, dok sumbat mulut baby dengan macam-macam dan paksa ibu ikut pantang larang yang boleh mengurangkan susu ibu, pasai tu laa depa kena pantang suami. Kaaannnn…

Tak payah lah ikut makcik bawang naaaaa. Tambahkan ilmu pengetahuan supaya kualiti hidup anda lebih baik lagi.

Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda.

Dr Imelda Balchin,
Pakar Obstetrics dan Gynaecology.

Siapa tepek link mengarut dan petua mengarut di laman saya akan kena delete dan kena block!

Carian berkaitan pantang bersalin berapa hari dalam Islam:
Pantang bersalin 40 hari atau 44 hari,
Pantang bersama suami selepas bersalin,
Makanan ketika berpantang selepas bersalin,
Tempoh berpantang selepas bersalin,
Makanan selepas berpantang 44 hari,
Pantang bersalin czer,
Mandi selepas bersalin,
Cara melayan suami ketika berpantang,