Malaysia akan dikenakan darurat ?

Berikutan masalah pandemik Covid-19 yang semakin memuncak di kebelakangan ini, Malaysia mungkin akan dikenakan darurat politik. Walau bagaimanapun, perlaksanaan darurat politik ini masih lagi pada peringkat cadangan dan belum ada kata putus, terutama oleh DYMM Yang Dipertuan Agong.

Wajarkah dalam pada ketidakstabilan ekonomi dan masalah pandemik, darurat akan dibuat? Apa implikasi Malaysia akan dikenakan darurat kepada rakyat?

Akibat kerakusan politikus merebut kuasa, rakyat bakal menanggung natijah, baik dari segi kejatuahn ekonomi, mahupun perebakan penyakit yang tak terkawal.

Apa-apa pun kita berdoa supaya semuanya kembali pulih seperti biasa, samada ekonomi, wabak dan juga kestabilan politik.

Berikut adalah petikan daripada SuaraTV berkenaan cadangan perlaksanaan darurat politik di Malaysia.

==================================================

Malaysia akan dikenakan darurat 2020 covid 19
gambar kredit MalaysiaKini

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan ‘Darurat Politik‘ kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi ketidakstabilan politik dan mengelak lebih banyak konflik dalam sidang Parlimen akan datang.

Dalam keadaan kerajaan hanya mempunyai 113 sokongan ahli Dewan Rakyat, kedudukan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan sentiasa menjadi bahan pertaruhan ahli politik lain.

Kabinet dikatakan menyaran supaya Muhyiddin mempersembahkan cadangan ini untuk pertimbangan Yang Di-Pertuan Agong.

Berdasarkan keadaan pandemik Covid-19 yang menular sekarang, kabinet dikatakan turut berbincang mengenai kemungkinan Tuanku mempertimbangkan cadangan menggantung Parlimen dan menjalankan ‘darurat pentadbiran’ selama 6 bulan sebelum pilihan raya umum diadakan.

Kehadiran Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Affendi Buang, dalam mesyuarat khas kabinet hari ini dikatakan bagi mendapat maklum balas mengenai kemungkinan darurat pentadbiran.

Ini menguatkan lagi andaian Tuanku Agong akan mempertimbangkan darurat sebagai satu langkah sementara menstabilkan politik negara.

Jika ini berlaku Tuanku Agong akan mengambil alih pentadbiran negara dengan nasihat kabinet darurat.Ia boleh jadi kabinet sedia ada atau kabinet baharu.

Pengisytiharan darurat ini membolehkan kerajaan melakukan perbelanjaan kecemasan tanpa perlu kelulusan Parlimen.

Kerajaan sedia ada dikatakan percaya Belanjawan 2021 yang bakal dibentang November ini tidak akan lulus akibat kekurangan sokongan majoriti.

Dalam masa yang sama darurat politik ini tidak membabitkan pemerintahan Angkatan Tentera Malaysia seperti darurat keselamatan. -SuaraTV

Bagaimana Screening dan Saringan Sample ujian COVID19 dibuat

Sekarang ramai masih belum sedar tentang kepentingan mematuhi arahan Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP) atau dalam bahasa Inggeris disebut MRO (Movement Restriction Order) ekoran masalah wabak pendemik Covid -19 Novel Coronavirus atau nCovic Covid19. Rakyat dipinta tampil untuk melakukan Saringan sample ujian covid 19 sekiranya mempunyai simptom atau jika pernah mempunyai sejarah berjumpa dengan pembawa virus ini.

Di sini kami kongsikan tulisan Doktor dengan nama FB Falcon John Aren, boleh follow beliau untuk sebarang perkembangan dan hal ehwal bidang kedoktoran.

Jom kita baca kupasan beliau yang disertakan infografik berkenaan teknik swab (ujian saringan)

===========================

Screening & Saringan Sample for COVID19… suatu kepentingan atau suatu beban kerja?????

Ada antara kita tidak faham, atau tak mahu faham.. bahawa Saringan / Screening itu menpunyai lapisan / peringkat yang tertentu… (ala macam amik lesen moto la.. lesen B2 test dia lain, lesen Bfull test dia lain…)

Bila kita ‘terdedah’ kepada jangkitan COVID ni yang merebak secara ‘droplet’ jadinya kita kena tunggu tempoh inkubasi (eraman) atau senang kalau buah tu kira ‘matang / masak’ utk kita makan… baru la kita akan dapat tanda atau simptom.. tapi kalau nak pastikan kita ‘ada’ secara standardnya kena la ‘swab’ atau jolok hidung kalau kita ini menjadi ‘suspek’ ataupun sebagai orang yang ‘disiasat’ utk mendapat jangkitan tersebut…

Kat sini saya nak cerita sedikit pasal jolok tekak (oropharangeal) ataupun jolok hidung (nasopharangeal) swab.. supaya korang semua duduk rumah!!! Ko ingat tak sakit? Dan selesa ke? Baik orang yang kena, dan orang yang ‘mengenakan’ sama-sama terseksa dan penat…

Berkenaan dengan saringan, kalau kita ikut model negara jiran (Indonesia) mungkin boleh jer takyah swab.. kita biar jelah.. ataupun kita nak buat model korea.. (swab semua) bak kata orang mencegah lebih baik dari merawat…

Isu, selain daripada penggunaan PPE yang byk, korea buat ‘booth’ utk swab penduduk mereka.. dan semua penduduk diorg sangat berdisplin dan patut.. cuma teknik swab ini kenalah diketahu dan difahami bersama… supaya kerja berjalan lancar, bersistematik dan selamat.

P/S: korang bayangkan kalau korang kena swab mmg menangis tak berlagu, especially kalau 2nd swab tu kena jolok lagi dalam dan lagi jauh…

#BeenThereDoneThat
#KamiSemuaSepakat

Saringan sample ujian covid19

Saringan sample ujian covid19