Pendaftaran Kursus Asas Gunting Rambut Muslimah

Assalamualaikum wbt. Dah lama kami tak update blog ini, dah naik bersawang. Admin sibuk dengan pelbagai aktiviti dan rutin harian. Alhamdulillah, hari ni diberikan kesempatan oleh Allah swt untuk update dan berkongsi info tentang satu “Kursus Asas Gunting Rambut Muslimah”, anjuran Waqaf An-Nur Corporation Berhad.

Info ini kami dapat daripada kenalan kami, In Shaa Allah semoga membawa manfaat.

===================================================

Kursus Asas Gunting Rambut Muslimah

Lokasi di Pusat Waqaf Komuniti anjuran Waqaf An-Nur Corporation Berhad

😢 Pendapatan terjejas kerana Covid-19?
😢 Sukar dapatkan kerja baharu?
😢 Tiada modal untuk tambah kemahiran?

Tingkatkan kemahiran dan peluang jana pendapatan melalui Kursus Asas Gunting Rambut Muslimah di Pusat Waqaf Komuniti anjuran Waqaf An-Nur Corporation Berhad.

Maklumat program :
✅Tarikh : 18 Disember 2021 (Sabtu)
✅Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang
✅Tempoh Latihan : 1 Hari
✅Yuran : RM50.00 (Tajaan yuran penyertaan bagi mereka yang layak)
✅Modul : Gunting Rambut Asas (Straight Cut)
✅Lokasi : Pusat Perdagangan Kempas, Johor Bahru

Daftar segera di : https://bit.ly/3mSUgtM atau imbas kod QR selewat-lewatnya pada 14 Disember 2021.
Tempat adalah terhad!

Setiap peserta akan menerima kit asas dan sijil penyertaan. Makanan dan minuman juga akan disediakan.

Hubungi 07-2972512 atau 018-9899300 untuk maklumat lanjut

Durian ioi RM6 sekilo

Jangan tak percaya dengan RM6/kg anda boleh memiliki durian ioi atau tembaga D13 (Udang Merah Johor) di Parit Bunga, Tangkak, Johor. Tapi betul ke ini layak sebagai durian tempoyak je?

Dalam video ini kami kongsikan video susana sebenar di lokasi tempat kami berniaga, #DurianSyoknyaUmmi. Tiada sebarang lakonan, mahupun edit untuk menambah perisa.

Untuk viewer, para penonton yang kami kasihi sekalian, tiada niat kami untuk provokasi, atau menjadi penyebab anda bertelagah dalam media sosial ini. Content ini kami buat bertujuan mempromosikan bisnes kami.

Mungkin buah cai (reject / busuk) pada anda layak dibuang ke tong sampah atau patut diberikan percuma. Tapi terimalah hakikat hampir kesemuanya berbayar pada zaman milenia ini.

durian tempoyak

Mungkin sampah pada anda, tapi ada yang mengharapkan buah cai untuk makanan anak-anak yang kepingin durian, tapi si bapa kurang mampu.

Hatta kencing di tandas awam atau mandi di pancuran swasta di pusat peranginan pun dikenakan bayaran.

Apatah lagi untuk durian reject ini yang asalnya  durian elok untuk menampung kos baja, racun, pekerja ladang, pengangkutan, bayar hutang dan juga belanja isi rumah.

Pekebun durian tiada pilihan jika hampir sebakul dua penuh duriannya busuk, yqng sepatutnya bernilai sekurang-kurangnya 3- 4 ratus atau lebih.

Buah reject ini bukannya 100% rosak, bahkan ada yang hampir 80-90% masih elok. Lebih mengujakan ia adalah buah kahwin atau ioi, tembaga yang bernilai  menececah 5 kali ganda jika tidak busuk.

Janganlah mengeji jika tidak mampu memberi atau menyumbang. Diam kan lebih baik, seperti yang diajarkan Nabi saw.

=================================

peta lokasi kami https://maps.app.goo.gl/gWVrs1v6SLKS8jEZ6

Sila like page kami untuk sebarang perkembangan dan info:

https://www.facebook.com/Durian-Syoknya-Ummi-103418518080277/❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Untuk tempahan samada belian runcit (walk in), cod (penghantaran) atau pun beli durian borong, sila whatsapp atau hubungi +6011-5896 1229.

Kami juga membekalkan tempoyak mentah dan juga durian tempoyak (durian reject) untuk perusahaan tempoyak. Boleh juga dapatkan tempoyak yang siap diproses, iaitu produk kami sendiri, Tempoyak Durian Syoknya Ummi. sila klik untuk membeli .

#DurianBorong #Durianioi

Pembekal tempoyak Muar

Kami merupakan pengusaha dan pembekal tempoyak Muar Tangkak, Johor. Sebagai pembekal tempoyak asli Muar yang diusahakan secara homemade tanpa menggunakan mesin canggih, kami berusaha untuk membekalkan tempoyak asli berkualiti, tanpa campuran bahan lain. Sebelum ini kami telah kongsikan info resepi cara buat tempoyak asli.

pembekal tempoyak muslim Muar Tangkak Johor

Untuk makluman anda semua, tempoyak kami menggunakan campuran jenis klon durian. Daripada durian kampung, durian kahwin seperti D24, Kasap Merah, dan juga tembaga D13 (udang merah Johor), ioi, Kim Hong dan pelbagai jenis campuran durian lain.

Namun begitu, kami ingin tekankan bahawa tempoyak durian kami menggunakan 100% isi pes durian (paste @ puree), tanpa campuran garam, gula mahupun pewarna. Ini bagai mengekalkan keaslian rasa semulajadi durian tanpa anasir luar. Ia juga untuk mengelakkan kesan negatif buat pengidap kencing manis atau pesakit darah tinggi.

Ini sama sekali bagi menjaga kualiti rasa durian tanpa menipu lidah, disebabkan sesetengah pengusaha tempoyak mencampurkan pisang dalam ramuan tempoyak mereka bagi memberikan kuantiti (muai) untuk medapatkan lebih keuntungan.

Harga bagi 1/2 kg adalah RM25 RM16.00, manakala 1kg bersamaan RM50.00 RM 30.00 sahaja.

In Shaa Allah kami pos ke seluruh Malaysia. Bagi pembelian borong untuk kuantiti yang banyak , samada bagi penggunaan restoran tempoyak ikan patin, mahupun produk sambal tempoyak petai, sila hubungi kami pada talian 011-5896 1229 atau whatsapp kami www.wasap.my/601158961229/borong.tempoyak

Kami juga mencari para ejen dan juga stokis yang ingin menjana pendapatan sampingan, apatah lagi pada zaman kegawatan ekonomi akibat pandemik covid 19 ini. In Shaa Allah, kita berusaha, Dia jua yang Maha Pemberi. Kita serahkan padaNya selepas kita berusaha. Yang penting yakin dan tawakal pada rezeki Allah swt.

Sila hubungi no di atas untuk keterangan lanjut. Sila wsap kami untuk lebih efisyen. Kami akan balas mesej anda secepat mungkin, In Shaa Allah.

Related searches:

pembekal tempoyak Muar Tangkak, pembekal tempoyak asli 100% tanpa campuran pisang,tempoyak shopee, homemade tempoyak, tempoyak resepi, tempoyak recipes, tempoyak durian recipe, apa itu tempoyak,
tempoyak ikan patin, rasa tempoyak, tempoyak shopee,