Doktor pakar ini kongsikan petua elakkan risiko serangan jantung

Untuk post kali ini, kami kongsikan petua elakkan risiko serangan jantung, petua yang dikongsi oleh Dr. Hamid Arshat, seorang doktor pakar perbidanan yang dikenali ramai.  Semoga tips yang diberi boleh menyelamatkan seorang isteri daripada bergelar janda terlalu cepat, atau anak-anak menjadi yatim pada usia yang masih muda kerana kehilangan bapa akibat sakit jantung. ================================Petua elakkan risiko serangan jantung

PETUA2 INI MUNGKIN BOLEH BANTU KURANGKAN SAKIT SERANGAN JANTUNG.

Dua orang muda anak2 kawan lama saya dalam lingkungan umur 40an telah meninggal secara mengejut. Biasanya punca utama ialah penyakit serangan jantung atau heart attack. Serangan angin akhmar atau stroke juga bolih menyebabkan kematian mengejut tapi lebih sering menimpa golongan warga emas.

Mengapa serangan jantung?
Bermula sebagai atherosclerotic, iaitu timbunan cholesterol pada dinding saluran darah kepada jantung. Peroses ini berlaku perlahan2 dan berterusan sehingga ia menyumbatkan semua saluran2 darah kejantung.

Bila sumbat, bekalan oksijen ke jantung tersekat dan menyebabkan kerosakkan otat Jantung digelar “myocardial infarct”. Jantung berhenti mengepam darah dan bekalan oksijen keseluruh badan tersekat. Kematian berlaku bila tiada oksijen ke otak.
Mari kita berusaha menjauhkan;

  1. Kawal berat badan , jangan jadi gemok atau obesity.
  2. Kawal makan, khususnya karbohaidret, gula dan lemak.
  3. Amalkan exercise 30 minit setiap hari.
  4. Buat ujian darah ” comprehensive blood profile” untuk mengesan kelainan dalam berbagai ukuran biokimia badan sebelum jadi penyakit, khususnya tahap gula, cholesterol dan lain2 fungsi organ penting saperti buah pinggang , hati, jantung dan Lain2. Bila capai umur 40an buat ujian tersebut dua tahun sekali, dan buat setiap tahun bila umur 50 tahun keatas.
  5. Amalkan makan Multivitamins dan vit C, antioxidants, supplements yang mengandungi resvereterol saperti biji anggur.
  6. Banyakkan makan sayur2 hijau dan buah2 berwarna warni.
  7. Makan makanan yang anti inflammatory, kunyit, halia, bawang dan lain2 dan bolih bantu cegah atherosclerosis.
  8. Makan ubat penawar sakit bila perlu saperti sakit kepala. Selain dari meredakan sakit dan mengawal demam, ubat2 saperti panadol, aspirin dll ada kesan pencair darah dan bolih bantu cegah atherosclerosis.
  9. Cukup rehat dan cukup tidur. Badan dan minda kita berhak untuk berehat. Tidur selama 5 – 7 setiap hari.
  10. KAWAL STRESS DAN EMOSI. Tersangat penting. Banyakkan sabar, beristigfar, banyakkan bersyukur Alhamdulillah. Kawal marah, dendam dan jangan berletir. Jangan bersungut dan suka complain. Jangan murong, ceria selalu.

Saya bukan pakar sakit jantung, hanya ingin berkongsi muklumat yang munkin beri menfaat. Wallahuaalam.

Petua elakkan risiko serangan jantung

Facebook Comments

2 thoughts on “Doktor pakar ini kongsikan petua elakkan risiko serangan jantung”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

21