ABC sedap di Muar CONTEST

Kebelakangan ini, ramai yang hadir ke blog ini mencari-cari ABC sedap di muar dan juga Cendol Sedap di Muar. Selain kami (cendol Syoknya Ummi), terdapat beberapa nama hebat di Muar yang menyajikan hidangan cendol sedap dan ABC sedap di Muar.

ABC sedap di muar cendol sedap di muar ais kacang ice

Antara nama-nama hebat cendol popular di Muar adalah seperti Cendol Selabu di Bukit Pasir, Cendol Kampung Hulu Melaka cawangan Muar (lokasi di Muar backlane district), Cendol De Raja (lokasi berdekatan Sekolah Tinggi Muar), Cendol jalan Sisi Muar, Cendol tepi Polis Trafik (lokasi sudah berpindah juga berdekatan Sekolah Tinggi Muar), ABC Parit Keroma, Cendol Parit Jawa, gerai cendol berhampiran Stadium Muar / Kedai rempah Sernan dan banyak lagi. Sila tuliskan di ruangan komen sekiranya ada cendol sedap di Muar yang kami tertinggal.

cendol sedap di muar abc sedap di muar ais kacang

Sehubungan pelancaran menu cendol terbaru kami, kami membuka ruangan contest pertandingan “Beri Nama Menu Cendol” untuk cendol dan ABC kami. Berikut adalah syarat-syarat pertandingan:

  1. Share post ini ke wall anda (set public)
  2. Beri nama Cendol (A,B,C,D,E) dan ABC (F,G) ikut suka anda (pastikan tiada unsur negatif / lucah), tuliskan di ruangan komen di bawah. 
  3. Penyertaan tiada had.
  4. Tarikh tutup 8hb November 2020, jam 11.59 malam.

ais kacang ice kacang

HADIAH:

  • Pertama : RM 200
  • Kedua :    RM 100
  • Ketiga:     RM 50
  • SHARE PALING BANYAK LIKE: RM100.00

====================================

BONUS: Kepada pemilik blog, sila tuliskan artikel berkenaan menu baru Cendol Syoknya Ummi (berdasarkan gambar di atas, sila highlight “ABC sedap di Muar”). Tulisan blogger bertuah akan menerima RM100.

====================================

Pemenang akan diadili berdasarkan kretiviti dan nama yang unik yang menarik hati para juri dan admin. Keunikan nama yang diisytihar pemenang adalah subjektif, ia berdasarkan pengadilan dari kacamata pengadil. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.

Anda juga dialu-alukan untuk memberikan cadangan harga yang sesuai bagi setiap jenis mangkuk cendol dan ABC terbaru kami ini.

==================================

Terdapat dua variasi iaitu mangkuk biasa dan juga mangkuk besar gedabak (yang ni memang menjadi bahan mengenakan rakan-rakan yang kali pertama makan). Lepas mangkuk besar sampai, mereka akan gelak terbahak-bahak sebab memang terlalu besar cendol mangkuk besar kami.

Bagi anda yang belum pernah mencuba Cendol Syoknya Ummi yang terletak di Parit Bunga, Muar, kami mengalu-alukan kedatangan anda semua.

Selain cendol dan ABC (ais kacang), terdapat juga menu coconut shake, homemade burger bakar, chicken chop, asam pedas Melaka, nasi ayam penyet, keropok lekor, pisang goreng cheese dan banyak lagi.

Apa tunggu lagi, jom order.

Khidmat katering cendol Muar I cendol untuk majlis kahwin Muar

cendol untuk majlis kahwin Muar. katering cendol Muar. Alhamdulillah, tempohari kami selesai menjalankan tugas sebagai caterer untuk cendol catering di Tanjung Agas Muar Tangkak.

katering cendol Muar

Tahniah untuk Puan Aishah dan Dr. Helmy yang telah selamat diijab kabul sebagai pasangan suami isteri. Kami ucapkan semoga berbahagia kekal abadi hingga ke jannah.

Terima kasih tak terhingga kerana sudi menggunakan khidmat Cendol catering Syoknya Ummi, #CendolCateringSyoknyaUmmi sebagai penyeri majlis.

Alhamdulillah semuanya berjaya terlaksana dalam cuaca yang tidak berapa panas. Syukur cuaca baik pada hari tersebut walaupun hujan mulanya ketika pagi.

cendol untuk majlis kahwin Muar

Pada anda yang berhajat untuk mendapatkan khidmat Cendol catering kami, lawati page ini untuk senarai harga pakej katering cendol untuk majlis perkahwinan.

Cendol untuk majlis perkahwinan Katering Cendol Syoknya Ummi

Cendol untuk majlis perkahwinan Muar Melaka Tangkak. #CateringCendolSyoknyaUmmi

Cendol untuk majlis perkahwinan

Bismillah.. Dengan ini, kami secara rasminya melancarkan pakej klik sini>> Katering cendol Syoknya Ummi. Pakej yang kami tawarkan merangkumi pakej cendol catering untuk pelbagai majlis.

>>> www.wasap.my/601158861229.tempah.cendol.kahwin

Kami bersedia memberikan khidmat katering cendol sekiranya anda mencari idea dessert samada untuk majlis perkahwinan, pertunangan, aqiqah, majlis kenduri kendara, doa selamat, majlis doa kesyukuran, majlis tahlil, majlis potong jambul dan pelbagai acara yang bersesuaian.

Kami juga bersedia bekerjasama untuk mana-mana persatuan sekolah untuk aktiviti tahunan hari kantin. Biasanya kami akan menghantar makanan samada burger dan coconut shake atau cendol. Tiada risiko yang perlu pihak persatuan tanggung kerana kami sedia bertanggungjawab sekiranya makanan dan minuman tidak habis pada jualan hari kantin.

cendol untuk majlis perkahwinan

gambar cendol isi durian

Untuk pakej majlis perkahwinan, kebiasaannya kami menyediakan gerai “stall cendol” beserta pelayan yang akan menceduk cendol siap sedia untuk para tetamu. Cendol akan dihidang sepanjang jamuan berlangsung sehingga selesai majlis.

Untuk pakej bajet, terdapat juga pakej serendah rm150 (layan diri) untuk sebalang cendol. Bagi pakej ini, kami sediakan balang siap dibancuh cendol, gula dan ais. Tetamu akan menyedok sendiri cendol mengikut jumlah yang dikehendaki.

Cendol untuk majlis perkahwinan

 

Kami juga membekalkan cendol mentah bagi kawasan Muar, Melaka dan Tangkak.

Tempahan cendol majlis perkahwinan

Selain itu, sekiranya anda berminat untuk memulakan perniagaan cendol, kami memberikan pakej “ala-frachise” atau kursus A-Z untuk memulakan perniagaan cendol yang mantap dan tiptop, daripada langkah asas menyediakan bahan mentah, sehinggalah strategi perniagaan, pemasaran dan branding penjenamaan.

In Shaa Allah, jika anda mencari cendol sedap di Muar, boleh cuba cendol kami di warung #CendolDurianSyoknyaUmmi, terletak di Parit Bunga, Muar, Johor. Lokasi kami hanya 7km dari Bandar Muar, Bandar Maharani Bandar Diraja, dan 20km dari bandar Tangkak.

Cendol majlis kahwin Muar

Gambar tempahan Cendol untuk majlis perkahwinan di SK Sultan Ismail Muar 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui contact us  di sini. atau sila gunakan pesanan whatsapp www.wasap.my/601158861229.tempah.cendol.kahwin

 

related searches:

Cendol untuk majlis perkahwinan, cendol untuk majlis perkahwinan muar, tempahan cendol muar, tempahan cendol untuk majlis perkahwinan, tempahan cendol untuk kenduri, pakej katering cendol, pakej katering cendol muar

 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...