ABC sedap di Muar CONTEST

Kebelakangan ini, ramai yang hadir ke blog ini mencari-cari ABC sedap di muar dan juga Cendol Sedap di Muar. Selain kami (cendol Syoknya Ummi), terdapat beberapa nama hebat di Muar yang menyajikan hidangan cendol sedap dan ABC sedap di Muar.

ABC sedap di muar cendol sedap di muar ais kacang ice

Antara nama-nama hebat cendol popular di Muar adalah seperti Cendol Selabu di Bukit Pasir, Cendol Kampung Hulu Melaka cawangan Muar (lokasi di Muar backlane district), Cendol De Raja (lokasi berdekatan Sekolah Tinggi Muar), Cendol jalan Sisi Muar, Cendol tepi Polis Trafik (lokasi sudah berpindah juga berdekatan Sekolah Tinggi Muar), ABC Parit Keroma, Cendol Parit Jawa, gerai cendol berhampiran Stadium Muar / Kedai rempah Sernan dan banyak lagi. Sila tuliskan di ruangan komen sekiranya ada cendol sedap di Muar yang kami tertinggal.

cendol sedap di muar abc muar ais kacang abc tangkak

Sehubungan pelancaran menu cendol terbaru kami, kami membuka ruangan contest pertandingan “Beri Nama Menu Cendol” untuk cendol dan ABC kami. Berikut adalah syarat-syarat pertandingan:

  1. Like Page Cendol Durian Syoknya Ummi.
  2. Share post ini ke wall anda (set public)
  3. Beri nama Cendol (A,B,C,D,E) dan ABC (F,G) ikut suka anda (pastikan tiada unsur negatif / lucah), tuliskan di ruangan komen di bawah. 
  4. Penyertaan tiada had.
  5. Tarikh tutup 10 hb Januari 2021, jam 11.59 malam.

ais kacang ice kacang

HADIAH Beri nama:

  • Pertama : RM 200
  • Kedua :    RM 100
  • Ketiga:     RM 50

Hadiah SHARE PALING BANYAK LIKE:

  1. RM100.00
  2. RM  75.00
  3. RM  50.00

====================================

BONUS: Kepada pemilik blog, sila tuliskan artikel berkenaan menu baru Cendol Syoknya Ummi (berdasarkan gambar di atas, sila highlight “ABC sedap di Muar”), dan berikan do follow link pada post ini. Tulisan blogger bertuah akan menerima RM100.

====================================

Pemenang akan diadili berdasarkan kretiviti dan nama yang unik yang menarik hati para juri dan admin. Keunikan nama yang diisytihar pemenang adalah subjektif, ia berdasarkan pengadilan dari kacamata pengadil. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.

Anda juga dialu-alukan untuk memberikan cadangan harga yang sesuai bagi setiap jenis mangkuk cendol dan ABC terbaru kami ini.

==================================

Terdapat dua variasi iaitu mangkuk biasa dan juga mangkuk besar gedabak (yang ni memang menjadi bahan mengenakan rakan-rakan yang kali pertama makan). Lepas mangkuk besar sampai, mereka akan gelak terbahak-bahak sebab memang terlalu besar cendol mangkuk besar kami.

Bagi anda yang belum pernah mencuba Cendol Syoknya Ummi yang terletak di Parit Bunga, Muar, kami mengalu-alukan kedatangan anda semua.

Selain cendol dan ABC (ais kacang), terdapat juga menu coconut shake, homemade burger bakar, chicken chop, asam pedas Melaka, nasi ayam penyet, keropok lekor, pisang goreng cheese dan banyak lagi.

Apa tunggu lagi, jom order.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...