COD makanan Muar – Cendol Syoknya Ummi

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Semoga anda semua sihat di samping keluarga tersayang. Diharapkan agar anda dalam mood tenang-tenang di sisi keluarga tersayang. Jika hati panas, minumlah Cendol Syoknya Ummi, mungkin anda boleh menikmati cendol sedap di Muar supaya sejuk sikit hati dan amarah akibat terlalu lama terperap di rumah musim PKP Covid 19. Mungkin boleh cuba servis  cod makanan Muar daripada kami.

UPDATE 17.10.2020: post ini dibuat ketika PKP bulan April 2020, sila klik sini untuk cod penghantaran makanan Muar
======================================

Untuk pengetahuan anda, #CendolSyoknyaUmmi terletak di Parit Bunga Muar Tangkak. Semasa musim PKP ini, kami menawarkan cod makanan semasa pkp, tempahan penghantaran tanpa minimum order. Cuma ada sedikit cas penat dan petrol untuk rider. Rider kata penat wooo 3-4 jam atas jalan….  “ke sana, ke sini, ke sana ke sini” sila rap ikut melodi lagu remix Tan Sri Muhyiddin Yassin- (kalau tak tahu, boleh tanya budak tik tok).
sila klik sini untuk cod penghantaran makanan Muar
Untuk pengetahuan anda, #CendolSyoknyaUmmi terletak di Parit Bunga Muar Tangkak. Semasa musim PKP ini, kami menawarkan cod makanan semasa pkp, tempahan penghantaran tanpa minimum order. Cuma ada sedikit cas penat dan petrol untuk rider. Rider kata penat wooo 3-4 jam atas jalan….  .Cendol sedap di muar cod makanan muar

Ok, berbalik kepada matlamat utama post ini, di sini kami sertakan waktu penghantaran mengikut zon kawasan (menu dan harga pada bawah sekali). Sila klik kod whatsapp mengikut kawasan anda. Sekiranya anda terlepas, bolehlah membuat tempahan (order) untuk keesokan hari.

*************************************

COD 12pm Rawang, Sg.Mati, Serom. Bkt.Kangkasr Cas rm2 (dan seterusnya, ikut kawasan) https://www.wasap.my/601158961229/cod.rawang.sg.mati

================================

COD 2pm Area bandar Muar. Cas rm3 (dan seterusnya, ikut kawasan) https://www.wasap.my/601158961229/cod.Muo

================================

COD 5pm Tg. Agas, Parit Bunga, Tg. Gading. Free delivery. https://www.wasap.my/601158961229/cod.tg.agas.gading

================================

COD 6pm Kesang. Free delivery. https://www.wasap.my/601158961229/cod.6pm.Kesang

================================

Cendol musang king

Harga Cendol:

  • Biasa……………………………. rm 2.00
  • Oreo ……………………………. rm 3.00
  • Jagung…………………………. rm 2.50
  • Kacang………………………… rm 2.50
  • Pulut …………………………… rm 2.50
  • Cendol Durian ……………. rm 6.00
  • Cendol Durian special .. rm 7.00 (durian + kacang + pulut)
  • Durian Tembaga…………. rm 10.00
  • Cendol Musang King.. .. rm 25.00
  • Coconut Shake …………… rm 2.50
  • Pembekal durian musang king frozen
  • Box durian musang king .. rm 39.00

Jus nanas md2 homemade

  • Homemade Jus nanas MD2 rm6.00 (400ml)

Pembeksl nanas md2 nenas muar

  • Buah nanas MD2 ………. rm8 – rm11 sebiji (bergantung kepada saiz)

=============================

Asam pedas muar sedap

Selain Cod cendol, kami juga mempunyai menu cod makanan Muar untuk asam pedas, chicken chop, coconut shake, lamb chop, homemade burger bakar, ayam penyet, dll. Wasap kami untuk menu penuh,  https://www.wasap.my/601158961229/menu.cnd atau sila layari blog post kami yang ini (klik sini).

Untuk bulan puasa ini, dengan ketiadaan bazar Ramadan, kami akan meneruskan servis penghantaran makanan ini khusus untuk penduduk sekitar kami. IN Shaa Allah kami akan menghidangkan menu ayam panggang (ayam golek) dan juga kambing bakar.

Searches related to cod makanan muar
muar food runner, cod makanan tangkak, makanan delivery muar, food delivery pagoh, foody food muar, food panda muar, halo food delivery muar, grocery delivery muar, cod makanan semasa pkp, cendol viral muar

Lokasi port makan durian halal dan toiyiban di Muar Tangkak & cendol durian

Di Muar, Johor (disebut  Muo dalam loghat tempatan) ada port makan buah durian fresh sambil layan cendol. Di sini juga ada tempat makan durian musang king di malaysia. Kalau sebelum ni, ramai yang mencari buah durian murah di Muar. Tapi sebenanya, harga masing-masing yang dijual tak banyak perbezaan ketara. Cuma perbezaan ketara masa nak makan durian, terutama bila bawa famili ramai-ramai konvoi 3-4 biji kereta.

Masa tu baru perasan kemudahan asas yang tak lengkap seperti tempat basuh tangan, panas takde kipas…. anak kecil dah mula merengek berjurai peluh, kena pula makan mencangkung tepi jalan, anak nombor 2 plak tetiba nak terkencing. Adoiiiii macam-macam songel la pula.

Tu belum kira ada anjing berkeliaran, percampuran makanan tidak halal dengan peralatan mengupas dan membungkus durian serta banyak lagi.

Durian murah Muar Tangkak 2019

Tempat makan Muar

Durian udang merah Muar Tangkak

Atas dasar itu, kami terpanggil menyahut fardhu kifayah, menyediakan tempat makan durian yang suci daripada najis mughalazah. Jadi, apa kata kalau datang Muar  / Tangkak, Johor, sila singgah tempat kami di warung #CendolDurianSyoknyaUmmi , bertempat di Parit Bunga, 7km dari bandar Muar.

Bukan apa, selain buah durian segar dan frozen, tempat kami ada jual cendol biasa dan #CendolMusangKing (nanti bagitau kami, boleh tak kami tersenarai sebagai cendol sedap di Muar). Nak tambah boleh, nak makan sorang2 boleh (sebab anak bini tak suka durian) atau nak belanja bapa mertua pun boleh.

Warung kami #CendolSyoknyaUmmi a.k.a. #CendolMangkukBesar 100% milik Muslim bumiputera. Bila lagi nak support bisnes Muslim untuk majukan ummah.

Ingat, kalau seorang peniaga Muslim itu kaya, maka lebih banyak tabung-tabung masjid, tahfiz dan anak yatim dapat dipenuhkan. Bukan itu sahaja, pelbagai jenis zakat (zakat perniagaan, zakat pendapatan, zakat wang simpanan dll)  dapat disumbang untuk memajukan ekonomi umat Islam.

Membeli produk atau servis umat Islam merupakan salah satu jihad kita, tak semestinya masuk perang fi Sabilillah. Kami bukan suruh boikot bisnes non Muslim. Jika mereka offer barang yang lebih baik atau peniaga Muslim tiada stok, silakan.

Waktu operasi..
Cendol 12-6.30pm .
Gerai durian 11am-11pm (tutup awal kalau buah abis)

Kelebihan makan di tempat kami sekiranya terdapat buah durian tak elok, kami berbesar hati untuk menggantikan samada buah yang baru atau pangsa yang rosak. Bayar durian mahal-mahal biar puas hati, jangan ada dendam sebab buah rosak tak boleh tukar.

Selain itu, pakej yang ditawar adalah kemudahan tempat duduk untuk makan siap dengan tap air untuk membasuh tangan, kipas industri, air sejuk percuma, dan anda juga boleh memesan cendol serta burger bakar, sila rujuk menu penuh di sini.

  • #TakBaikBolehTukar
  • #MakanBiarPuasHati #CendolMusangKingRM15
  • #AdaKerusiMeja
  • #AdaPaipBasuhTangan
  • #AdaTandas
  • #PortMakanDurianMuslim
  • #SupportBisnesMuslim

Jemput singgah. Untuk pertnyaan, sila wsap www.wasap.my/601158961229/b.port.durian.dan.cendol.lokasi

Sila klik peta berikut untuk lokasi port makan buah durian Muar halal dan Cendol durian Syoknya Ummi:

Related searches:
tempat makan durian musang king di malaysia, tempat makan durian musang king di muar, tempat makan durian musang king di johor, tempat makan durian musang king di melaka