Anak benih pokok durian Kim Hong D198

Anak benih pokok durian Kim Hong dengan no klon D198 ini merupakan buah durian yang mempunyai peminatnya yang tersendiri (digemari oleh kebanyakan peminat dan otai durian). Namun begitu, ia tidak popular jika dibandingkan dengan durian musang king, durian duri hitam, Durian ioi, mahupun durian D24 yang lebih popular.

Anak benih pokok durian kim hong d198

Anak benih pokok durian kim hong d198
Buah durian klon him hong mempunyai saiz purata yang agak kecil. Buahnya berbentuk bulat dan sekata, berwarna hijau kekuningan dan mempunyai duri yang halus tajam.

Dari segi rasa, isinya sangat lemak manis dan sedikit pahit. Mempunyai warna kuning pucat / krim. Biasanya, keseluruhan biji kesep dan tidak boleh dibuat benih.

Saiz purata buah hanya sekitar 1-2kg, manakala bentuk bulat sekata serta isi memenuhi setiap pangsa menjadikan durian Kim Hong berbaloi pada setiap buah. Apatah lagi dengan biji yang kesep, memaksimumkan kuantiti isinya (pulp) .

Jom tonton video berikut yang telah kami rakamkan untuk gambaran lebih jelas ciri-ciri buah dan anak benih durian Kim Hong D198.

Sedikit info dan fakta ciri-ciri klon buah durian Kim Hong, D198:

Klon Kim Hong telah didaftarkan pada bulan Mac 2013 oleh Tan Sue Seng yang beralamat Lot 7424, Batu 1¼, Jalan Kangkar Senangar, Parit Sulong, 83500 Batu Pahat, Johor. Ciri-cirinya pula adalah:

  • Isi tebal
  • Biji Kesep,
  • Warna isi kuning pucat atau krim.
  • warna biji coklat pucat,
  • Ketebalan kulit buah adalah sederhana (9.24mm).
  • Bentuk kudup bunga sebelum kembang: eliptik.
  • Bentuk daun: eliptik.

Sumber – Pertanian P. Pinang

 

Sekiranya berminat dengan anak benih Kim Hong,  boleh hubungi kami,  www.wasap.my/601158961229b.kim.hong