Benih durian Duri Hitam Malaysia online

Pada entri terdahulu, kami telah kongsikan tentang ciri-ciri dan keistimewaan durian Monthong yang sedang viral,  menjadi kegilaan dan dicari oleh penggemar durian. Kali ini, kami sajikan pula durian ochee @ orchi @ durian duri hitam (DH) @ durian black thorn (BT) @ D200. Benih durian duri hitam Malaysia Online. Ya,  kami hantar secara online ke seluruh Malaysia. Sila lihat contoh testimoni benih pokok duri hitam, benih pokok montong dsb yang berjaya sampai kepada para pelanggan di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia >> KLIK SINI>

Anak Benih pokok durian duri hitam online

Benih durian duri hitam tinggi 3 kaki:
==========================
Semenanjung RM90 x 2pokok + pos, klik sini untuk beli

——————————————
Sarawak  RM90 x 2pokok + pos, klik sini untuk beli

——————————————-

 

Benih Durian Duri Hitam Malaysia

Sebelum kita bercerita lebih lanjut tentang Benih durian Duri Hitam Muar, mari kita perhatikan dan kaji ciri utama Durian duri hitam. Ochee @ durian black thorn mempunyai ciri utama hujung duri yang berwarna hitam, menjadi tanda utama untuk mengenal buah durian duri hitam. Tanda lain pula adalah tompokan sebesar hujung ibu jari di bahagian bawah buah durian duri hitam, sila tonton video ini untuk paparan lebih jelas:

 

>>> Baca juga benih Musang King Malaysia online

Isi Duri Hitam digilai kerana sangat lemak, tebal dan berwarna oren pekat serta amat luar biasa keenakannya, hinggakan sesetengah peminat lebih memilih rasa Ochee berbanding Musang King.

Benih durian duri hitam Malaysia online

Durian duri Hitam berharga sekitar RM35 hingga RM40 sekilogram, bergantung kepada keadaan pasaran, (setanding harga pasaran musang king).

Update 01/10/2019:

Harga yang dicatatkan sepanjang kami berniaga buah durian pada Mei-Ogos 2020 adalah sekitar RM60- RM100 sekilo, mengatasi harga durian musang king iaitu sekadar rm45-60 per kg.

Klon ochee telah mula disebarkan di utara Malaysia  sejak tahun 80an dan mula menjadi masyhur semenjak tahun 2005. Durian Ochee berwarna kuning oren, dengan isi yang lemak lembut tanpa urat dengan haruman yang cukup aromatik.
Kekerapan berbunga 2 kali setahun dengan peratusan tinggi untuk menjadi buah. Ia antara klon durian yang terkategori berkualiti tinggi.

Pengusaha durian duri hitam perlu teliti kerana buah yang banyak pada satu-satu masa mengakibatkan dahan patah kerana kualiti buah durian ochee adalah 90% gred A.

Pokok durian duri hitam mula mengeluarkan hasil antara 4 – 5 tahun selepas ditanam dan diberi baja serta penjagaan yang rapi. Buah durian Ochee tahan lasak dengan perubahan cuaca berbeza dengan kebanyakan jenis durian lain yang agak sensitif.

Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan pada pokok ini iaitu ia mudah diserang penyakit dan memerlukan penjagaan yang teliti manakala dahannya agak rapuh serta mudah patah. Oleh itu, ia memerlukan kayu sokongan terutama ketika musim berbuah. Tanaman ini memerlukan pembajaan yang kerap.

Fakta menariknya adalah kadar kandungan isi ochee lebih tinggi berbanding Musangking walaupun Musang King lazimnya memiliki biji yang nipis. Tempoh permatangan pula adalah lebih kurang 120 hingga 125 hari.

Sekiranya anda ingin mendapatkan benih durian Duri Hitam Muar ini, boleh berkunjung ke tempat kami di Aqil Adli Agro, Parit Bunga, Tangkak Muar atau telefon / WhatsApp

www.wasap.my/601158961229/b.durihitam  untuk tempahan benih durian duri hitam online, penghantaran samada melalui pos laju atau bas ekspress atau COD.

 

Benih Durian Duri Hitam Malaysia

kredit : https://psv3.blogspot.my/p/halaman-pertanian.html

Facebook Comments

3 thoughts on “Benih durian Duri Hitam Malaysia online”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

21