Anak benih pokok durian Kim Hong D198

Anak benih pokok durian Kim Hong dengan no klon D198 ini merupakan buah durian yang mempunyai peminatnya yang tersendiri (digemari oleh kebanyakan peminat dan otai durian). Namun begitu, ia tidak popular jika dibandingkan dengan durian musang king, durian duri hitam, Durian ioi, mahupun durian D24 yang lebih popular.

Anak benih pokok durian kim hong d198

Anak benih pokok durian kim hong d198
Buah durian klon him hong mempunyai saiz purata yang agak kecil. Buahnya berbentuk bulat dan sekata, berwarna hijau kekuningan dan mempunyai duri yang halus tajam.

Dari segi rasa, isinya sangat lemak manis dan sedikit pahit. Mempunyai warna kuning pucat / krim. Biasanya, keseluruhan biji kesep dan tidak boleh dibuat benih.

Saiz purata buah hanya sekitar 1-2kg, manakala bentuk bulat sekata serta isi memenuhi setiap pangsa menjadikan durian Kim Hong berbaloi pada setiap buah. Apatah lagi dengan biji yang kesep, memaksimumkan kuantiti isinya (pulp) .

Jom tonton video berikut yang telah kami rakamkan untuk gambaran lebih jelas ciri-ciri buah dan anak benih durian Kim Hong D198.

Sedikit info dan fakta ciri-ciri klon buah durian Kim Hong, D198:

Klon Kim Hong telah didaftarkan pada bulan Mac 2013 oleh Tan Sue Seng yang beralamat Lot 7424, Batu 1¼, Jalan Kangkar Senangar, Parit Sulong, 83500 Batu Pahat, Johor. Ciri-cirinya pula adalah:

  • Isi tebal
  • Biji Kesep,
  • Warna isi kuning pucat atau krim.
  • warna biji coklat pucat,
  • Ketebalan kulit buah adalah sederhana (9.24mm).
  • Bentuk kudup bunga sebelum kembang: eliptik.
  • Bentuk daun: eliptik.

Sumber – Pertanian P. Pinang

 

Sekiranya berminat dengan anak benih Kim Hong,  boleh hubungi kami,  www.wasap.my/601158961229b.kim.hong

Beli benih pokok online Malaysia Sabah Sarawak

Jika anda ingin beli benih pokok online, kami di #AqilAdliAgro ada menawarkan benih pokok secara online dengan servis penghantaran.  Buat masa ini, benih pokok online kami lebih tertumpu kepada anak benih pokok buah-buahan. In Shaa Allah pada masa akan datang mungkin kami akan membekal benih pokok bunga secara online. Untuk makluman anda,  kami hanya pos ke seluruh Semenanjung Malaysia, dan Sarawak, dan tiada penghantaran ke luar negara.

Beli benih pokok online

Testimoni pelanggan yang membeli benih pokok epal bidara online

Alhamdulillah, semenjak kami beroperasi, benih pokok online yang dihantar melalui pos, sampai kepada para pelanggan dengan selamat dan segar.

Sekiranya terdapat masalah, samada anak benih online yang dihantar mati, layu, patah dan sebagainya, anda boleh terus hubungi kami beserta gambar bukti untuk rundingan samada gantian semula benih pokok yang baru atau refund pemulangan wang tunai.

Setakat ini, Alhamdulillah para pelanggan kami berpuas hati dengan benih-benih pokok yang dikirim. Di sini kami sertakan gambar screenshot perbualan whatsapp dan boleh lihat antara contoh testimoni pelanggan yang berpuas hati, sila  klik sini.

Antara benih pokok buah-buahan yang popular dan kerap kami terima tempahan dan dihantar melalui pos adalah seperti:

  • Benih pokok duriam musang king.
  • Benih pokok durian duri hitam.
  • Benih pokok durian monthong.
  • Benih pokok bidara epal
  • Benih pokok mulberry
  • Benih pokok longan ping pong
  • Benih pokok avocado
  • Benih pokok lemon
  • Benih pokok nangka madu
  • Benih pokok petai papan
  • Benih pokok delima
  • Anak benih pokok cempedak
  • ..dan banyak lagi.

Terdapat juga permintaan untuk benih pokok kelapa rendah (matag)  tetapi agak sukar untuk kami pos disebabkan ia memakan ruang yang agak besar dan kurang berbaloi daripada segi kos jika dihantar melalui pos. Belian baja dan anak benih pokok borong juga diatur samada menggunakan bas ekspress atau lori.

Senarai penuh pokok dan baja untuk beli benih pokok online, anda boleh lihat di sini, klik, dan whatsapp kami, www.wasap.my/60187791008/benih.pokok.online atau beli terus melalui shopping cart (klik).

In Shaa Allah kami akan menambah kapasiti benih-benih pokok kami daripada masa ke semasa, terutamanya anak benih pokok tin (fig) yang mempunyai permintaan tinggi dengan pelbagai jenis spesis dan variasi.