Punca kolesterol dan cara mengatasinya

Ramai yang tertanya-tanya dan masih mencari jawapan terhadap persoalan punca kolesterol dan cara mengatasinya. Ramai juga yang mencari jalan penyelesaian berbanding langkah mencegah kolesterol.

Ada beberapa faktor penyumbang utama mengapa kolesterol tinggi dalam darah kita. Salah satu punca utama adalah pengambilan gula dalam diet kita sehari-hari.

Baca juga Cara mengenal kolesterol tinggi

Mengikut Dr. Ju, Gula menyebabkan:-

  • Kencing manis
  • kolesterol meningkat dalam darah
  • -Kerosakan hati
  • -dan banyak lagi…

Jom saksikan video yang dirakam oleh doktor Siti Jauriah atau lebih mesra dengan panggilan dr. Jue. Marilah kita bertaubat daripada mengambil gula. Cegah sebelum parah.

Sesungguhnya, gula yang dimasukkan dalam makanan kita sehari-hari sebagai penyedap makanan, sebenarnya mempunyai effect atau kesan buruk yang amat dahsyat. Ngeri jika difikirkan. Seharusnya pihak KPM dan kerajaan perlu memberi penekanan lebih kepada anak-anak kecil ketika di peringkat awal persekolahan.

Pelbagai ilmu dan pendidikan tentang bahaya gula perlu ditekan sepanjang waktu agar tahap kesihatan umum menjadi lebih baik, seterusnya mengurangakan beban kepada pihak hospital dalam menangani isu kencingf manis yang berlambak saban tahun.

Carian berkaitan punca kolesterol dan cara mengatasinya,
10 makanan penurun kolesterol,
Ramuan tradisional untuk menurunkan kolesterol,
makanan penyebab kolesterol,
Buah penurun kolesterol paling Cepat,
obat kolesterol,
gejala kolesterol tinggi,
Jus penurun kolesterol dengan Cepat,
penyebab kolesterol
,

Runner area Muar cod delivery

Runner area Muar

Sebelum ini kami pernah menulis post berkenaan Runner service Muar yang dibuat oleh beberapa orang anak muda. Malangnya servis penghantaran mereka berkubur satu persatu dek kerana persaingan dengan rider makanan gergasi seperti foodgrab, foodpanda, Halo food dan pelbagai lagi. Kali ini kami nak update tentang Misi Rakyat, satu lagi provider atau penyedia servis penghantaran makanan di Malaysia. Ya, mereka juga ada di untuk servis Runner area Muar cod delivery penghantaran makanan..

Untuk cod kedai kami Cendol Durian Syoknya Ummi, klik misirakyat.com/ww55eh . Sila download apps berikut untuk cara mudah memesan menu yang ada (search Cendol Durian Syoknya Ummi selepas install apps) https://play.google.com/store/apps/details?id=com.misirakyat

Apa yang menarik tentang servis penghantaran makanan daripada MISI ini adalah perbezaan ketara daripada segi harga tersedia di dalam apps mereka, sama dengan harga menu asal vendor (restoran / warung / gerai / dapur rumah). Mereka tidak ‘mark up’ harga menu, hanya mengambil upah runner dan sedikit tax sahaja. Berbanding penyedia penghantar makan yang lain, yang mana makanan dalam apps mereka menjadi lebih mahal berbanding harga biasa.

Berita baik bagi vendor, samada anda mempunyai kedai ataupun hanya gerai kecil, atau pun bisnes dari dapur rumah sahaja, bolehlah mendaftar dengan MISI Rakyat ini. In Shaa Allah masalah anda akan selesai dari segi runner untuk cod. Anda tak perlu pening-pening kepala nak mencari rider, disebabkan order bukannya masuk bertalu-talu bagi sebahagian peniaga. Untuk gajikan seorang rider mungkin kurang berbaloi. Lebih baik berkolaborasi bersama MISI untuk servis runner food yang lebih efisyen. Selesai masalah.

Para rider juga boleh memohon sebagai rider untuk menjadikannya kerjaya sambilan, ataupun sebagai pekerjaan tetap. Lgi jauh anda “kayuh” lagi besar ganjaran yang anda dapat sebab berdasarkan perbualan dengan salah seorang rider, dia mengatakan kawasan Melaka pun dia boleh hantar, janji pelanggan sanggup bayar harga kos penghantaran.

Runner Muar cod, food runner muar, runner Muar, runner area Muar,

Auntie Cina bagi Tips cara ajar anak

Kali ini admin nak berkongsi satu kisah (auntie Cina bagi tips cara ajar anak) yang kami dapat melalui perkongsian whatsapp. Sumber di bawah tertulis nama Nurul Atika Moktar. Semoga ilmu yang dikongsi dapat memberi manfaat kepada kita semua dan semoga pahalanya terus mengalir kepada pn. Nurul Atika.

Tips cara ajar anak

Tadi pergi pasar dengan Adra, ada sorang aunty cina tu bagi tips cara ajar anak. Anak dia 2 org master. Sorang kerja kat China, sorang kat Hong Kong.

“Anak kecil lagi macam ni jangan paksa dia tengok buku. Telefon jangan bagi lama. You kena selalu tanya dia. Macam harini you pergi pasar. Bagitahu dia ini sayur apa, ini ikan apa. Sayur ini warna apa. Nanti balik bapak dia balik, suruh dia cerita sama bapak dia. Mak bawak pergi mana. Beli apa. Beli berapa. Warna apa. Bagi anak you recall, bagi dia boleh cerita semua details.”

“Dekat rumah, jangan ajar anak masa you berdiri. You tinggi, dia rendah, nanti dia rasa ada jarak. You duduk sama dia, baru dia rasa senang dengan you.

Jangan selalu ajar ajar ajar dia. Nanti dia rasa tekanan. Ajar 10 minit, kasi dia main. Nanti dia sudah main happy2, you panggil dia “lai” sini mama mau tanya. “Bila bagi anak barang / makanan, ajar dia untuk kongsi. Contoh bila you kasi dia apple, “nak sikit”. Ajar dari kecil. Bila ada barang ke apa ke, tu bukan dia sorang punya. Lagi2 share dengan parents. Nanti dah besar dia akan ingat parents.

Lagi aunty tu pesan. Kalau mak bapak ada buat salah, jangan ego taknak mintak maaf. “Oh ya, mama salah tadi..sorry”.

Ada lagi. “Nanti anak sekolah, jangan marah dia tak dapat nombor 1. You marah le tak marah ke sama. Benda sudah jadi. Kalau semua orang dapat nombor 1 siapa nak dapat nombor last? Jangan banding2 anak you dengan orang lain. Sama macam kita orang susah makan ikan kecik. Itu taukey besar makan ikan mahal besar. Dia kenyang kita pun kenyang” okay. Kat sini mungkin aunty tu nak sampaikan yang rezeki masing2. Jadi, bersyukurlah.

Dia just cakap kalau suka bandingkan nanti anak akan rasa hasad dengki pada orang. (Selalu kan kita bandingkan anak tanpa sedar? Eh anak dia dah pandai baca, anak aku belum.haa contohhh. Tak ke kecik hati anak tu)Banyak lagi dia ajar tadi sampai kebas tangan pegang ayam & ikan tadi.

Pergi mana2 pun kita boleh dapat ilmu baru tau. Ni ilmu parenting

🙂Tq aunty.

Kredit to : Nurul Atika Moktar

Tips cara ajar anak,