Runner area Muar cod delivery

Runner area Muar

Sebelum ini kami pernah menulis post berkenaan Runner service Muar yang dibuat oleh beberapa orang anak muda. Malangnya servis penghantaran mereka berkubur satu persatu dek kerana persaingan dengan rider makanan gergasi seperti foodgrab, foodpanda, Halo food dan pelbagai lagi. Kali ini kami nak update tentang Misi Rakyat, satu lagi provider atau penyedia servis penghantaran makanan di Malaysia. Ya, mereka juga ada di untuk servis Runner area Muar cod delivery penghantaran makanan..

Untuk cod kedai kami Cendol Durian Syoknya Ummi, klik misirakyat.com/ww55eh . Sila download apps berikut untuk cara mudah memesan menu yang ada (search Cendol Durian Syoknya Ummi selepas install apps) https://play.google.com/store/apps/details?id=com.misirakyat

Apa yang menarik tentang servis penghantaran makanan daripada MISI ini adalah perbezaan ketara daripada segi harga tersedia di dalam apps mereka, sama dengan harga menu asal vendor (restoran / warung / gerai / dapur rumah). Mereka tidak ‘mark up’ harga menu, hanya mengambil upah runner dan sedikit tax sahaja. Berbanding penyedia penghantar makan yang lain, yang mana makanan dalam apps mereka menjadi lebih mahal berbanding harga biasa.

Berita baik bagi vendor, samada anda mempunyai kedai ataupun hanya gerai kecil, atau pun bisnes dari dapur rumah sahaja, bolehlah mendaftar dengan MISI Rakyat ini. In Shaa Allah masalah anda akan selesai dari segi runner untuk cod. Anda tak perlu pening-pening kepala nak mencari rider, disebabkan order bukannya masuk bertalu-talu bagi sebahagian peniaga. Untuk gajikan seorang rider mungkin kurang berbaloi. Lebih baik berkolaborasi bersama MISI untuk servis runner food yang lebih efisyen. Selesai masalah.

Para rider juga boleh memohon sebagai rider untuk menjadikannya kerjaya sambilan, ataupun sebagai pekerjaan tetap. Lgi jauh anda “kayuh” lagi besar ganjaran yang anda dapat sebab berdasarkan perbualan dengan salah seorang rider, dia mengatakan kawasan Melaka pun dia boleh hantar, janji pelanggan sanggup bayar harga kos penghantaran.

Runner Muar cod, food runner muar, runner Muar, runner area Muar,