Meroyan lepas bersalin

Artikel meroyan lepas bersalin ini kami dapat melalui perkongsian whatsapp dan tidak diketahui sumbernya. Walau bagaimanapun, atas dasar ingin berkongsi kebaikan kepada para ibu selepas bersalin, kami poskan di sini.

meroyan lepas bersalin

Kepada tuan empunya asal, sila tinggalkan komen untuk pemberian kredit.

M.E.R.O.Y.A.N
Meroyan adalah satu masalah tekanan emosi dan gangguan perasaan yang sering dialami oleh wanita sewaktu atau selepas berpantang. Wanita yang mengalami masalah ini seringkali menghadapi masalah untuk tidur, kepenatan, stress dan mudah marah.

Baru-baru ini ada seorang ibu sanggup sembelih anak sehingga mati dipercayai akibat meroyan. Memang ngeri gila tengok gambar mayat kanak-kanak tersebut. Doktor ini tampil menerangkan 3 peringkat meroyan yang para suami wajib tahu!

Saya sedih tapi saya tak pelik. Dalam dunia perubatan benda ni sebenarnya memang wujud. Penyakit ni dinamakan Pospartum Psychosis. Orang kita panggil meroyan.
1. Baby blues
Baby blues ni kiranya level meroyan paling rendah la. Biasanya berlaku dua tiga hari lepas bersalin dan boleh berlanjutan sampai dua minggu lamanya.
Benda ni agak biasa la untuk ibu yang baru beranak pertama kali kan. Yela, malam yang dulunya sunyi sekarang dihiasi tangisan bayi kecil yang nyaring dan kuat tu sampai ke pagi. Dengan jadual waktu tidur si ibu yang entah ke mana dan ditambah lagi dengan suami yang tak reti nak membantu memang la si ibu jadi mudah stress. Suami yang nampak tahi hijau baby pun dah muntah hijau memang membuat si ibu bertambah stress.
Tanda-tanda si ibu dah kena baby blues ni adalah :
+ mood swing

+ mudah cemas

+ selalu menangis

+ kurang selera makan

+ susah tidur
2. Pospartum depression
Ni level Meroyan yang pertengahan. Penyakit ni macam Baby Blues jugak tapi simptomnya lebih teruk dan lebih lama. Biasanya boleh sampai 6 bulan lepas bersalin. Ibu yang kena Pospartum Depression ni biasanya nak jaga baby dia sendiri pun dah tak berapa nak mampu.
Antara tanda-tanda dah kena penyakit ni :
+ mood swing yang teruk

+ menangis yang melampau lampau

+ susah nak bonding dengan baby. Kadang ada rasa benci kat baby sendiri

+ rasa takde tenaga dan tak boleh tidur

+ rasa nak hempas baby ataupun cederakan baby

+ rasa diri tak berguna
3.Pospartum Psychosis
Ni level Meroyan yang paling dasyat. Biasanya yang kena penyakit ni akan berhalusinasi. Kalau si isteri yang dalam pantang dah mula merepek cakap yang bukan bukan atau dia cakap nampak benda yang bukan bukan sila berhati hati. Macam kes Pretty di Indonesia yang sanggup bunuh anaknya sendiri. Bila disoal siasat dia boleh pulak cakap dia cuma bunuh perompak je.
Memang ibu yang kena Pospartum Psychosis ni tak boleh jaga anak sendiri sebab masa tu fikiran dia dah tak rasional dah. Sebab tu suami yang ada isteri baru lepas bersalin sila jaga fizikal dan mental isteri baik-baik. Jangan bagi isteri stress walaupun sedikit.
Jangan bagi isteri fikir kain kat jemuran dah angkat ke belum. Jangan bagi isteri fikir pinggan kat dapur dah cuci ke belum. Biarlah isteri kita cuma fokus pada baby yang baru lahir je. Biarlah dia menyusu dengan penuh tenang dan tenteram. Isteri kita baru je mengalami kesakitan fizikal yang sangat dasyat masa melahirkan zuriat kita, jangan la kita tambah kesakitan pada jiwanya pula ye. Lebih-lebih lagi dalam tempoh berpantang.

Jom bantu isteri kita!

Unboxing Amway Tropical Herbs set lepas bersalin

Sebelum ini, kami telah bercerita tentang kelahiran bayi kami pada Gong Xi Fa Chai 2017, yang membawa kami kepada membeli set lepas bersalin Tropical Herbs Amway.


Alhamdulillah pilihan pembelian online secara atas talian sangat-sangat memudahkan suami untuk menjimatkan masa dan perjalanan hatta kesuntukan waktu untuk menguruskan ibu dan bayi yang dimasukkan ke NICU akibat demam kuning.

Apa kata kita saksikan video tersebut

 

 

Pakej ini berharga RM365.70 . Jika ada yang ingin bertanya lanjut, sila hubungi kami melalui contact form atau wsap +6013-765 9294.

Idea bisnes bazar Ramadan 2017

Hari ini tanggal 10 Jamadil Akhir 1438H, bermakna tinggal 2 bulan lebih sahaja untuk kita menghampiri Ramadan. Seperti biasa kedatangan Ramadan sangat dinantikan oleh pelbagai pihak, samada untuk menggandakan amal ibadat atau juga menggandakan wang berniaga pada bulan puasa.

 

idea bisnes air balang bazar ramadan laku laris 2017 2018

Sebelum ini, kami pernah berkongsi senarai 10 barangan paling tip top untuk bazar Ramadan dan juga Panduan bisnes air balang RM7000 bersih sebulan.

Ada pelbagai cara dan idea bisnes untuk mendapatkan bonus angpow duit raya pada bulan Ramadan. Selain modal, kita memerlukan ilmu yang cukup, merangkumi model perniagaan, tempat lokasi, strategi waktu serta pekerja.

Bukan boleh hentam keromo. Kena ada sedikit perancangan, strategi dan analisis. Lebih baik jika anda mendapatkan nasihat mentor, otai yang pernah melakukannya dan berpengalaman luas.

Oklah, cakap banyak tak guna. Kami doakan anda berjaya dalam bidang yang diceburi. Sekiranya ingin tahu lebih lanjut tenatng panduan Rahsia Bisnes air balang RM7k sebulan, bolehlah jenguk di sini.