Idea bisnes PKP untuk meneruskan kelangsungan hidup

Assalamualaikum wbt. Semoga hidup anda tenang dan ceria disamping keluarga tersayang. Di kala ini, ramai ketua keluarga yang pening kepala. Pemilik bisnes juga merasa kusutnya. Suami dan isteri juga terasa tempiasnya… bila semuanya melibatkan masalah DUIT. Poket kosong dan pokai dek kerana terlalu lama duduk di rumah tanpa dapat bekerja atau direhatkan majikan. Di sini kami senaraikan 5 idea bisnes PKP untuk anda.

>>>Sila baca 10 cara jana pendapatan dari rumah

  1. Runner / personal shopper

Servis runner merupakan salah satu cabang perniagaan yang mempunyai demand tinggi ketika ini. Anda hanya perlu mengatur strategi supaya efficiency perjalanan anda berbaloi dengan pendapatan maksimum.

Contoh: anda kumpul order untuk sebuah taman, kemudian kenakan bayaran untuk khidmat membeli (contoh rm10 upah membeli + rm5 duit minyak untuk satu rumah. Bayangkan setiap hari anda dapat buat servis ini untuk 20 keluarga, sudah tentu senang-senang dapat buat rm300 sehari.

2. COD makanan

Bisnes penghantaran makanan mendapat permintaan yang sangat tinggi tika PKP dikuatkuasa. Ramai yang takut untuk keluar merisikokan diri dengan wabak yang melanda, ditambah pula pergerakan yang terhad akibat sekatan jalanraya untuk mengekang pergerakan bebas daripada berleluasa.

Walaupun ramai yang kehilangan pendapatan, tetapi sebahagian keluarga masih mampu untuk memesan khidmat pesanan makanan dalam talian , ataupun masing-masing sudah buntu nak masak apa. Cod makanan boleh dibuat untuk makanan yang dimasak, lauk pauk, kuih muih, kek, buah-buahan segar dan pelbagai makanan lain.

Bagi sesiapa yang melihat peluang dalam situasi ini, Anda boleh mencuba bisnes ini. Mungkin rujukan Panduan Bisnes Makanan Delivery (klik sini) boleh membantu bagaimana anda perlu bermula.

3. Servis mesin rumput

Ini antara servis atau khidmat yang ramai terlepas pandang. Bayangkan rumah yang dipenuhi rumput liar atau lalang yang semakin meninggi. Mungkin ada ular atau haiwan liar lain yang bersembunyi.

Saat ini, servis potong rumput amat-amat ditagih. Anda  boleh rebut peluang di sini.

bisnes ikan segar Idea bisnes PKP

4. Cod barang basah (telur / ikan / ayam)

Bahan mentah memang mendapat permintaan  yang sangat tinggi. Setiap pasar basah dikawal ketat pihak berkuasa untuk menjaga SOP penjarakan sosial. Waktu pasar basah beroperasi juga dipendekkan untuk mengekang orang ramai daripada berhimpun.

Penulis sendiri juga berada dalam group whatsapp yang menawarkan khidmat cod barang basah ini. Memang tak cukup tangan nak memenuhi order ahli-ahli group. Ada yang minta ketam, sotong, udang galah, belum cerita pelbagai jenis nama ikan yang disebut.

5. Servis gunting rambut door to door

Menggunting rambut merupakan salah satu masalah besar  bagi hampir setiap keluarga. Tak ramai yang mempunyai skill menggunting rambut. Anda boleh membuat bisnes ini secara part time dikala PKP atau mungkin boleh disambung ketila bulan hari bekerja anda.

Terdapat ramai warga emas, OKU dan juga mereka yang malas keluar, yang selesa mendapatkan khidmat gunting rambut di rumah. Apa yang perlu dititik berat adalah menggunakan penutup hidung dan juga membersihkan diri, mandi selepas selesai. AWAS: buat masa ini, servis gunting rambut masih lagi dilarang oleh kerajaan, tak kira samada di kedai gunting mahupun servis ke rumah. Oleh itu, sila lihat point ke 6 di bawah.

6. Topeng muka dan cecair pembasmi kuman.

Topeng muka dan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) mempunyai demand yang teramatt tinggi semenjak perintah PKP bermula. Sehinggakan terdapat segelintir peniaga menyembunyikan stok untuk menjadikan harga melambung naik.

Bagi yang mempunyai kemahiran menjahit, anda boleh menghasilkan sendiri produk topeng penutup muka washable daripada kain.

Sekian sahaja buat masa ini. Diharapkan agar tulisan Idea bisnes PKP ini dapat membantu anda memulakan perniagaan kecil-kecilan untuk survive meneruskan kelangsungan hidup. Boleh jadi, bisnes yang dicadngkan ini dapat disambung terus selepas berakhirnya PKP.

Idea bisnes bazar Ramadan 2017

Hari ini tanggal 10 Jamadil Akhir 1438H, bermakna tinggal 2 bulan lebih sahaja untuk kita menghampiri Ramadan. Seperti biasa kedatangan Ramadan sangat dinantikan oleh pelbagai pihak, samada untuk menggandakan amal ibadat atau juga menggandakan wang berniaga pada bulan puasa.

 

idea bisnes air balang bazar ramadan laku laris 2017 2018

Sebelum ini, kami pernah berkongsi senarai 10 barangan paling tip top untuk bazar Ramadan dan juga Panduan bisnes air balang RM7000 bersih sebulan.

Ada pelbagai cara dan idea bisnes untuk mendapatkan bonus angpow duit raya pada bulan Ramadan. Selain modal, kita memerlukan ilmu yang cukup, merangkumi model perniagaan, tempat lokasi, strategi waktu serta pekerja.

Bukan boleh hentam keromo. Kena ada sedikit perancangan, strategi dan analisis. Lebih baik jika anda mendapatkan nasihat mentor, otai yang pernah melakukannya dan berpengalaman luas.

Oklah, cakap banyak tak guna. Kami doakan anda berjaya dalam bidang yang diceburi. Sekiranya ingin tahu lebih lanjut tenatng panduan Rahsia Bisnes air balang RM7k sebulan, bolehlah jenguk di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...