Pendaftaran Kursus Asas Gunting Rambut Muslimah

Assalamualaikum wbt. Dah lama kami tak update blog ini, dah naik bersawang. Admin sibuk dengan pelbagai aktiviti dan rutin harian. Alhamdulillah, hari ni diberikan kesempatan oleh Allah swt untuk update dan berkongsi info tentang satu “Kursus Asas Gunting Rambut Muslimah”, anjuran Waqaf An-Nur Corporation Berhad.

Info ini kami dapat daripada kenalan kami, In Shaa Allah semoga membawa manfaat.

===================================================

Kursus Asas Gunting Rambut Muslimah

Lokasi di Pusat Waqaf Komuniti anjuran Waqaf An-Nur Corporation Berhad

😢 Pendapatan terjejas kerana Covid-19?
😢 Sukar dapatkan kerja baharu?
😢 Tiada modal untuk tambah kemahiran?

Tingkatkan kemahiran dan peluang jana pendapatan melalui Kursus Asas Gunting Rambut Muslimah di Pusat Waqaf Komuniti anjuran Waqaf An-Nur Corporation Berhad.

Maklumat program :
✅Tarikh : 18 Disember 2021 (Sabtu)
✅Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang
✅Tempoh Latihan : 1 Hari
✅Yuran : RM50.00 (Tajaan yuran penyertaan bagi mereka yang layak)
✅Modul : Gunting Rambut Asas (Straight Cut)
✅Lokasi : Pusat Perdagangan Kempas, Johor Bahru

Daftar segera di : https://bit.ly/3mSUgtM atau imbas kod QR selewat-lewatnya pada 14 Disember 2021.
Tempat adalah terhad!

Setiap peserta akan menerima kit asas dan sijil penyertaan. Makanan dan minuman juga akan disediakan.

Hubungi 07-2972512 atau 018-9899300 untuk maklumat lanjut

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

21