Jangan tak percaya dengan RM6/kg anda boleh memiliki durian ioi atau tembaga D13 (Udang Merah Johor) di Parit Bunga, Tangkak, Johor. Tapi betul ke ini layak sebagai durian tempoyak je?
Dalam video ini kami kongsikan video susana sebenar di lokasi tempat kami berniaga, #DurianSyoknyaUmmi. Tiada sebarang lakonan, mahupun edit untuk menambah perisa.
Untuk viewer, para penonton yang kami kasihi sekalian, tiada niat kami untuk provokasi, atau menjadi penyebab anda bertelagah dalam media sosial ini. Content ini kami buat bertujuan mempromosikan bisnes kami.
Mungkin buah cai (reject / busuk) pada anda layak dibuang ke tong sampah atau patut diberikan percuma. Tapi terimalah hakikat hampir kesemuanya berbayar pada zaman milenia ini.
Mungkin sampah pada anda, tapi ada yang mengharapkan buah cai untuk makanan anak-anak yang kepingin durian, tapi si bapa kurang mampu.
Hatta kencing di tandas awam atau mandi di pancuran swasta di pusat peranginan pun dikenakan bayaran.
Apatah lagi untuk durian reject ini yang asalnya durian elok untuk menampung kos baja, racun, pekerja ladang, pengangkutan, bayar hutang dan juga belanja isi rumah.
Pekebun durian tiada pilihan jika hampir sebakul dua penuh duriannya busuk, yqng sepatutnya bernilai sekurang-kurangnya 3- 4 ratus atau lebih.
Buah reject ini bukannya 100% rosak, bahkan ada yang hampir 80-90% masih elok. Lebih mengujakan ia adalah buah kahwin atau ioi, tembaga yang bernilai menececah 5 kali ganda jika tidak busuk.
Janganlah mengeji jika tidak mampu memberi atau menyumbang. Diam kan lebih baik, seperti yang diajarkan Nabi saw.
=================================
peta lokasi kami https://maps.app.goo.gl/gWVrs1v6SLKS8jEZ6
Sila like page kami untuk sebarang perkembangan dan info:
Untuk tempahan samada belian runcit (walk in), cod (penghantaran) atau pun beli durian borong, sila whatsapp atau hubungi +6011-5896 1229.
Kami juga membekalkan tempoyak mentah dan juga durian tempoyak (durian reject) untuk perusahaan tempoyak. Boleh juga dapatkan tempoyak yang siap diproses, iaitu produk kami sendiri, Tempoyak Durian Syoknya Ummi. sila klik untuk membeli .
#DurianBorong #Durianioi