Doktor pakar ini kongsikan petua elakkan risiko serangan jantung

Untuk post kali ini, kami kongsikan petua elakkan risiko serangan jantung, petua yang dikongsi oleh Dr. Hamid Arshat, seorang doktor pakar perbidanan yang dikenali ramai.  Semoga tips yang diberi boleh menyelamatkan seorang isteri daripada bergelar janda terlalu cepat, atau anak-anak menjadi yatim pada usia yang masih muda kerana kehilangan bapa akibat sakit jantung. ================================Petua elakkan risiko serangan jantung

PETUA2 INI MUNGKIN BOLEH BANTU KURANGKAN SAKIT SERANGAN JANTUNG.

Dua orang muda anak2 kawan lama saya dalam lingkungan umur 40an telah meninggal secara mengejut. Biasanya punca utama ialah penyakit serangan jantung atau heart attack. Serangan angin akhmar atau stroke juga bolih menyebabkan kematian mengejut tapi lebih sering menimpa golongan warga emas.

Mengapa serangan jantung?
Bermula sebagai atherosclerotic, iaitu timbunan cholesterol pada dinding saluran darah kepada jantung. Peroses ini berlaku perlahan2 dan berterusan sehingga ia menyumbatkan semua saluran2 darah kejantung.

Bila sumbat, bekalan oksijen ke jantung tersekat dan menyebabkan kerosakkan otat Jantung digelar “myocardial infarct”. Jantung berhenti mengepam darah dan bekalan oksijen keseluruh badan tersekat. Kematian berlaku bila tiada oksijen ke otak.
Mari kita berusaha menjauhkan;

  1. Kawal berat badan , jangan jadi gemok atau obesity.
  2. Kawal makan, khususnya karbohaidret, gula dan lemak.
  3. Amalkan exercise 30 minit setiap hari.
  4. Buat ujian darah ” comprehensive blood profile” untuk mengesan kelainan dalam berbagai ukuran biokimia badan sebelum jadi penyakit, khususnya tahap gula, cholesterol dan lain2 fungsi organ penting saperti buah pinggang , hati, jantung dan Lain2. Bila capai umur 40an buat ujian tersebut dua tahun sekali, dan buat setiap tahun bila umur 50 tahun keatas.
  5. Amalkan makan Multivitamins dan vit C, antioxidants, supplements yang mengandungi resvereterol saperti biji anggur.
  6. Banyakkan makan sayur2 hijau dan buah2 berwarna warni.
  7. Makan makanan yang anti inflammatory, kunyit, halia, bawang dan lain2 dan bolih bantu cegah atherosclerosis.
  8. Makan ubat penawar sakit bila perlu saperti sakit kepala. Selain dari meredakan sakit dan mengawal demam, ubat2 saperti panadol, aspirin dll ada kesan pencair darah dan bolih bantu cegah atherosclerosis.
  9. Cukup rehat dan cukup tidur. Badan dan minda kita berhak untuk berehat. Tidur selama 5 – 7 setiap hari.
  10. KAWAL STRESS DAN EMOSI. Tersangat penting. Banyakkan sabar, beristigfar, banyakkan bersyukur Alhamdulillah. Kawal marah, dendam dan jangan berletir. Jangan bersungut dan suka complain. Jangan murong, ceria selalu.

Saya bukan pakar sakit jantung, hanya ingin berkongsi muklumat yang munkin beri menfaat. Wallahuaalam.

Petua elakkan risiko serangan jantung

Musim durian Muar 2019 hujung tahun

Assalamualaikum wbt. Semoga semua pembaca blog ini dikurniakan rahmat dan dilimpahi berkah Allah swt. Kali ini kami nak update tentang Musim durian Muar 2019 penghujung tahun sebelum menjelangnya tahun 2020. Musim 2021

Pembekal durian muar 2019

Kami baru bermula semalam, 13.12.2019, berjualan buah durian untuk musim ini, khas buat pelanggan kami yang sentiasa dahagakan buah-buah durian pelbagai variasi tak kira samada durian kampung, durian kahwin klon terbaik atau raja kunyit durian musang king.

Stok kali ini adalah stok durian Bukit Pasir dan Pagoh. Kadangkala kami juga ada mendapatkan stok durian borong dari durian Tangkak dan Jementah Segamat.

Kami seperti biasa akan berjualan di hadapan warung kami,  cendol durian Syoknya Ummi sepanjang musim ini, In shaa Allah.

Jangan lupa untuk singgah ke tempat kami untuk durian murah Muar 2019. Seperti biasa kami akan beroperasi menjual buah durian dengan kerusi meja berbumbung beserta kipas dan tandas, yang selesa untuk seisi keluarga menikmati buah durian, raja segala buah ini.

Kami memberi jaminan untuk setiap ringgit yang dibayar ke atas buah durian kami. Setiap buah rosak atau mengkal / mangkau, kami akan gantikan dengan yang baru. Begitu juga buah yang busuk.

Kami berniaga buah durian untuk jangkamasa panjang, tiada istilah menipu dalam diari kami. Kami tidak akan bertekak dengan anda sekiranya anda ingin menukar buah sekiranya buah yang dikopek busuk atau kurang baik. Berniaga durian biar gentleman.

Pastikan anda mendapatkan #DurianSyoknyaUmmi di Parit Bunga, Muar Tangkak Johor. Sebarang pertanyaan, sila hubungi www.wasap.my/601158961229/b.durian.2020.

Waktu operasi 12 tengahari – 11 malam.

Kopi buatan muslim kopi Pak Ajes

Kopi Pak Ajes kopi kampung adalah kopi buatan muslim, Kopi BP kopi Muar. – Ini adalah rakaman yang dibuat di Pasar Tani Stadium Muar. Tempat berkumpulnya para peniaga dan pemilik produk untuk dipersembah kepada para pengunjung dan pembeli.

Kopi muar kopi batu pahat kopi buatan muslim

Ada yang mengatakannya kopi Ajes ini sama hebat dengan kopi Muar 434 manakala ada yang mengatakan sebaliknya. Namun begitu, semua itu bergantung kepada selera masing-masing, tetapi yang perlu anda tahu ia adalah milik Bumiputera Muslim.

Kami telah lama mengenali Pak Aziz sebagai usahawan kopi kerana admin pernah berniaga di pasar tani bersam pak Aziz dan kini beliau telah maju setapak lagi dengan penghasilan kopi uncang yang lebih memudahkan para ibu, pemilik warung dan restoran, hatta para penggemar kopi itu sendiri untuk membancuh tika berada di pantry pejabat.

Untuk penggunaan sendiri, berniaga runcit / trading atau juga untuk dijadikan sebagai buah tangan goodie bag / hamper, berikut alamat kopi Pak Ajes:

AZIZ COFFEE TRADING, NO. 19, Kampung Parit Sidek, Semerah, 83600 Batu Pahat.

Sekiranya anda berminat.untuk mendapatkan  kopi buatan muslim ini secara online, (kami akan pos atau cod sekiranya berdekatan)  . In Shaa Allah selepas anda menikmati kopi Ajes ini, anda tak akan menyesal kerana rasanya memang sedap untuk penggemar kopi.

Bagi para ibu bapa yang ingin menyaksikan bersama anak-anak,  bagaimana penghasilan kopi daripada biji kopi menjadi serbuk menggunakan mesin khas kopi, anda boleh bertandang ke pasar Tani stadium Muar, kerana terdapat mesin kisar kopi di dalam van Pak Aziz. Kadangkala beliau akan mengisar kopi di lapangan sekiranya bekalan berkurangan untuk dibungkus kepada para pembeli.

Mari kita saksikan video pendek Kopi Ajes ini :

Itulah serba sedikit coretan kami kali ini dalam blog post Kopi Ajes ini. Diharap anda mendapat manfaat atau terbuka idea untuk sebarang peluang bisnes atau hadiah buah tangan. Mungkin suatu hari nanti, kopi Ajes ini akan setanding dengan kopi Muar 434. Sama-sama kita doakan produk ini dapat pergi jauh sebagai pengusaha kopi muslim, dan pembekal kopi Muslim. Aamiin.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan khidmat kami bagi blog post advetorial /review servis, silalah ke link ini untuk penjelasan lanjut, bagaimana blog post dapat memberikan impak kepada bisnes atau servis anda melalui hasil enjin carian google (google search).